Posts

Showing posts with the label Info Jenayah

Koperal R Subramaniam diserang bertalu-talu

Image
Kena serang bertalu-talu Ismail berkata sesuatu kepada Subramaniam ketika melawat anggota polis itu yang cedera ditembak di PPUM, semalam. - Foto Mim Fadlizal Rozaiman Petaling Jaya: "Sepanjang 31 tahun berkhidmat, ini kali pertama saya ditembak penjenayah,” kata Koperal R Subramaniam, 52, yang parah di perut selepas ditembak sekumpulan penjenayah di Jalan Kuchai Lama, di sini kelmarin. Risiko anggota polis Dia yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, berkata walaupun kejadian itu hampir meragut nyawa, ia tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah. “Ia pengalaman tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Inilah risiko dihadapi pegawai dan anggota polis setiap hari dalam melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam,” katanya kepada pemberita, di sini semalam. Menceritakan semula kejadian itu, Subramaniam berkata, dia dan rakan setug

Penjenayah Tegar Mati Ditembak

Image
ANGGOTA polis memeriksa sebuah kereta Proton Waja selepas menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian di Taman Tema Air Taman Desa semalam. Pix: Kosmo!   KUALA LUMPUR:  Tindakan kejam seorang penjenayah yang mencederakan dua anggota polis ketika hendak membuat pemeriksaan di Jalan Kuchai Lama Rabu lalu berbalas apabila dia maut dalam kejadian berbalas tembak di tempat letak kereta Taman Tema Air Taman Desa di sini semalam. Difahamkan, suspek berusia 32 tahun tersebut maut pada pukul 3.30 pagi selepas terkena tiga das tembakan di kaki dan perut yang dilepaskan oleh pasukan khas yang ditugaskan untuk memburu suspek. Suspek dari Lanchang, Mentakab, Pahang merupakan pengedar dadah kecil-kecilan dan dikenali sebagai penjenayah tegar kerana sering keluar masuk lokap berdasarkan enam rekod jenayah termasuk berkaitan dadah yang dilakukan. Menurut sumber, pihaknya yang telah mengenal pasti susp

Suspek tembak 2 anggota polis mati ditembak

Image
30 September 2012 R. Subramaniam, 52, yang cedera ditembak sekumpulan penjenayah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini - Foto Bernama KUALA LUMPUR - Polis hari ini menembak mati salah seorang daripada tiga suspek yang disyaki terbabit menembak dua anggota polis peronda di Jalan Kuchai Lama, di sini, Rabu lalu.   Dalam insiden kira-kira pukul 3 pagi, suspek berusia 32 tahun itu  melarikan diri apabila kereta jenis Proton Waja yang dipandunya cuba ditahan polis berhampiran pusat membeli-belah Mid Valley di sini.   Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata suspek yang menaiki kereta itu seorang diri enggan berhenti lalu dikejar anggota polis sehingga kenderaan suspek terbabas di kawasan parkir Taman Desa Water Park.   "Apabila anggota polis mengham

Dua anggota polis ditembak di Jalan Kuchai Lama

Dua anggota anggap kejadian ditembak sebahagian tugas polis PETALING JAYA 27 Sept. - Dua anggota polis yang parah akibat ditembak penjenayah di Jalan Kuchai Lama dekat sini semalam menganggap kejadian yang menimpa mereka itu sebagai sebahagian daripada tugas dan risiko sebagai pasukan keselamatan. Malah walaupun hampir meragut nyawa, dua anggota itu, Koperal R. Subramaniam, 52, dan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, insiden itu sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. Menceritakan kejadian itu, Subramaniam yang merupakan bapa kepada dua anak perempuan berusia lapan dan 23 tahun memberitahu, kejadian tersebut berlaku begitu pantas. "Kami keluar membuat pemeriksaan biasa. Apa yang saya ingat saya nampak suspek keluarkan pistol terus tembak ke arah kami dan kami pun berbalas tembakan untuk mempertahankan diri," kata Subramaniam yang cedera di perut akibat kejadian itu. Kata Subramaniam lagi, kejadian ditembak penjenayah adalah yan

Tipu gores dan menang catat 81 kes

KUALA LUMPUR 18 Julai - Sebanyak 81 kes penipuan peraduan gores dan menang dilaporkan di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini membabitkan jumlah kerugian kira-kira RM649,025. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abu Samah Shabudin berkata, daripada jumlah itu hanya 10 peratus mangsa yang tampil membuat aduan. “Tiga cara digunakan sindiket ini untuk menipu mangsa iaitu menerusi rayuan, ugutan dan desakan. “Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan sindiket gores dan menang yang dikesan cuba mempengaruhi masyarakat terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan ramai seperti di Bukit Bintang, KL Sentral, di hadapan bank-bank, di stesen monorel dan pusat beli-belah di sekitar ibu kota," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup Forum Kepenggunaan Penipuan Internet Terjebak atau Tamak di sini hari ini. Forum itu dibarisi ahli panel daripada pelbagai agensi dan pertubu

