Posts

Showing posts with the label Info Tragedi

Kes Altantuya - rayuan 27, 28 Ogos depan

Image
Kes Altantuya: Mahkamah dengar rayuan 27, 28 Ogos depan                  altantuya shaariibuu   PUTRAJAYA 9 Mac - Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 27 Ogos ini bagi mendengar rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri, 34, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 38, atas sabitan dan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hampir enam tahun lalu. Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau hari ini. Peguam Kitson Foong yang hadir bersama Lim Kon Keen mewakili Sirul Azhar memberitahu pemberita, mahkamah turut menetapkan 30 April ini bagi mendengar notis usul anak guamnya terhadap permohonan memfailkan alasan rayuan tambahan. Sementara itu, J. Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah turut memaklumkan, anak guamnya diberi tempoh sehingga 19 Mac ini bagi memfailkan petisyen rayuan. Menurut Kuldeep, anak guamnya sudah menerima kesemua 65 jilid rekod rayuan lengkap yang antaranya mengandun

Gencatan senjata di Gaza

Image
Gencatan senjata di Gaza Pasukan polis Israel memeriksa lokasi roket yang dilancarkan pejuang Palestin dari Genting Gaza mengenai dua buah kenderaan di bandar Ashdod di selatan Israel, kelmarin. - AGENSI GAZA CITY 13 Mac - Israel dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin di Genting Gaza bersetuju mengadakan gencatan senjata bagi menghentikan keganasan selama empat hari yang telah meragut 25 nyawa rakyat Palestin. Gencatan senjata yang dicapai menerusi perantaraan Mesir itu diumumkan oleh seorang pegawai keselamatan kanan Mesir di Kaherah, hari ini. Menurut pegawai itu, kedua-dua pihak 'bersetuju menamatkan operasi semasa' dan mencapai perjanjian menyeluruh 'dengan masing-masing memulakan gencatan senjata komprehensif', manakala Israel memberi jaminan luar biasa untuk menghentikan 'pembunuhan politik'. Gencatan senjata itu dijadual mula berkuat kuasa pada pukul 1 pagi ini (7 pagi waktu Malaysia) dan berdasarkan pengalaman lalu, perjanjian genca

Kisah Sebenar Institusi Kehakiman Indonesia

Image
Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya  sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil &

Nelayan Malaysia dipenjara di Medan pulang ke tanah air

Nelayan Malaysia dipenjara SEPANG 13 Mac — Setelah lebih tiga tahun dipenjarakan di Medan, Sumatera Utara, Indonesia kerana didapati bersalah menangkap ikan seberat 20 kilogram di perairan Indonesia, nelayan Malaysia, Ibrahim @Awang Pa Deraman akhirnya pulang ke tanah air hari ini. Perasaan gembira jelas terpancar pada riak wajahnya apabila melihat keluarganya dari Bachok, Kelantan datang menyambut kepulangannya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada pukul 8.30 malam ini. Ketika ditemui pemberita sambil tersenyum Ibrahim berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana bersusah payah berusaha mengeluarkannya dari penjara. "Saya rasa gembira apabila dapat keluar daripada penjara setelah lebih tiga tahun berada di sana, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia terutamanya Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Timbalan Menteri Kewangan) kerana berusaha membebaskan saya. "Tidak lupa juga kepada pihak kedutaan Malaysia

Kes bunuh, bakar: MAIJ bantu urus jenazah Dirang

Image
Kes bunuh, bakar: MAIJ bantu urus jenazah Dirang 13/03/2012 8:27pm PASIR GUDANG 13 Mac – Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan membantu dalam urusan pengebumian serpihan rangka jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadhirah Abdullah, selepas keluarganya dibenarkan menuntut jenazah itu esok. Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, jenazah kanak-kanak malang itu akan diuruskan seperti jenazah sempurna sebelum dikebumikan. "MAIJ akan bantu mengurus jenazah Dirang secepat mungkin. Rangka yang tinggal akan dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan seperti jenazah sempurna,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Nurul Nadhirah di Flat Seri Delima Bandar Seri Alam, di sini hari ini. Beliau menyifatkan perbuatan individu yang bertindak membunuh dan membakar kanak-kanak berusia lima tahun itu yang juga dikenali dengan panggilan Dirang, sebagai kezaliman luar biasa yang dilakukan manusia. Perbuatan itu katanya, tidak seharusnya berlaku lebih-

