Posts

Showing posts with the label Info Kesihatan

Jalani mamogram awal

Image
Jalani mamogram awal           Pemeriksaan mamogram lebih awal mampu mengurangkan 30 peratus kematian akibat kanser payu dara. - Gambar hiasan   Lebih awal seseorang wanita menjalankan ujian pengesanan kanser payu dara, semakin cepat dan berkesan kaedah rawatan yang boleh diambil jika mereka berisiko atau diserang penyakit itu. Justeru, selain ujian Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) yang perlu dilakukan setiap bulan untuk mengesan simptom kanser pembunuh nombor satu kaum hawa itu, wanita digalakkan menjalani mamogram. Mamogram adalah ujian pemeriksaan payu dara menggunakan Sinar-X yang memaparkan imej-imej terperinci payu dara termasuk keadaan lemak, kelenjar susu dan saluran darah selain kelenjar di bahagian ketiak. Mamogram amat berkesan dalam mengesan kanser payu dara pada peringkat awal walaupun ketika ia hanya dilihat umpama sekumpulan kalsium halus atau disebut mikrokalsifikasi. Pakar Bedah Am Hospital Ampang, Dr. Suraya Baharudin berkata, mamogram perlu d

Rawatan selepas bersalin

Image
Rawatan selepas bersalin mandi Lulur membuang daki dan memulihkan kulit. AMALAN berpantang selepas bersalin bukan sahaja menitik beratkan soal pemakanan ibu semata-mata tetapi juga merangkumi penjagaan tubuh badannya secara luaran dan dalaman. Selain menjaga makan dan minum, proses mengembalikan kesegaran tubuh juga amat penting kerana seorang ibu perlu sentiasa sihat semasa menjaga bayi mereka dan bekerja semula selepas berpantang. Namun kini, ramai yang menganggap amalan berpantang tidak lagi penting dan dianggap remeh. Malah ada yang menganggap amalan berpantang hanyalah sesuatu yang merugikan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin, antara perkara yang ditekankan ialah urutan bagi menaikkan rahim atau di kalangan orang Melayu sebut sebagai sengkak rahim. Urutan ini dilakukan bagi menaikkan semula rahim yang kendur atau terjatuh semasa proses melahirkan anak. Rawatan tradisional seperti sengkak rahim membantu mengecutkan otot-otot rahim dan menolak rahim

Gemuk: Malaysia tertinggi di Asia Tenggara

Image
Gemuk: Malaysia tertinggi di Asia Tenggara KUALA LUMPUR 16 Mei - Malaysia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk obes atau gemuk di Asia Tenggara, menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kajian yang dijalankan itu mendapati, sebanyak 16.3 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti. Di peringkat Asia, Malaysia berada di kedudukan keenam di belakang Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait dan Jordan, yang merupakan negara-negara Asia Barat. "Arab Saudi berada di tempat pertama dengan 35.6 peratus diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (33.7 peratus), Bahrain (28.9 peratus), Kuwait (28.8 peratus) dan Jordan (19.5 peratus). "Hanya Malaysia negara dari Asia Tenggara yang berada di tempat keenam bagi seluruh Asia," katanya ketika dihubungi, di sini baru-baru ini. Sementara itu, WHO turut menyenaraikan 10 'negara pali

Kardiomate - menggantikan garam

Image
Kardiomate pengganti garam         KADANG kala lidah kecur melihat keenakan pelbagai masakan yang terhidang, namun risau menanggung kesan sampingan seperti peningkatan darah tinggi dan kencing manis, hasrat untuk menjamu selera terpaksa dilupakan. Namun, bagi pesakit darah tinggi yang agak berdegil, masakan yang agak masin ditelan jua sambil mengharap tiada apa akan berlaku. Jika tabiat tersebut tidak terkawal, ia pasti akan memberikan kesan yang buruk terhadap mereka yang menghidapi penyakit berkenaan. Apa yang pasti, makanan tanpa rasa masin mampu memutuskan selera makan. Malah masakan yang tawar turut membantutkan keghairahan semasa menikmatinya. Namun apakan daya, ia harus dihadapi bagi mengelakkan pesakit darah tinggi mengalami kesan sampingan yang lebih teruk. Buat pesakit darah tinggi dan yang memiliki masalah ginjal, penemuan baru penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini bakal menceriakan suasana menjamu selera mereka kini. Malah, mereka