Juruwang dipaksa tanggal pakaian

Image
Mangsa menunjukkan salinan laporan polis berhubung kejadian penyelia menyuruh dia menanggalkan pakaian kerana dituduh mencuri, ketika ditemui pemberita di Batu Pahat, semalam. BATU PAHAT 19 Julai - Seorang wanita yang bertugas sebagai juruwang di sebuah farmasi mendakwa dipaksa menanggalkan pakaian hanya kerana dituduh mencuri RM50 di tempat kerjanya itu di sini baru-baru ini. Mangsa yang berusia 24 tahun berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang Isnin lalu apabila dua wanita yang merupakan penyelia farmasi itu menyatakan wang jualan kurang RM50 lalu menuduh dia mengambil duit itu. Dia kemudian menafikan telah mengambil duit itu namun, penyelia terbabit tidak mempercayainya dan mereka melakukan pemeriksaan badan secara luaran ke atasnya di bilik pejabat pengurusan. Dakwa wanita itu, setelah gagal menemui wang itu, mereka memanggil seorang lagi promoter wanita untuk melakukan pemeriksaan tetapi kali ini dia terpaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya tingga

lari dari sekatan polis

KUALA LUMPUR 20 Julai - Dua lelaki cedera ditembak apabila cuba melarikan diri daripada ditahan polis di Plaza Tol Sunway dari arah Puchong, dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan selepas mereka dan seorang lagi rakan yang menaiki kereta Honda Civic bertindak mengundurkan kereta sehingga merempuh kenderaan yang dinaiki anggota polis. Beliau berkata dua daripada tembakan terkena cermin hadapan, mencederakan bahu kiri pemandu, manakala satu lagi tembakan yang mengenai pintu depan turut mencederakan bahagian pinggang penumpang di sebelahnya. "Ketika kejadian, anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sedang melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Bandar Kinrara. "Polis mengekori kereta itu sehingga ke Plaza Tol Sunway. Bila terlihat sebuah lagi kereta peronda

Lagi mati ditembak di Segamat

Image
MAYAT Asnan Yunus ditutup plastik hitam di sebelah keretanya selepas ditembak tiga das di Bandar Utama, Segamat, Johor, semalam. SEGAMAT 20 Julai - Dalam tempoh dua bulan, sudah tiga kes bunuh berlaku di daerah ini. Bukan untuk menakut-nakutkan orang ramai namun, kes tembak yang berlaku di daerah ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa kerana ia berlaku di sebuah bandar kecil. Pihak polis kini giat mengesan penjenayah yang terlibat dalam kejadian itu namun orang ramai tidak perlu khuatir kerana usaha memburu suspek sedang giat dilakukan. Jika pada 12 Jun lalu, seorang ahli perniagaan mati ditembak di sebuah stesen minyak, disusuli seorang pemandu trak tunda ditembak di persimpangan lampu isyarat pada 23 Jun, satu lagi pembunuhan kejam berlaku di bandar ini awal pagi ini. Kali ini, seorang jurujual produk jualan langsung maut akibat ditembak tiga das semasa menunggu isterinya selesai bekerja di sebuah pusat hiburan keluarga di Bandar Utama di sini. Dalam

kes curi barang kemas berlian RM2 juta di KLIA

Tujuh warga asing ditahan terlibat kes curi barang kemas berlian RM2 juta di KLIA SHAH ALAM 21 Julai - Polis menahan tujuh warga asing semalam, kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri barang kemas berlian dianggarkan bernilai hampir RM2 juta dari seorang wanita Hong Kong di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Rabu lepas. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, mereka yang terdiri daripada tiga warga Costa Rica termasuk seorang wanita, dua anak beranak dari Colombia, seorang wanita Mexico dan seorang wanita Uganda ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Semantan, Kuala Lumpur pada pukul 2.25 petang. Polis turut merampas 309 pelbagai jenis barangan kemas yang dianggarkan bernilai hampir RM2 juta daripada mereka, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini. Tun Hishan berkata, dua daripada mereka iaitu lelaki Colombia berumur 29 tahun dan wanita Uganda, adalah pelajar di d

