Posts

Showing posts with the label Isu Rakyat

1,412 penuntut terima sumbangan RM353,000

Image
TANAH MERAH 25 Jan. - UMNO Tanah Merah terus mendekati rakyat apabila menyampaikan sumbangan bernilai RM353,000 kepada 1,412 penuntut pusat pengajian tinggi yang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), sarjana dan sarjana muda pada satu majlis di sini, semalam. Majlis penyampaian sumbangan duit poket dan cenderamata khas itu dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata) dan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Turut hadir Timbalan Ketua UMNO bahagian, Baharuddin Yusoff dan Presiden Permata, Wan Alimin Wan Zain. Ikmal Hisham berkata, setiap pelajar menerima sumbangan RM250 termasuk duit poket RM50, sebuah pemain cakera padat (CD) berjenama serta sebuah beg galas. Menurutnya, sumbangan tersebut sebagai penghargaan di atas kejayaan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. "Sumbangan ini juga diharap dapat menyuntik semangat pelajar berkenaan untuk meneruskan kejayaan, selain menjadi pembak

Ribut - Pokok tumbang, rumah rosak

Image
POKOK tumbang menimpa sebuah kereta dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat di Taman Desa, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF KUALA LUMPUR 25 Jan. – Hujan lebat serta angin kencang yang melanda beberapa kawasan di ibu negara petang ini mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang dan kerosakan rumah termasuk bumbung diterbangkan angin. Antara kawasan yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu adalah Taman Desa, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, PPR Sri Cempaka dan PPR Seri Indah di Pantai Dalam. Kawasan yang paling teruk dilanda ribut dikesan di Jalan Desa Utama apabila banyak pokok tumbang di sepanjang jalan tersebut. Beberapa kenderaan turut mengalami kerosakan akibat dihempap pokok yang tumbang. Sepasukan anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengalihkan pokok-pokok yang tumbang. Tinjauan Utusan Malaysia di Blok E, PPR Sri Cempaka malam ini mendapati se

Selesaikan segera isu sampah

Image
SEORANG pekerja restoran terpaksa menutup hidung untuk mengelak bau busuk sampah di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. SELAIN masalah sosial membabitkan kewujudan rumah urut berleluasa dan penjualan arak secara terbuka, isu sampah kini dikatakan turut mencalar kredibiliti kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. Bagi penduduk setempat, apa yang berlaku itu menunjukkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik. Timbul juga persoalan, walaupun banyak aduan terhadap masalah tersebut dibuat, namun tiada penyelesaian konkrit diambil pihak terbabit. Sekiranya ia melibatkan masalah antara kontraktor dan kerajaan negeri, mengapa pula rakyat yang terpaksa menerima kesannya!

Kemerosotan minat pelajar terhadap jurusan sains membimbangkan

Image
PUTRAJAYA 26 Jan. - Minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. "Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya pada majlis amanat tahun baru 2012 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Mohamed Khaled berkata, kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, namun ia belum dicapai lagi. "Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti,” katanya. Beliau berkata, pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melihat usaha untuk belajar dalam bidang sains tidak menguntungkan selain

Melaka bayar pampasan RM7.7 juta ambil alih syarikat bas henti-henti

Image
MELAKA 26 Jan. - Kerajaan negeri Melaka akan mengambil alih pengurusan bas henti-henti bermula 1 Februari depan setelah membayar pampasan bernilai RM7.7 juta kepada 10 syarikat bas henti-henti di negeri itu, hari ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bayaran pampasan itu melibatkan 110 bas berjumlah RM5.4 juta, 118 pekerja berjumlah RM1.8 juta serta ganti rugi tambahan kepada keseluruhan syarikat tersebut berjumlah RM500,000. "Kita berharap transformasi ini dapat memperbaiki sistem pengangkutan awam serta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada warga Melaka yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti walaupun (kerajaan Melaka) terpaksa menanggung kerugian akibat pengambilalihan ini,” katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Panorama Melaka Cultural and Tourism (PMCT) Sdn Bhd dan 10 pengusaha syarikat bas henti-henti di negeri itu di sini. — BERNAMA

Pengurusan tidak amanah punca kegagalan koperasi - Tun Mahathir

Image
26/01/2012 4:23pm ALOR SETAR 26 Jan. - Sikap tidak amanah anggota atau pihak pengurusan menjadi punca utama kegagalan perniagaan berkonsepkan koperasi di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. "Saya difahamkan ada lebih 8,000 koperasi di negara ini tapi hanya 20 peratus daripadanya yang dapat menjalankan perniagaan dengan cara yang baik. "Kalau ada koperasi tidak berjaya, bila diselidik ada masalah tadi (tidak amanah). Apabila terima tanggungjawab, hendaklah tunaikan dengan sempurna,” katanya pada sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini hari ini. Beliau berkata, amat sukar untuk mencari individu yang benar-benar jujur kerana ramai yang tidak amanah dan gelap mata apabila berurusan dengan wang. Katanya, dalam aspek pengurusan wang, perlu ada kecekapan dalam kalangan pihak pengurusan serta anggota koperasi kerana ia akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Dr. Mahathir berkata, perniagaan ber

PEMBAYARAN BR1M SECARA BERPERINGKAT!!