Telur Tiruan - Kandungan protein telur tiruan menyamai tulen - Tiong Lai

Image
Kandungan protein telur tiruan menyamai tulen - Tiong Lai 10/04/2011 1:52pm   KUANTAN 10 April – Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin. Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya. “Ujian DNA pertama mendapati telur ayam tersebut tiada mempunyai sebarang masalah kepada pengguna,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini. - Utusan

Jangan percaya SMS kesan radiasi di Malaysia - TPM

Image
Jangan percaya SMS kesan radiasi di Malaysia - TPM 15/03/2011 5:05pm PUTRAJAYA 15 Mac — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun. Menyifatkan penyebaran SMS itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata, Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini. Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut. "SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak. "Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti bias

Adenovirus - Dua pelatih Pulapol dibenarkan keluar HKL

Image
Adenovirus: Dua pelatih Pulapol dibenarkan keluar HKL 15/03/2011 5:04pm KUALA LUMPUR 15 Mac — Seorang pelatih inspektor dan seorang pelatih konstabel lelaki Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana dijangkiti virus ”Adenovirus” telah dibenarkan keluar hospital. Komandan Pulapol, SAC Zulkifli Mohamed berkata jumlah pelatih yang masih dirawat di HKL kekal seperti semalam iaitu 38 orang apabila dua lagi pelatih inspektor wanita dimasukkan ke hospital itu. Katanya daripada jumlah itu, dua masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu seorang pelatih inspektor lelaki dan seorang pelatih konstabel lelaki. "Selebihnya ialah pelatih inspektor wanita 15 orang, pelatih inspektor lelaki 18, pelatih konstabel lelaki empat dan seorang lagi kakitangan Pulapol,” katanya kepada Bernama melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini hari ini. Beliau berkata jumlah pengasingan pula adalah seramai 648 orang iaitu 229 pelatih inspektor wanita, 2

Singapura uji makanan dari Jepun

Singapura uji makanan dari Jepun SINGAPURA 14 Mac - Singapura akan menjalankan ujian ke atas makanan yang diimport dari Jepun bagi mengetahui tahap pencemaran radiasi berikutan kebocoran loji nuklear di negara itu, menurut satu laporan media, hari ini. Menurut laporan akhbar Straits Times , pihak berkuasa Pertanian dan Vaterina negara ini ditugaskan membuat pemantauan ke atas semua produk makanan dari Jepun, termasuk buah-buahan, sayuran, daging dan makanan laut berdasarkan sumber dan potensi risikonya terhadap pencemaran. "Sampel akan diambil untuk menjalani ujian radiasi dan produk segar akan diberi keutamaan," kata jurucakap pihak berkuasa tersebut. Katanya, pihak berkuasa akan memantau situasi dan perkembangannya. Singapura mempunyai sejumlah besar restoran makanan Jepun yang mendapat bahan mentah secara terus dari negara matahari terbit itu. - Dpa

Pesakit jantung muda meningkat

Image
Pesakit jantung muda meningkat 20 PERATUS pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Ramli dalam usia lewat 30-an sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat. Terlalu sibuk hinggalah tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri. Pada suatu pagi, sewaktu Ramli hendak ke pejabat, dia mengalami rasa sakit dada yang amat sangat. Rasa sakit itu menyebabkan dia sukar bernafas dan tiba-tiba pitam. Apabila Ramli pulih dan sedar semula, dia mendapati dirinya berada di hospital. Apakah yang telah berlaku? “Ramli, anda telah mengalami serangan jantung . Saya dapati serangan jantung berpunca daripada tabiat merokok anda,” terang doktor. Kisah Ramli adalah lazim bagi kebanyakan penghidap sakit jantung tetapi belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini. Kebanyakan pesakit mungkin dengan secara tiba-tiba diserang dengan