Budak tujuh tahun hilang dari rumah

Image
WAN Nor Asma Yusof, bersama anaknya Wan Khadijah Mohd. Khadhir, 4, menunjukkan gambar Wan Hazim, 7, yang hilang dari rumahnya di PJS 10/1, Subang Indah, Petaling Jaya, semalam. PETALING JAYA 10 Mac – Sebelum ini, membaca kisah kanak-kanak hilang disiarkan di akhbar atau televisyen membuatkan Wan Nor Asma Yusof simpati memikirkan nasib yang menimpa ibu bapa berkenaan yang kehilangan insan tersayang. Namun, peniaga barangan aksesori wanita itu tidak menyangka dia juga diuji dengan dugaan yang sama apabila anak keduanya, Wan Hazim Mohd. Khadhir, 7, kini hilang dari rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah di sini sejak semalam. Menurut Wan Nor Asma, 33, kehilangan anak kedua daripada tiga beradik itu disedari kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebaik sahaja dia pulang ke rumah dari kedainya di pusat beli-belah Tesco, Shah Alam. ... Wan Hazim Wan Khaidir dilihat kali terakhir oleh ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, sedang mencuci tangan di sinki

145 dikhuatiri maut dalam kejadian salji runtuh

Image
145 dikhuatiri maut - Badakhshan, Afghanistan KABUL 11 Mac – Sekurang-kurangnya 145 orang hilang dan dipercayai maut akibat insiden runtuhan salji yang melanda wilayah Badakhshan, timur laut Afghanistan minggu lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam. Pegawai Afghanistan awal semalam meletakkan angka korban akibat siri runtuhan salji sejak 4 Mac lalu itu seramai 56 orang di daerah Shekay, Badakhshan. PBB dalam pada itu turut memberi amaran banjir mungkin akan berlaku dalam tempoh beberapa minggu akan datang ekoran pencairan salji. Afghanistan dilanda musim salji paling buruk dalam tempoh 15 tahun yang telah meragut banyak nyawa. – AFP  info AFP POSTING: UN says 145 'presumed dead' in Afghan avalanche (AFP) – 6 hours ago   KABUL — At least 145 people are missing and "presumed dead" after an avalanche hit a remote village in Afghanistan's northeastern Badakhshan province last week, the United Nations said Saturday

Penyanyi Hip-Hop Rogol Anak Tiri Sejak Usia 7 Tahun

Image
Di Gombak Jaya, seorang penyanyi terkenal yang merupakan anggota sebuah kumpulan Hip Hop tanah air ditahan atas tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun. Penyanyi tersebut dikatakan melakukan kegiatan terkutuk itu sejak mangsa berusia 7 tahun. Menurut Harian Metro, penyanyi tersebut yang pernah berlakon filem ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak kira kira jam 11 malam semalam. Siapa agaknya identiti sebenar penyanyi ni ye? Kalau sekadar anggaran, kami rasa kami macam dah ada nama kumpulan Hip Hop tu, cuma identiti individu masih belum diketahui. Anak tiri penyanyi Hip Hop buat laporan dirogol Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin. Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu. “Berikutan laporan itu, p

Mayat 11 September dilupus

Image
WASHINGTON 29 Feb. - Pentagon, semalam mendedahkan laporan oleh satu panel bebas berhubung dakwaan sebahagian mayat mangsa serangan pengganas pada 11 September 2001 telah dilupuskan di satu lokasi rahsia. Ketua panel terbabit, Jeneral Tentera (B) John Abizaid berkata, mayat-mayat terbabit merupakan mangsa serangan di Pentagon dan penumpang yang terkorban selepas pesawat yang dinaiki dirampas pengganas dan terhempas di Shanksville, Pennsylvania. Katanya, pendedahan itu dibuat selepas berlaku masalah di rumah mayat Pangkalan Tentera Udara Dover yang tidak menguruskan dengan baik mayat askar Amerika Syarikat (AS) yang terbunuh di Iraq dan Afghanistan. Pihak tentera mengetahui hal itu pada tahun lalu selepas beberapa mayat askar di rumah mayat Dover di Dalaware telah dibakar dan dihantar ke satu kawasan rahsia di Virginia.

