Posts

Showing posts with the label artis malaysia

Keberanian Yuna, kecelaruan AIM 18

Image
INI memang senario paling lucu dalam industri hiburan tempatan sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai. Bertambah lucu apabila ia datang daripada sebuah anugerah yang dianggap paling berprestij untuk mengiktiraf karyawan sebalik tabir dan pelaku muzik tanah air, Anugerah Idustri Muzik (AIM) - tersilap beri anugerah dan pengiktirafan! Jika ingin dilihat secara kasar, memang tidak masuk akal langsung apabila AIM yang tahun ini sudah masuk usia 18 tahun boleh melakukan kesilapan paling bodoh untuk jenama besar mereka. AIM 18 tersilap memberi pengiktirafan kepada kategori Lagu Terbaik yang dimenangi oleh karya penuh Yuna, Penakut . Anugerah itu kini telah bertukar tangan kepada komposer Edry Abdul Halim dan penyanyi Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih.

Ezlynn nikahi pengurus sendiri

Image
EZLYNN dan Adam tidak sedar bila cinta berputik antara mereka yang sebelum ini hanya berurusan sebagai pengurus dan artis. PERKENALAN selama enam tahun dan percintaan selama tiga tahun, diakhiri dengan noktah cinta secara rasmi sebagai suami isteri buat penyanyi Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 30, dan pasangannya yang merupakan pengurus peribadinya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 35, pada petang tanggal 20 November lalu di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Faralyna Idris seronok berlakon kena pukul & sepak terajang sebelum dirogol beramai-ramai

Image
“Kena pukul & sepak terajang sebelum dirogol beramai-ramai dalam satu babak untuk filem Klip 3gp merupakan satu pengalaman yang paling tidak boleh saya lupakan. Nasib baik pengarah filem, Aidil Fitri Mohamed Yunos banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan gambaran mengenai seorang wanita yang dalam kesakitan. Ia memudahkan saya untuk berimaginasi dan menghayati watak dengan lebih baik,” kata Faralyna Idris ketika sidang preview media filem Klip 3gp.

Cantik Fasha Sandha di Majalah GLAM

Image
Fasha Sandha muncul sebagai cover model untuk majalah personaliti hiburan, GLAM edisi November 2011. Cover majalah ini menampilkan Fasha Sandha mengenakan gaun Bottega Gown dan gelang Yves St. Laurent, diamil di rumah pereka fesyen terkenal tanahair, Rizalman Ibrahim. Hakikatnya, Fasha kelihatan sungguh gorgeous walaupun tohmahan, kontroversi dan kritikan diterimanya sepanjang bergelar selebriti.

Hattan akhiri zaman duda

Image
Hattan akhiri zaman duda                             KUALA LUMPUR 11 Nov. - Setelah menduda hampir enam tahun, akhirnya penyanyi Hattan selamat bernikah dengan pasangannya malam ini. Majlis yang diadakan secara tertutup tetapi meriah dihadiri hampir 100 keluarga terdekat dan sahabat handai penyanyi berkenaan. Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Rendang Tak Berbuah itu selamat dinikahkan selepas solat Isyak di kediaman keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ketika dihubungi selepas majlis akad nikah, Hattan mengucap syukur dapat disatukan dengan wanita yang berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali bergelar suami. Bagaimanapun Hattan belum bersedia memperkenalkan isteri barunya yang berusia awal 30-an itu. "Bila tiba masa yang sesuai baru saya akan perkenalkan dia," kata Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabudin. Turut menyaksikan majlis tersebut, anak tunggal Hattan, Adam Iman, 13, dan beberapa rakan artis rapat yang l

Ana Dahlia bercinta dengan anak Cheff Wan?