Risiko sakit jantung bagi penonton TV

Image
Risiko sakit jantung bagi penonton TV Mereka yang menghabiskan masa lebih empat jam menonton televisyen mempunyai risiko dua kali ganda terlibat dalam masalah jantung MENGHABISKAN masa berlebihan di depan televisyen atau skrin komputer meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan mati awal, walaupun individu tersebut dari kategori yang rajin bersenam. Itu adalah penemuan yang diperoleh dari Jurnal Kolej Kardiologi Amerika isu Januari 2011. Data menunjukkan, berbanding dengan individu yang menghabiskan masa kurang dari dua jam menonton televisyen untuk hiburan seperti menonton rancangan televisyen, menggunakan komputer atau bermain permainan video, mereka yang menggunakan lebih daripada empat jam untuk tujuan yang sama mempunyai risiko dua kali ganda untuk terlibat dalam masalah kardiologi yang seringkali dirujuk ke hospital dan kematian atau kedua-duanya sekali. Penyelidikan tersebut merupakan julung kali dibuat dan ia mengaitkan masa menonton televisyen dan risiko m

Saintis Australia temui bakteria mampu basmi denggi

Image
Saintis Australia temui bakteria mampu basmi denggi MELBOURNE: Saintis Australia telah membangunkan sejenis bakteria yang mampu membasmi demam denggi. Menurut laporan Australian Associated Press (AAP), bakteria itu bertindak sebagai vaksin untuk nyamuk yang kemudiannya memberikan tindak balas untuk mencegah penyakit itu daripada merebak kepada manusia. Profesor Scott O'Neill dari University of Queensland berkata, beliau "amat teruja" kerana ujian lapangan selama 12 minggu sudah bermula di kawasan pinggir bandar Yorkeys Knob di Cairns dan Gordonvale di Queensland. Katanya, dengan kira-kira 100 juta orang, sebahagian besarnya di negara membangun, dijangkiti demam denggi setiap tahun, penyelesaian di peringkat global sudah lama tertangguh. "Kira-kira 40,000 orang mati kerana keluarga di negara lebih miskin tidak mampu mendapatkan rawatan kesihatan," katanya. Prof O'Neill berkata, projek beliau mungkin menjadi penyelesaian pa

Restoran mamak sudah lama tidak guna teh timbang

Image
Restoran mamak sudah lama tidak guna teh timbang KUALA LUMPUR 3 Jan. - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang mempunyai 1,600 anggota telah lama mengeluarkan arahan kepada anggota persatuan itu supaya tidak menggunakan teh timbang atau teh sukat ketika menyediakan teh kepada para pelanggan terutamanya teh tarik. Presiden Presma, Noorul Hassan Saul Hameed berkata, pihak persatuan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap restoran mamak bagi memastikan mereka tidak menggunakan teh tersebut. "Pengusaha restoran mamak yang didapati menggunakan teh timbang atau teh sukat boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya. Beliau mengulas laporan mengenai perbuatan sesetengah pengusaha restoran tidak bertanggungjawab yang cenderung menggunakan teh timbang atau teh sukat untuk membuat teh tarik kerana harganya yang lebih murah sungguhpun ia mengandungi bahan pewarna yang membahayakan kesihatan pe

Pewarna dalam teh diharamkan pengunaan

Image
Pewarna dalam teh tidak dibenarkan, kata Rosnah KUALA LUMPUR 3 Jan. – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini mengesahkan penggunaan bahan pewarna tiruan dalam teh adalah tidak dibenarkan walaupun selamat digunakan. Katanya, berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh kementerian, pewarna tiruan yang dikesan di dalam teh adalah Sunset Yellow, Tartrazine, Carmoisine atau Ponceau 4R di mana pewarna-pewarna ini adalah dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi makanan dan minuman tertentu. "Ini bermakna, bahan pewarna tiruan yang dikesan di dalam teh adalah selamat digunakan tetapi tidak dibenarkan penggunaannya di dalam teh untuk mengelakkan penipuan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai laporan mengenai penjualan dan pengambilan teh timbang di Kelantan yang mengandungi bahan pewarna sintetik yang dikatakan boleh menyebabkan masalah kesihatan k