Pelancong Rusia maut dalam nahas bas di Kemboja

PHNOM PENH 29 Feb. - Seorang pelancong Rusia maut dan berpuluh penumpang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbalik selepas salah sebuah tayar bas itu pecah dalam perjalanan dari Kemboja ke sempadan Thailand, semalam. Ketua polis trafik wilayah Koh Kong, Ouk Sopha berkata, bas itu membawa 46 penumpang termasuk 40 pelancong asing dari pantai pelabuhan Sihanoukville menuju ke sempadan Thailand. “Seorang gadis berusia 23 tahun yang cedera, meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital,” kata Sopha. Jelasnya, pemandu bas yang dipercayai memandu pada kelajuan tinggi, melarikan diri selepas kejadian. - AFP

Dua sahabat terbabas

Image
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Dua sahabat yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut apabila motosikal yang mereka naiki terbabas merempuh sebatang pokok di Jalan Pahang di sini awal pagi ini. Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, R. Muraly, 31, dan rakannya, A. Muralidheran, 32, mati selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. Jurucakap polis berkata, semasa kejadian, kedua-dua mereka yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan dari arah pusat bandar ke Setapak. "Penunggang motosikal itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas merempoh sebatang pokok hiasan di kiri jalan. "Akibat rempuhan itu, kedua-dua mereka tercampak di atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami," katanya di sini hari ini. Tambahnya, Muraly berasal dari Jalan Genting Klang manakala Muralidheran beralamat di Batu Caves. Polis dalam pada itu turut meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat me

influenza ILI - 67 pelajar dikuarantin

Image
SEBAHAGIAN daripada 67 pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah dikuarantin di bangunan berasingan sekolah berasrama penuh tersebut kerana dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI) di Ayer Keroh, Melaka, semalam. MELAKA 23 Feb. - Sebanyak 67 pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh di sini dikuarantin di bangunan berasingan di sekolah berasrama penuh itu kerana dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI). Mereka terdiri daripada 29 pelajar perempuan dan 38 lelaki dikuarantin setelah dikesan dijangkiti penyakit itu malam Ahad lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, keadaan di sekolah terbabit terkawal dan setakat ini semua pelajar yang dijangkiti menunjukkan tanda-tanda semakin pulih. "Malah, pada awalnya sebanyak 77 pelajar dijangkiti, namun semalam 10 daripada mereka iaitu lapan perempuan dan dua lelaki dibenarkan pulang ke asrama. "Manakala 67 lagi pelajar yang masih mengalami ILI diasi

2 beranak terselamat kereta rempuh rumah

Image
Sebuah kereta Toyota Camry terbalik selepas terbabas dan merempuh sebuah rumah kedai di Taman Tiroi, Labu, kelmarin. SEREMBAN 23 Feb. - Dua beranak yang sedang menunaikan solat Isyak berjemaah terselamat apabila sebuah kereta jenis Toyota Camry tiba-tiba terbabas dan merempuh rumah mereka di Taman Tiroi Labu di Jalan Seremban-Labu, Nilai malam tadi. Kejadian berlaku 8.45 malam ketika penghuni rumah itu, Ahmad Yusof, 48, dan anak perempuannya Khairul Baiyinah, 11, menunaikan solat dalam sebuah bilik di rumah itu. Menurut Ahmad, dia tiba-tiba terdengar bunyi brek kenderaan yang kuat sebelum berlaku dentuman pada dinding bersebelahan biliknya. "Anak saya menjerit ketakutan dan memeluk saya. Saya kemudian keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku. Saya dapati sebuah kereta Toyota Camry sudah terbalik dan orang ramai sedang menolong mengeluarkan pemandunya yang cedera," katanya ketika ditemui di rumahnya malam tadi. Ahmad yang telah mendiami rumah berkenaan seja

Rumah terbakar kali kedua

Image
Rumah Jumahat di Kampung Jawa Hulu Pulai Sebatang yang hangus dalam satu kejadian kebakaran di Pontian, semalam. PONTIAN 23 Feb. - Tujuh belas tahun lalu , keluarga Jumahat Samsuri, 60, pernah tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran. Walaupun berdoa semoga kejadian itu hanya berlaku sekali dalam hidup, namun takdir tetap menguji ketabahan hati mereka apabila kejadian serupa menimpa lagi pagi ini. Rumah yang didiami Jumahat bersama isteri, Siti Khadijah Sadirin, 53, dan anak bongsu mereka di Kampung Jawa Hulu Pulai Sebatang di sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11.30 pagi. Bagaimanapun, mujurlah tiada siapa berada di rumah ketika kejadian kerana dia dan isteri keluar bekerja, manakala anak bongsunya belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi. Menurut Jumahat, rumah berkenaan dibina di bawah projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) selepas kejadian pertama. "Ibu saya, Salamah Mat Kisan, 75, yang ti