Image
Ana Dahlia bercinta dengan anak Cheff Wan? Kelasss pelakon baru seorang ni...semakin mencurah-curah nampaknya rezeki dia dalam bidang hiburan sekarang ini. Mana tidaknya, walaupun wataknya dalam drama tidaklah sebesar mana, tapi ada jugalah wajahnya menyumbang disetiap stesen televisyen yang ada di Malaysia ni berbanding pelakon-pelakon seangkatan dengannya. Yang ManggaMuda nak cerita, bukanlah pasal kerjayanya, tapi nak kongsi sikit tentang gosip cinta pelakon yang bernama Ana Dahlia ini. ManggaMuda pernah dengar cerita dahulu, Ana Dahlia ini rapat dengan pelakon lelaki, Amran, tapi kedua-dua mereka menafikan tentang perkara itu. Tapi yang mengejutkan, baru-baru ini, Ana Dahlia hadir dalam program rakaman Melodi Raya bertemankan seorang lelaki muda. Haa..nak tahu siapa lelaki tu, dia adalah anak kedua pada cheff terkemuka negara, Cheff Wan. Khabarnya mereka datang bersama, dan mereka menggayakan busana dari rona warna yang sama.. Bahkan aksi mereka begitu mesra

Shikin ada masalah ke?

Image
Shikin ada masalah ke Beberapa kali juga Che Li nampak penyanyi dangdut Shikin hadir ke majlis rumah terbuka dengan hanya ditemani anaknya sahaja. Mengapa tak bersama suami? Tak lama dulu ada juga khabar tak baik pasal mereka yang dikatakan mengalami masalah. Tapi selepas itu Che Li ada jumpa mereka dalam satu majlis bersama-sama. Sahlah cerita tak elok pasal rumah tangga mereka tidak benar. Doakan yang terbaik. Tapi baru-baru ini ada juga orang industri tanyakan Che Li pasal mereka. Che Li kata tak tahu sajalah sebab daripada pertemuan lalu itu Che Li buat andaian mereka masih rukun dan tiada masalah. Bila bertemu Shikin tu, Che Li ada buat-buat tanya. Shikin hanya tergelak mengatakan suaminya bekerja pada hari itu. Sebab  itu tak dapat nak bersama-sama menghadiri majlis rumah terbuka anjuran rakan-rakan media. Semasa hadir ke rumah terbuka seorang rakan artis pun Shikin kelihatan bersama anak dan rakannya. Bila dibuat-

Seksinya Amanda

Image
Seksinya Amanda Wow! Semakin hari semakin berani penyanyi baru Amanda Imani bergaya seksi. Semasa hadir ke sebuah majlis glamor baru-baru ini Amanda tidak kekok mengenakan dress labuh yang tidak menutup bahagian belakang badan dia. Walaupun dewan majlis itu dingin dengan pendingin hawa, tapi Amanda biasa sahaja dengan fesyen terdedah belakang itu. Tak tahulah dia yang minta untuk menyarungkan fesyen sedemikian atau terpaksa memakainya sebab tak sempat lihat sebelum majlis bermula. Moden katanya... kau ada? Fesyennya pakaian yang digayakannya memang cantik. Cuma terlebih seksi sahaja. Mangga Muda ni tak adalah alim sangat, tapi sapa-sapa pun akan kata baju tu seksi sangat tu bagi anak dara sunti macam Amanda. Fesyen begitu memang kita sering lihat kalau ada acara glamor di Hollywod. kalau ada majlis anugerah, bintang Hollywood akan menjadi tumpuan kerana fesyen baru yang dipakainya. Bab dedah mendedah tak jadi masalah bagi mereka. Agaknya Amanda nak mengikut tema sebab pada m

filem realiti seram pertama Malaysia Realiti rekaan

Image
filem realiti seram pertama Malaysia Realiti rekaan LAKONAN lima orang pelajar dalam filem Penunggu Istana ini benar-benar terasa tulen. PENUNGGU Istana diiklankan sebagai filem realiti seram pertama Malaysia. Penerbit menguar-uarkan ia adalah cantuman pita rakaman sebenar lima pelajar yang membuat kajian paranormal di sebuah rumah tinggal yang dikenali sebagai Istana Billah di Papan, Perak. Kajian ini adalah rentetan beberapa insiden aneh yang pernah dialami krew produksi drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby yang disiarkan di Astro Citra pada 2009. Dibantu pasukan paranormal terkenal Seekers, lima pelajar itu cuba 'mendekati' keanehan tersebut sebagai tugasan pengajian mereka. Saya mahu mempercayai ini adalah sebuah dokumentari, bukan satu rekaan. Bagaimanapun, beberapa sebab secara tidak sengaja telah membocorkan rahsia bahawa ia adalah lakonan semata-mata (ketika itu saya baru bercadang untuk menonton). Antaranya, gamba