Curi: Tujuh warga asing ditahan

Image
TUN Hisan Tun Hamzah menunjukkan barang kemas yang berjaya ditemui semula sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, semalam. SHAH ALAM 21 Julai - Polis menemui semula barangan kemas berlian bernilai RM2 juta yang dilaporkan dicuri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Rabu lalu dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Semantan, Kuala Lumpur semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 2.22 petang itu, polis turut menahan tujuh warga asing termasuk tiga wanita yang dipercayai anggota sindiket jenayah antarabangsa bagi membantu siasatan. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kecurian itu dilaporkan oleh seorang wanita berusia 53 tahun yang merupakan pengurus syarikat barangan kemas dan baru tiba di KLIA dari Hong Kong pada pukul 6.35 petang Rabu lalu. Beliau berkata, warga Hong Kong itu datang ke negara ini untuk menyertai pameran barangan kemas yang diadakan di KLCC pada Khamis lalu. Menurut beliau, sel

Suspek kes bunuh bekas Ketua Wanita UMNO ditahan

ALOR SETAR 22 Julai - Seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik pada Jumaat lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira 3.30 pagi semalam. Polis turut merampas baju serta seluar suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan. Ahmad berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh Halimah Yunus, 66. Katanya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA Related Posts :Info Jenayah  

Bekas ketua Wanita UMNO mati dibunuh

Image
RUMAH tempat kejadian Halimah Yunus (gambar kecil) mati dipercayai dibunuh selepas ditemui berlumuran darah di bilik tidur rumahnya di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, Alor Setar, semalam. - MINGGUAN/KAMAL BASIR ALOR SETAR 21 Julai - Bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bukit Hangus, Sik, dekat sini mati dipercayai dibunuh selepas rumahnya dipecah masuk malam tadi. Mangsa, Halimah Yunus, 66, yang mengetuai wanita UMNO cawangan itu sekitar 1990-an ditemui suaminya, Mee Hashim, 63, dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar di bahagian leher kiri di bilik tidur mereka kira-kira pukul 9.30 malam. Kejadian berlaku ketika mangsa yang menghidap penyakit lelah sejak beberapa tahun lalu berseorangan di rumah itu manakala suaminya ke surau kampung tersebut sejak pukul 7.30 malam untuk menunaikan solat sunat tarawih. Mee berkata, sejurus tiba di rumah, dia terkejut melihat Halimah terbaring di atas katil dalam keadaan cedera parah dan isterinya itu sempa

Saiful Apek bebas daripada tuduhan dadah

Image
PETALING JAYA 25 Jun - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek bersama-sama tiga sahabatnya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dua tahun lalu. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membebaskan Saiful Apek atau nama penuhnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, bersama-sama tiga sahabatnya, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek, 43; Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010. Mereka yang diwakili peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta

Penari ghairah dibayar RM300

Image
BEBERAPA gadis penari ghairah (kiri) disoal siasat sebelum ditahan oleh Jawi di Kuala Lumpur, malam kelmarin. KUALA LUMPUR 24 Jun - "Kami dibayar RM300 setiap seorang untuk menari ghairah selama 10 minit. Itulah pengakuan salah seorang daripada empat gadis Melayu yang ditahan dalam operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Jalan Doraisamy, di sini malam tadi. Menurut ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Baby, 22, mereka diupah menari secara eksklusif oleh sekumpulan pelanggan di kelab berkenaan. Dakwa Baby, mereka sudah biasa mengadakan persembahan begitu, tetapi terkejut kerana harus berpakaian seksi. "Saya memang bekerja sebagai penari di sebuah studio tarian di Damansara dan membuat persembahan dalam majlis-majlis peribadi. Related Posts :Info Jenayah

Mati bogel dalam hotel

Image
Mati bogel dalam hotel ANGGOTA polis mengusung mayat Rajes yang ditemui mati dalam keadaan berbogel di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Dua pekerja sebuah hotel bertaraf lima bintang yang baru hendak membersihkan sebuah bilik di tingkat lima premis itu terperanjat besar apabila menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah semalam. Mayat R. Rajes, 37, ditemui tertiarap di atas katil pada pukul 3 petang di hotel yang terletak di Jalan Ampang di sini itu. Sehubungan itu, polis kini sedang mencari seorang rakan mangsa bagi membantu siasatan kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Lelaki itu dipercayai berada di tempat kejadian sebelum mayat Rajes ditemui. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul dengan objek keras di kepalanya berkali-kali hingga mati. Katanya, pukulan tersebut menyebabkan kepala mangsa berlumuran darah sela