Image
Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) tidak perlu panik dan bimbang jika masih belum menerima pembayaran tersebut kerana pembayaran itu dibuat secara berperingkat-peringkat, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata di Negeri Sembilan proses pembayaran BRIM bermula 15 Jan lepas dan pembayaran tersebut dimulakan di peringkat negeri serta juga semua Dewan Undangan Negeri (DUN). “Pembayaran ini merupakan fasa pertama bagi mereka yang menghantar borang BRIM pada 10 Dis sehingga 27 Dis. Di Negeri Sembilan untuk fasa pertama ini sejumlah 55,000 borang yang diproses dan telah diluluskan pembayarannya di mana setiap seorang menerima RM500,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Katanya sebanyak 168,000 borang BRIM telah dihantar dan masih belum diproses lagi manakala pembayarannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat. “Kita kini sedang membuat pembayaran peringkat pertama. Jadi, jangan pula ada pemohon yang panik menyatakan d

Perkeso nafi lambat selesai tuntutan

Image
LIM Yu Tian (kiri) menerima cek pampasan daripada Chris Lee Ching Yong sambil diperhatikan oleh Jamalluddin Mohamad di Muar, Johor, baru-baru ini. MUAR 25 Jan. - Dakwaan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini tidak bersikap adil dan sukar untuk berurusan semasa membuat tuntutan pampasan adalah tidak benar sama sekali. Pegawai Khas Menteri Besar, Chris Lee Ching Yong berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai dakwaan itu tetapi ia merupakan kes terpencil kerana terdapat maklumat yang tidak tepat dan palsu. "Dalam beberapa kes terdahulu terdapat sebahagiannya sukar membuat tuntutan kerana didapati mengandungi maklumat tidak tepat dan berunsur penipuan. Keadaan ini menyebabkan urusan tuntutan pampasan menjadi lewat sehingga membebankan kehidupan mereka sendiri. "Saya ingin menasihati orang ramai yang ingin membuat tuntutan supaya memberikan maklumat yang tepat dan bersikap jujur," katanya kepada pemberita selepas menyamp

15,000 orang terima RM7.5 juta

Image
Chor Chee Heung (kiri) dan Ahmad Bashah Md. Hanipah mendekati rakyat yang menerima wang bantuan BR1M di Anak Bukit, Alor Setar, semalam. ALOR SETAR 25 Jan. – Kerajaan Persekutuan telah mengagihkan sejumlah RM7.5 juta wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada seramai 15,000 penerima di negeri ini sejak 16 Januari lalu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, proses penyerahan sebanyak RM500 kepada 350,000 keseluruhan penerima yang layak di Kedah sedang berjalan di setiap peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pertengahan Mac ini. “Setiap hari, enam DUN membuat penyerahan wang bantuan berkenaan dengan setiap satu melibatkan kira-kira 1,000 penerima. “Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan, 15,000 penerima di negeri ini telah mendapat wang berkenaan sehingga kini,” katanya selepas majlis penyerahan BR1M kepada penduduk dalam DUN Kota Darul Aman di Dewan Serbaguna Kompleks Mu’adzam Shah, di sini, hari ini. Ha

PUNCA WHY RAKYAT TAK SUKA KERAJAAN

ini adalah kajian aku sendiri.yang baru aku kenal pasti. setelah on request aku pun wat check out jabatan-jabatan yang konon nya terlalu advance or ict improve lah sangat . rupa-rupanya jabatan-jabatan ni pemalas-tak ada unit i.t or live admin. ruangan kerja kosong dia tak pernah update lah?? apa ker lembab korang ni.. please update lah ..kepergunaan agent pencari kerja kosong bagi lepasan pelajar mmg tak boleh diguna pakai.sbb banyak complaint ttg charge services yang mahal.ini mungkin salah satu sbb why anak muda mmg tak suka dengan kerajaan.kerana tiada pemantauan.yang diatas hanya tau mengarah pada yang bawah.tapi apakah yang dibawah tu buat kerja?? adoi..