Fiza - Perceraian itu sungguh menyakitkan

Image
Perceraian itu sungguh menyakitkan   DI sebalik senyumannya itu, tidak ramai yang tahu derita dan luka yang ditanggung Fiza kerana fitnah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab SETIAP wanita yang mendirikan rumah tangga bersama belahan jiwa mereka pasti mahu ikatan suci yang dibina akan terus kekal sehingga ke akhir hayat. Apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata dilihat mampu mengukuhkan lagi kerukunan dan keharmonian perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu. Namun, sebagai seorang hamba Allah SWT, setiap insan harus percaya dan berpegang teguh kepada ketentuan Qada dan Qadar apabila apa yang diharapkan itu tidak berakhir dengan kebahagiaan yang berpanjangan. Tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti tiada siapa yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian walaupun gelora dan badai rumah tangga adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Begitu juga dengan wanita jelita bernama Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau lebih

Ana Raffali Semakin Dibenci?

Image
Bergelar juara di Anugerah Juara Lagu yang ke-25 (AJL25) yang lalu bukanlah tiket untuk penyanyi yang sinonim  berbaju kurung dan gitar ini disayangi ataupun diminati oleh semua pihak. Malah, berikutan peristiwa bersejarah itu jugalah, pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd.Raffali semakin teruk dihentam oleh segelintir peminat seni lantaran ketidakpuasan hati mereka selepas kemenangannya pada malam itu. Sekuat mana sekalipun dia cuba menangkis kata-kata cemuhan itu daripada melemahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya, sedikit sebanyak dia mengakui hatinya agak terkilan dan sedih. Namun, kekuatan yang diberikan oleh penyanyi tersohor M. Nasir, memberi semangat untuknya meneruskan perjuangan ini. "Saya juga manusia, kenapa mereka perlu kecam saya sebegini sekali. Ini semua kerana ada segelintir manusia yang mereka tidak minati menang dalam pertandingan sebegini. kategori dalam Anugerah Bintang Popular akan

Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish

Image
 Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish Saya Hanya Beritahu Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish Hubungan bersama lelaki bernamakan Rizal Ashram Ramli sudah tiga tahun berakhir, namun, sehingga kini namanya tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki yang digelar Jejai itu. Malah, kisah perpisahan antara Jejai dan kekasihnya baru-baru ini turut memalitkan kontroversi buruk dalam kehidupan pelakon drama Puteri ini. Dikatakan menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha, Nora juga ditempias gosip yang mengatakan dirinya mengalami penyakit, meroyan. Semua cerita mengenai dia dan bekas suaminya begitu kejam untuk ibu tunggal ini menerimanya, malah ketika ditemui, Nora Danish melahirkan rasa terkilan terhadap semua fitnah yang datang kepadanya. "Sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,tapi perkara ini tidak juga berpenghujung, malah semakin hari ia makin berlarutan dan bertambah teruk. "Selepas bercerai, say

"Saya Bukan Perampas"-Neelofa

Image
 "Saya Bukan Perampas"-Neelofa "Saya Bukan Perampas"-Neelofa Dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, nama Neelofa sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan ini tercalar. Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan  pasangan itu, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle. Hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta. Selain itu, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2.