152 produk makanan dirampas

Image
152 produk makanan dirampas Datin Dr Hajah Zailan Binti Dato Haji Adnan (Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan) Dr. Zailan Adnan bersama kakitangan Jabatan Kesihatan negeri memeriksa makanan yang dijual SEREMBAN 24 Dis. - Walaupun amaran telah dibuat dan penguatkuasaan sudah dilaksanakan, masih ada peniaga yang ingkar dengan menjual makanan rosak, tin makanan kemik dan tamat tarikh luput kepada pengguna. Namun kedegilan mereka akhirnya menerima padah, apabila kesemua barangan itu dirampas dalam Operasi Bersepadu Lak & Sita di sekitar kawasan Port Dickson dekat sini baru-baru ini. Pengarah Kesihatan negeri, Datin Dr. Zailan Adnan berkata, dalam operasi yang dilancarkan itu, sebanyak 152 barangan telah disita kerana tidak menepati piawaian ditetapkan dan ia melibatkan jumlah rampasan bernilai RM2,431.52. "Makanan yang didapati melanggar peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 akan disita dan di

Rawatan hemodialisis percuma

Image
Rawatan hemodialisis percuma ISMAIL Sabri Yaakob (dua dari kanan) melawat pameran Pusat Pakar Dialysis Sayang diKuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 16 Dis. - Pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan kini boleh mendapatkan rawatan hemodialisis secara percuma di pusat rawatan hemodialisis Sayang Dialysis. Projek hasil inisiatif Pusat Pakar Dialysis Traktif Sdn. Bhd. yang berkonsepkan francais itu menyasarkan badan-badan korporat, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai penaja untuk membiayai kos rawatan buah pinggang. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kewujudan pusat rawatan itu merupakan projek di bawah Program Pembangunan Francais Tempatan yang dibangunkan untuk membantu golongan kurang berkemampuan mencari penaja bagi membiayai kos rawatan buah pinggang. Katanya, melalui cara itu dapat memberi peluang kepada pesakit buah pinggang yang mempunyai masalah kewangan mendapatkan rawa

Berlumba untuk sihat

Image
Berlumba untuk sihat Antara aktiviti yang diadakan pada program Perlumbaan Ke Sasaran 2010. PADA masa ini, kira-kira 1.4 juta rakyat Malaysia atau satu daripada setiap enam orang dewasa yang melebihi usia 30 tahun menghidap diabetes. Apa yang lebih mengejutkan, kelaziman berlakunya diabetes di Malaysia hampir dua kali ganda pada kadar yang lebih cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), seiring dengan perkembangan kadar rakyat yang obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2030, sejumlah 2.48 juta rakyat Malaysia akan menghidap diabetes. Pada peringkat global, kelaziman berlakunya diabetes juga sedang meningkat disebabkan beberapa faktor, seperti pertambahan bilangan penduduk, proses penuaan, urbanisasi, peningkatan golongan obesiti dan kekurangan gerak kerja jasmani. Malah, IDF meramalkan bahawa menjelang tahun 2025, rantau Asia Tenggara akan mempunyai kadar kelaziman diabetes yang tertinggi. Setiausaha Agung Persatuan

Cipta vaksin HFMD tempatan

Cipta vaksin HFMD tempatan Sentinext Therapeutics Sdn. Bhd. sedang mencipta sejenis vaksin untuk virus EV71 yang menyebabkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), iaitu virus yang biasanya menyerang kanak-kanak dan bayi. Virus HFMD itu boleh menyebabkan kanak-kanak yang diserang mengalami ulser melecet dalam mulut selain daripada keradangan kulit. Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD kerana jangkitan EV71 mengalami risiko lebih tinggi menghidap penyakit neurologi teruk yang boleh menyebabkan kematian. "Di Amerika dan Eropah, HFMD tidaklah begitu ketara tetapi jangkitan di Asia semenjak tahun 1997 adalah berlainan. Sesetengah kes jangkitan EV71 mengakibatkkan kematian. ''(Oleh itu) perlu ada cara efektif bagi mengenali serta bertindak balas terhadap virus ini,'' kata Zarifah Hussain Reed , Penolong Pengarah Penyelidikan Klinikal di Pusat Serantau Intervensi Penyakit Menular, Singapura. Vaksin terhadap virus EV71 adalah antara usaha Sentinext's menc