Program Jimat Belanja Dapur sepanjang tahun

Image
PUTRAJAYA 20 Jan. - Program `Jimat Belanja Dapur’ di pasar tani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan diadakan secara berterusan sepanjang tahun. Ketua Pengarah FAMA, Ahmad Ishak berkata, program tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan barangan dapur pada harga berpatutan di pasar tani. Katanya, sebelum ini, program Jimat Belanja Dapur hanya diadakan ketika musim perayaan dan terhad untuk tempoh tertentu. "Menurut kajian FAMA, orang ramai berpuas hati dengan harga barangan dan bekalan sayur-sayuran segar serta mencukupi di pasar-pasar tani. "Orang ramai yang berbelanja melalui program ini boleh menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM100 sebulan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Jimat Belanja Dapur Fasa Dua di Pasar Tani Presint 2 di sini, hari ini. Ahmad berkata, program fasa kedua itu bermula hari ini di seluruh negara dan berakhir

RM2.5 juta bina SMJK Chong Hwa

Image
              KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chong Hwa Jalan Gombak di sini bagi pembinaan bangunan baru sekolah tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah meluluskan model pembangunan projek bagi menggantikan bangunan sekolah yang sudah lama. “Peruntukan yang diberikan itu merupakan sebahagian daripada sumbangan kerajaan melalui Belanjawan 2012 untuk sekolah jenis kebangsaan Cina. “Sebagai Ah Jib Gor (abang), saya nak beri angpau kepada sekolah ini sebagai sumbangan ikhlas kepada rakyat,” katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini. Turut mengiringi beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalannya, Datuk M. Saravanan; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka S

Pemikiran rasional kelebihan Melayu

Image
Muhyiddin Yassin bersalaman dengan hadirin pada majlis pembukaan Konvensyen Asal Usul Melayu - Induknya Di Alam Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/Hafiz Johari KUALA LUMPUR 20 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pengaruh pemikiran rasional yang disumbangkan oleh Islam kepada bangsa Melayu adalah faktor yang menjadikan ia bangsa yang maju, moden dan akomodatif. Menurut Timbalan Perdana Menteri, melalui pendekatan yang rasional, para pemimpin yang terdahulu berjaya mendapatkan kemerdekaan negara dan mewujudkan kerjasama politik pelbagai kaum untuk mentadbir negara secara bersama. "Melalui pendekatan yang rasional jugalah kita berjaya mengharungi beberapa episod hitam dalam sejarah hubungan kaum di negara kita dan kemudiannya bersama-sama bangkit untuk membina kekuatan sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu padu. "Lebih penting lagi, pemikiran yang rasional membolehkan bangsa Melayu dan kaum-kaum lain di negara kita

Kampung Puah kekal kampung tradisi - Perdana Menteri

Image
KUALA LUMPUR 20 Jan. - Kerajaan memberi jaminan akan mempertahankan status Kampung Puah yang terletak di Jalan Gombak di sini sebagai sebuah perkampungan tradisi Melayu yang akan kekal selamanya di tengah bandar. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan sewajarnya akan diambil kerana kerajaan amat memahami isi hati penduduk yang bimbang kehilangan identiti kampung itu kesan pembangunan yang rancak di sekitarnya. Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk berunding dengan syarikat pemaju iaitu Aamin Development Sdn. Bhd. supaya pelan pembangunan yang dilakukan di situ mengambil kira isi hati penduduk di situ. "Saya faham isi hati penduduk di sini yang ingin merasa kehidupan di dalam perkampungan tradisi di tengah-tengah bandar dan saya pun faham ini boleh menjadi daya tarikan kepada pelancong. "Tak usah panjang cerita, saya minta Datuk R

Pulangkan - Bandar Tun Razak

Image
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di sini supaya memilih semula kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti itu meneruskan pembangunan di kawasan tersebut. Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan BN sejak dahulu telah terbukti berjaya melaksanakan pembangunan dan pemodenan dalam negara. Sebagai contoh, kata beliau, kawasan Bandar Tun Razak yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Congo pada mulanya serba kekurangan tetapi kini telah melalui pembangunan pesat dan moden. “Cuma politiknya tidak kena pada tempatnya, sudahlah nama Tun Razak tapi tidak jadi milik BN. “Ini tidak betul tuan-tuan, ini silap hitung, mudah-mudahan masa akan tiba tidak lama lagi, jadi tuan-tuan boleh perbetulkan. “Kalau nak ingat balik pada Tun Razak, bumi Bandar Tun Razak ini pulangkan balik kepada BN dan inilah yang perlu kita lakukan,” katanya ketika berucap pada Majlis