Loloq tiada ganti – Ella

Image
Loloq tiada ganti – Ella                    Ella   BENAR kata orang, irama dan lagu memang tidak dapat dipisahkan. Bila berpisah, pincanglah ia. Tidak sekalipun ingatan Ella pernah lekang terhadap lelaki yang cukup dikaguminya itu, namun takdir sudah menitikkan segala-galanya. Sejujurnya emosi penyanyi genit ini cukup rawan tatkala mengenangkan insan seni yang disanjung tinggi sudah pergi buat selama-lamanya. Biarpun perit menerima hakikat itu, Ella pasrah jika jasad Loloq sudah tiada di depan mata. Namun untuk melupakan orang yang banyak berjasa pada dirinya tidak sekali-kali. Loloq bagaikan hidup dalam diri seperti darah yang mengalir. Bila terkenangkan pengorbanan Loloq, hati Ella menjadi sayu. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk melawan suratan yang sudah tertulis, dia tahu apa yang perlu dilakukan. Biarpun sudah lebih tiga tahun Loloq pergi meninggalkan semua, tidak ada apa yang dapat memadam ingatan peminat terhadap lelaki yang menghem

Rozita bernilai RM500,000

Image
Rozita bernilai RM500,000 SIAPA sahaja tak kira kaum lelaki atau pun wanita pasti tidak mampu menolak rasa kagum yang hadir setiap kali mata menatap wajah jelita wanita ini. Bukan sekadar cantik dipandang, malah kulit putih mulus seraut wajah manjanya kelihatan makin berseri dan bersinar-sinar dek aura yang menggoda. Itulah anugerah semula jadi paling bernilai buat pelakon Rozita Che Wan biarpun sudah mencecah usia 38 tahun dan bergelar ibu kepada dua anak lelaki berusia 15 dan 13 tahun. Lebih bertuah, pakej diri wanita ini dilengkapi dengan bentuk badan yang masih bergetah dan menggiurkan selain tutur kata yang selembut sutera. Sebab itu, tidak timbul langsung rasa kehairanan apabila Rozita dipilih sebagai duta produk Safi Rania Gold iaitu satu jenama produk penjagaan kulit nombor satu di negara ini. Tetapi yang menarik, benarkah pelakon popular ini dibayar lumayan untuk menjadi duta produk itu? Dan kalau benar pun dia dibayar lumayan

Amani tidak cinta Isma

Image
Amani tidak cinta Isma         GAMBAR mesra pasangan ini membuatkan ramai yang percaya memang benar mereka sedang dilamun cinta   PANTANG dia kalau soalan-soalan mengenai kisah peribadinya diajukan. Mengenali dirinya, gadis kecil molek ini memang cukup tegas dengan pendiriannya bila tiba soal peribadi. Pasti sepantas kilat Sharifah Amani akan menepis pertanyaan dengan berkata “Saya tak akan bercakap mengenai hal ini. Maaf sangat.” Namun, apabila hubungannya dengan pelakon Azma Aizal Yusof atau Isma Yusof mula dihidu pihak media dan peminat, dia bagaikan tidak dapat lari dari dihambat pertanyaan. Semuanya mahu mendapatkan kepastian sahih daripada mulut aktres yang mesra disapa Nani sendiri. Semuanya gara-gara tindakan berani pasangan ini meletakkan status In a relationship di laman sosial Facebook masing-masing. Isma pula meletakkan label In a relationship with Sharifah Amani yang membuatkan seolah-olah memang ‘sah’ Amani dan Isma sedang dilamun cinta. Menguatkan lagi kekecoh

Popular ke Sara Ali?

Image
Popular ke Sara Ali? RAMAI juga tertanya-tanya, hebat sangat ke lakonan Sara ni? Dapat tawaran berlakon filem tak henti-henti, bagus ke Sara ni? Tak adalah. Belum bagus lagi pun. Walaupun sudah berlakon enam filem, semuanya belum keluar di pawagam lagi. Itu yang buat saya lagi takut. Harapan penonton mungkin tinggi kepada saya. Mesti dia orang ingat, gempak sangat ke lakonan Sara Ali ni? Habis tu kalau tak gempak nanti, tak kisah ke kalau kena kritik dengan penonton? Apa sahaja tohmahan dan kritikan, saya akan terima dengan hati yang terbuka. Saya akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dalam lakonan saya nanti. Pelakon wanita baru lain punyalah susah nak dapat tawaran berlakon. Sara pula dapat sampai enam filem berturut-turut, siap dengan empat watak heroin sekali. Agak-agak apa kelebihan Sara Ali? Entahlah, ramai penerbit dan pengarah cakap kekuatan saya terletak pada anak mata yang mempunyai tarikan sesuai untuk melakonkan semua watak saya se

Kenapa benci Diana Danielle?