Estrogen punca lelaki gemuk

Image
Estrogen punca lelaki gemuk SAYA tidak menyangka bertemu dengan sahabat lama, Zack. Semasa sama menuntut di universiti dia merupakan seorang pemuda yang kacak dan diminati ramai. Saya terkejut melihat penampilan Zack yang sungguh merosot. Tubuhnya gemuk, berlemak dan perutnya buncit. Wajah Zack juga kelihatan bengkak dan bawah mata terdapat banyak lemak yang menjadikan dia tampak lebih berusia. Meskipun begitu Zack tatap seorang lelaki budiman dan berhemah tinggi. Menurut Zack dia mengidap masalah kencing manis dan tahap kolesterolnya meningkat. Isteri Zack sempat berbisik kepada saya bahawa suaminya sangat emosional dan tertekan dengan keadaan dirinya sekarang. Pelbagai amalan diet dan senaman telah dilakukan namun tidak berkesan. Dia ingin tahu jika ada kaedah anti penuaan boleh membantu memulihkan keadaan suaminya. Pada usia yang baru mencapai 42 tahun Zack sepatutnya terus sihat menikmati kehidupan yang penuh warna-warni. Sebaliknya dia kelihatan keletihan dan tid

Lindungi anak daripada PnD

Lindungi anak daripada PnD KEHADIRAN anak sememangnya ditunggu-tunggu oleh pasangan yang berumah tangga. Anak bukan sahaja bertindak sebagai penyeri rumah tangga tetapi permata yang menambah sinaran kebahagiaan rumah tangga. Begitupun, kegembiraan menyambut 'ahli baru' dalam keluarga boleh bertukar menjadi mimpi ngeri kepada ibu bapa akibat kurang pengetahuan asas mengenai penjagaan dan keperluan kesihatan bayi khususnya di peringkat tahun pertama kelahiran. Ini termasuk perkara-perkara yang sering dianggap mudah seperti rutin rawatan di klinik bagi mendapatkan suntikan vaksin. Pakar Perunding Pediatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Zulkifli Ismail berkata, ramai kurang prihatin terhadap masalah penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak. ''Seharusnya perkara ini di pandang serius kerana kira-kira dua juta kanak-kanak berusia bawah lima tahun mati setiap tahun akibat penyakit berjangkit. "Antara penyakit berjangkit dan kemati

Penuaan dan kemerosotan mitokondria

Image
Penuaan dan kemerosotan mitokondria LEBIH 200 jenis penyakit keturunan mempunyai hubungkait dengan fungsi mitokondria yang telah rosak termasuklah kebanyakan penyakit penuaan yang paling biasa seperti penyakit Alzheimer, kencing manis, kanser, jantung, Parkinson dan angin ahmar. Mitokondria mempunyai kaitan dengan hampir setiap proses penting dalam sel. Penyelidik di Institut Penuaan Kebangsaan Baltimore, Rafael de Cabo, menerangkan mengapa anda boleh mengesan hampir sebarang keadaan yang mempunyai hubungan dengan keseimbangan tenaga. Misalnya, penyakit kencing manis atau sarkopenia (sejenis penyakit yang kemerosotan otot). Mitokondria ialah “loji janakuasa” sel-sel dalam badan. Ia merupakan struktur halus yang terdapat dalam setiap sel dan ia bertindak sebagai relau atau dapur leburan yang mengeluarkan sebahagian besar tenaga yang digunakan oleh badan. Kebanyakan sel dalam badan manusia mengandungi kira-kira 500 hingga 2,000 mitokondria. Mitokondria merupakan pembentuka