Jurulatih didakwa raba atlet

Image
Jurulatih didakwa raba atlet NIKOLOZ di Mahkamah Sesyen Melaka semalam selepas didakwa mencabul seorang atlet perempuan. MELAKA – Angkara meraba kemaluan atlet remaja perempuan, seorang jurulatih gimnastik artistik Georgia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam. Bagaimanapun, tertuduh Nikoloz Mikeladze, 64, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar. Mengikut pertuduhan, Nikoloz didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang atlet perempuan berusia 16 tahun (waktu kejadian) dengan meraba kemaluan mangsa. Perbuatan itu didakwa dilakukan di pusat latihan gimnastik negeri, Ayer Leleh pada 16 Ogos 2011, pukul 5 petang. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya K

Geng penyamun masuk perangkap

Image
Geng penyamun terperangkap MOHAN SINGH (tengah) menunjukkan sebahagian barang kes yang dirampas daripada Geng Snooke dan Geng Wan Toncet pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Penglibatan sekumpulan lelaki bergelar Geng Snooke yang giat menyamun, meragut dan mencuri di daerah Cheras berkubur apabila lima anggota kumpulan itu diberkas baru-baru ini. Suspek-suspek berusia antara 24 dan 25 tahun itu ditahan selepas polis menyiasat laporan seorang wanita yang diragut penjenayah berkenaan di Batu 6, Jalan Cheras pada pukul 11.30 malam, 28 Januari lalu. Kelima-lima suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Cheras Baru di sini pada pukul 1 pagi, 3 April lalu. Dua daripada mereka positif ganja. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui beberapa senjata dan barangan dipercayai hasil samun, ragut dan curi. "Antara barangan yang dirampas termasuk sebilah sabit, sebilah par

Man Kuchai penjenayah berbahaya

Image
Man Kuchai penjenayah berbahaya KERATAN Kosmo! 7 April 2012. KUALA LUMPUR - Man Kuchai, penjenayah yang meloloskan diri dari lokap Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Jumaat lalu adalah individu berbahaya kerana dia dipercayai memiliki pistol dan bersikap agresif apabila terdesak. Suspek yang merupakan ketua kumpulan penjenayah sempena nama gelarannya Man Kuchai itu didapati banyak terlibat dalam kegiatan samun bersenjata dan rompakan premis perniagaan 24 jam di sekitar ibu negara. Modus operandi penjenayah Man Kuchai adalah menyamar sebagai pegawai polis atau melanggar belakang kereta mangsa sebelum menyamun mangsanya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Man Kuchai atau nama sebenarnya Mohd. Redzuan Abd. Rahman, 33, dianggap penjenayah berbahaya kerana dia merupakan seorang yang agresif dan sanggup mencederakan mangsa ketika melakukan samun. "Pada 6 April lalu, Man Kuchai sepatutnya dibicarakan bagi empat kesalahan jenayah melibatkan kes

64 pendatang tanpa izin ditahan di Pulau Pinang

64 pendatang tanpa izin ditahan 11/04/2012 3:09pm GEORGE TOWN — Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 64 pendatang tanpa izin dalam pemeriksaan di beberapa kawasan tapak pembinaan di Relau dan Bayan Baru awal hari ini. Operasi pada pukul 3 pagi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (I) negeri, Abdul Rahman Hassan itu membabitkan 46 pegawai dan anggota serta dibantu 30 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela). Abdul Rahman berkata, seramai 354 rakyat asing diperiksa dan daripada jumlah itu 64 orang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. "Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 21 lelaki Bangladesh, 28 lelaki dan lapan wanita Indonesia serta tujuh lelaki Myanmar termasuk dua kanak-kanak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, operasi bersepadu yang turut dijalankan di seluruh negara itu dibuat selaras dengan berakhirnya Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P). "Kesemua yang ditahan telah

Geng Gemuk - tumpas, 7 ditahan

'Geng Gemuk' tumpas, 7 ditahan KUALA LUMPUR 13 Mac - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun dan curi kereta dikenali sebagai 'Geng Gemuk', dengan tertangkapnya tujuh individu termasuk seorang wanita di sekitar Lembah Klang dan Selangor, baru-baru ini. Sebuah kereta mewah jenis BMW dan tiga kereta Proton Waja yang dilaporkan hilang turut dirampas dalam beberapa siri serbuan yang dilancarkan sejak 29 Februari hingga 7 Mac lalu. Modus operandi kumpulan itu adalah melakukan kegiatan tersebut ketika mempunyai peluang tanpa mengira masa, mensasarkan kenderaan mewah, selain turut menyamun barang peribadi pemilik menggunakan pisau sebelum kenderaan dilarikan. Terdahulu, polis menubuhkan satu pasukan khas mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan pada 29 Februari lalu. Pada hari yang sama, polis berjaya menahan seorang lelaki menaiki kereta BMW yang dilaporkan hilang dan merampas sebilah pisau dan beberapa keping kad Touch N' Go. Hasil penahanan tersebut,