Dua helikopter bertembung, tujuh askar Marin AS terbunuh

Image
WASHINGTON 24 Feb. - Tujuh askar Marin Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas dua helikopter tentera bertembung semasa mengadakan latihan ketenteraan di Arizona, semalam. Kemalangan maut itu berlaku di bandar Yuma, malam kelmarin kira-kira pukul 8 malam (11 pagi waktu Malaysia semalam) dan punca kejadian masih lagi disiasat. Dua helikopter tentera yang terbabit dalam kemalangan itu merupakan jenis AH-1W 'Cobra' dan UH-1Y 'Huey'. - AFP

Gempa bumi 5.8 skala Richter gegar Papua New Guinea

Image
SYDNEY 16 Feb. – Satu gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter menggegarkan Papua New Guinea awal semalam, tetapi tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan. Gempa yang melanda wilayah timur negara ini berada pada kedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa terletak 87 kilometer ke selatan bandar Lae, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). – AFP more info status on seismic activity reports http://earthquakesummary.info

Kapten kapal terbang meninggal dunia dalam penerbangan

Image
PRAGUE, Republik Czech 16 Feb. – Seorang kapten kapal terbang yang membawa 46 penumpang meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari ibu negara Poland, Warsaw ke ke bandar raya ini semalam. Jurucakap penerbangan Republik Czech, Hana Hejskova berkata, pembantu juruterbang terpaksa mengambil tugasnya untuk mendarat pesawat itu. Menurutnya, pesawat jenis ATR 42 itu berjaya mendarat dengan selamat dan semua penumpang tidak terancam kerana pembantu juruterbang tersebut telah dilatih untuk berdepan dengan situasi berkenaan. – AGENSI

Jenazah pegawai ATM tiba malam ini

Image
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolonel Habibullah Ismail, 42, yang meninggal dunia di Lebanon kelmarin dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 malam esok. Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata, jenazah Habibullah kemudiannya akan dibawa ke Pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang untuk disembahyang dan diberikan penghormatan terakhir. Menurut kenyataan itu, jenazah beliau kemudiannya akan diterbangkan ke Kedah sebelum dikebumikan di tempat kelahirannya di Alor Setar. "Allahyarham yang bertugas sebagai Pengarah Awasan (Shift Director) di Pusat Operasi Bersama Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) meninggal dunia akibat serangan jantung. "Allahyarham sebelum ini tidak menghadapi sebarang sejarah penyakit jantung dan lulus semua ujian perubatan dan kesihat

Tunggu ujian DNA untuk sahkan Zulkifl maut - Hishammuddin

Image
PUTRAJAYA 9 Feb. — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hanya keputusan ujian DNA dapat mengesahkan kematian rakyat Malaysia yang didakwa terbunuh akibat serangan ke atas persembunyian kumpulan Abu Sayyaf, di Sulu, wilayah selatan negara itu Rabu lepas. "Ia agak rumit. Mereka yang terselamat dalam serangan itu mungkin mengebumikan mereka yang terkorban. Kami perlu memadankan DNA dan ia merupakan satu proses yang panjang dan teliti,” katanya. Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Penolong Pesuruhjaya Mengenai Perlindungan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) Erika Feller di pejabatnya di sini hari ini. Hishammuddin berkata, orang ramai kadang-kala tidak memahami proses pemadanan DNA yang perlu dilalui oleh pihak berkuasa seperti polis dan kementerian apabila insiden seumpamanya berlaku. Sebelum ini, tentera Filipina mengumumkan warga Malaysia

Percutian berakhir dengan tragedi

Image
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengusung mangsa kemalangan di KM 254.1, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, semalam. - BERNAMA SEREMBAN 25 Jan. - Kegembiraan sebuah keluarga selepas bercuti di Langkawi tidak berpanjangan apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 254.1, Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan dekat Senawang di sini, hari ini. Danish Abdul Latif, 6, maut di tempat kejadian selepas van jenis Joylong yang dinaiki bersama lapan ahli keluarganya terbabas di tepi longkang lebuh raya tersebut. Nahas yang berlaku pukul 6.45 pagi itu mengakibatkan mangsa tercampak keluar sebelum van berkenaan menghempap mangsa di kepala. Ibu mangsa, Zurina Omar, 36, dan bapanya, Abdul Latif Abdul Rahim, 38, bersama enam lagi ahli keluarga, termasuk dua kanak-kanak berusia setahun dan 10 tahun cedera dan diberi rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini. Jurucakap polis memberitahu, van yang dipandu oleh Abdul Latif itu hilang kawalan seb