Image
Kenapa benci Diana Danielle? BETUL ke ramai yang tak suka dengan aktres cantik berbakat besar, Diana Danielle? Timbul tanda tanya di hati Joyah apa yang sudah Diana lakukan sampai dia dibenci sebegitu? Nak tergelak pun ada sebab ada pihak yang sangat gigih menjadi pengendali I Hate Diana Danielle di laman sosial Facebook sebagai medium untuk menghentam Diana. Boleh tahan ramai juga yang menyokong laman itu. Sampai 4,000 orang jugalah yang gatal tangan menekan butang Like di situ. Antara yang Joyah dengar, hanya kerana Diana dikatakan cantik sebab teknik solekan. Kalau tak disolek dia nampak buruk. Sebab tu Diana dibenci. Eh iyakah? Kadang-kadang Joyah pelik juga dengan mentaliti masyarakat kita ni. Kalau cantik pun salah, tak cantik pun salah. Apa sebenarnya yang anda mahukan? Haa..cuba tanya diri sendiri. Pada Joyah, Diana cantik dalam caranya tersendiri. Soal solek atau tidak itu bukan pokoknya sebab dah itu memang kerja dia sebagai public figure.

Maya Karin tidak bercinta dengan Effendi

Image
Maya Karin tidak bercinta dengan Effendi ENTAH dari mana angin bertiup, sejak seminggu lalu kecoh wartawan bertanya sesama sendiri pasal aktres jelita, Maya Karin. Bukan pasal filem terbarunya, Cun yang nak tayang tak lama lagi. Tapi cerita Maya kini yang sedang bercinta dengan suami orang pula. Yang buat Joyah terbeliak mata dan tak sanggup nak sebut, suami orang tu adalah Datuk Seri Effendi Nawawi, suami Tiara Jacquelina. Seram Joyah dengan gosip macam ni. Meremang bulu kaki Joyah tiba-tiba. Tapi Joyah puji dengan sikap berani Maya. Cepat dia menafikan gosip tu di laman portal hiburan di Internet. Kata Maya, tak logik langsung dia ada hubungan dengan Effendi. Tegas Maya lagi, malah dia sendiri memang berkawan baik dengan anak Effendi, Elyna dan selalu melepak di rumah Elyna. Sempat lagi Maya menasihatkan orang yang menyebarkan gosip itu berfikir dua atau tiga kali sebelum menyebarkannya. Maya juga memberitahu dia kenal baik dengan Tiara dan gosip itu sangat mengarut. S

Bunga Deja berbisa

Image
Bunga Deja berbisa! DEJA MOSS BUNGA lambang kasih, simbol penyatuan rasa dan tanda penghargaan. Ia mampu membuatkan penerimanya tersenyum namun bunga juga ada duri dan racun berbisa. Sesuatu yang melucukan, apabila sejambak bunga boleh membenihkan curiga dan menyalakan api kesumat. Itu yang terjadi apabila dua pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta (TKC), Norish Karman dan Farahdhiya yang tidak dihadiahkan jambangan bunga oleh salah seorang pelakon teater itu sendiri, Deja Moss yang dikatakan bersekutu dengan Safura Yaacob. Deja juga teruk dikecam, kononnya sengaja berniat memalukan Farahdhiya dan Norish apabila hanya menyediakan 10 jambangan bunga walaupun ada 12 pelakon yang menjayakan TKC. Isu itu terjadi pada pementasan sehari sebelum TKC berakhir, Ahad lalu. Mereka turut bertengkar secara sinis ketika ujian bunyi dilakukan keesokan harinya. Berlaku juga adegan sindir-menyindir antara Deja, Norish dan Farahdhiya. Deja ada membuat penjelasan kepada sebuah portal