Bangunkan modal insan selari transformasi

Image
PEKAN 15 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pembangunan pendidikan tidak akan tercapai sekiranya modal insan gagal diberi perhatian dalam usaha kerajaan membawa transformasi kepada rakyat. Beliau berkata, pencapaian itu bukan sahaja disokong dalam penyediaan keperluan pendidikan, tetapi juga sokongan moral daripada warga pendidik, ibu bapa dan semua pihak bagi menjayakannya. Menurut beliau, kerajaan tidak hanya mahu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik sahaja sebaliknya mempunyai kualiti serta mantap daripada segi akhlak dan penguasaan amalan nilai-nilai murni. "Kita perlu buat perbandingan dengan negara-negara membangun yang mana Malaysia berada di saf hadapan. "Di antara kayu penyukurnya ialah akses pendidikan tinggi yang kini mencecah 37 peratus. Sasaran kita adalah 50 peratus peluang pendidikan dalam masa terdekat yang mana ia menjadi penentu terhadap negara-negara yang sudah maju," katanya. Beliau berkata demikian

PM rasmi Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu

Image
PEKAN 15 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Padang Rumbia dan Kampung Pulai Serai, Mukim Pahang Tua di sini. Perasmian itu menyaksikan seramai 162 keluarga menerima rumah bersepadu tersebut iaitu 50 di Kampung Padang Rumbia dan 112 di Kampung Pulai Serai. Bukan sahaja diberikan secara percuma, malah rumah dengan keluasan 1,000 kaki persegi itu turut dilengkapi dengan perabot dan sebuah tong gas LNG. Antara kemudahan perabot yang telah dibekalkan adalah seperti set bilik tidur, sofa dan meja makan. Selain itu, kawasan sekitar di Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu itu turut disediakan sebuah pusat kraftangan, pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pusat memproses makanan, pusat ternakan ikan Jade Perch dan pusat ekonomi pertanian bersepadu. Projek perumahan itu dibina melalui kerjasama kerajaan Pusat, kerajaan negeri Pahang dan sektor swasta yang memberi sumbangan kepada pembinaan dan kel

30 murid miskin terima bantuan peralatan sekolah

Image
Zawahir Abdullah (tengah, barisan belakang) bersama sebahagian murid yang menerima bantuan beg sekolah dan alat tulis di Kuala Sala, Alor Setar, semalam. ALOR SETAR 9 Jan. - Seramai 30 murid termasuk lapan anak yatim di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Mahawangsa, Kuala Sala di sini menerima bantuan beg sekolah serta alat tulis daripada Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) semalam. Pengerusi IAM, Zawahir Abdullah berkata, bantuan tersebut bagi memastikan kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan dapat ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan yang sempurna. "Program di Kedah ini ialah program ketiga diadakan oleh IAM selepas program di Kelantan dan Selangor. "Kesemua kelengkapan seperti beg sekolah, alat tulis, majalah, air kotak dan biskut dibawa dari Kuala Lumpur ke sini untuk diagihkan kepada murid berkenaan," katanya di sini, hari ini. Menurutnya, program tersebut akan diadakan di negeri lain bagi membantu murid yang memerlukan bantuan bagi meneruskan p

Bantuan keperluan sekolah untuk anak yatim

Image
Eksekutif Pengurusan Perhubungan Luar MAS, Yusni Bidin (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Mohd Shukry Md Latar dari Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil, Sepang, Selangor, baru-baru ini. TAMAT musim perayaan cerita-cerita mengenai sumbangan atau bantuan kepada golongan kurang bernasib baik terutama anak-anak yatim dan rumah-rumah kebajikan juga semakin reda. Kebajikan mereka seolah-olah hanya diingati apabila tiba musim perayaan seperti hari raya sedangkan pada hari-hari biasa golongan ini terus dilupakan.

Saiful perlu pembelaan

Image
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pengadu kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan mungkin mendapat pembelaan lebih wajar sekiranya pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap kes itu. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan mahkamah Isnin lalu tidak bermaksud tuduhan liwat terhadap Mohd. Saiful tidak berlaku. Menurutnya, rayuan harus dipertimbangkan kerana pembebasan Ketua Pembangkang dalam kes tersebut diputuskan berdasarkan masalah teknikal. "Pihak pendakwa harus segera memfailkan rayuan bagi memastikan Mohd. Saiful mendapat keadilan yang sewajarnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ibrahim berkata, jika rayuan itu diterima, keputusan yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tidak semestinya sama dengan apa yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi. "Keputusan itu dibuat atas pemikiran seorang hakim sedangkan jika ia dibawa ke Mahkamah Rayuan tiga orang ha