Posts

Showing posts with the label info pelajar

Gesa tangguh guna e-Kasih

Gesa tangguh guna e-Kasih pilih murid miskin penerima bantuan KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran digesa menangguhkan penggunaan data daripada sistem e-Kasih untuk memilih murid miskin yang layak mendapat bantuan di bawah skim Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) di sekolah luar bandar dan pedalaman khususnya di Sabah. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, penggunaan sistem e-Kasih menyebabkan berlaku keciciran dan hanya sejumlah kecil murid yang layak menerima bantuan RMTS berbanding dengan kaedah pemilihan sebelum ini berpandukan data dalam Sistem Maklumat Murid (SMM). Menurut beliau, masalah ini timbul mungkin disebabkan proses penyelarasan dan pemilihan semula daripada SSM kepada sistem e-Kasih memakan masa sedangkan musim persekolahan telah bermula. "Hampir semua sekolah khususnya di Tenom tidak dapat memulakan bantuan RMTS ini disebabkan murid yang layak berdasarkan sistem e-Kasih terlalu sedikit jumlahnya walhal masih ramai

YPM bantu lima kredit ke bawah SPM

Image
YPM bantu lima kredit ke bawah SPM SHARIFF Ahmad menunjukkan buku Meniti Puncak yang akan diedarkan sebanyak 100,000 naskhah ke sekolah di seluruh negara di Kuala Lumpur, baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Yayasan Pelajaran Mara (YPM) bakal menjadi hab kepada pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan kurang daripada lima kredit melanjutkan pelajaran di 75 buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), dan seterusnya mencarikan pekerjaan untuk mereka. Kata Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Shariff Hamid, sekretariat khas rakan strategik YPM-IPTS itu telah dibuka di ibu pejabat Mara, Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan dapat dilakukan secara berpusat. "Kita akan menandatangani memorandum kerjasama dengan kelompok IPTS ini tidak lama lagi," katanya. Katanya, langkah YPM itu dilihat penting dan sangat kritikal kerana bilangan lepasan SPM yang mendapat keputusan di bawah lima kredit mencecah 95,000 orang dan mereka ini tidak layak melanjutan pelajaran ke

Tindakan tegas terhadap pelajar degil

Tindakan tegas terhadap pelajar degil KUALA LUMPUR 10 Jan. – Kementerian Pelajaran melalui sekolah akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang masih berdegil enggan menggunakan topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah. Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihak sekolah boleh mengambil tindakan terhadap pelajar walaupun menunggang di luar kawasan sekolah. “Perkara ini tidak boleh dipandang remeh, lebih-lebih lagi ia melibatkan keselamatan pelajar sekolah yang menjadi harapan negara. “Jika tidak ditangani dari peringkat awal, lama-kelamaan tindakan mereka akan membawa kepada gejala merempit dan akhirnya memberi kesan negatif kepada institusi sekolah di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas Laporan Khas, Sikap pelajar ‘kepala batu’ yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini. Ka Siong berkata, beberapa perkara telah diputuskan di peringkat kementerian di bawah program Keselamatan, Kesihatan dan

Menangi pakej RM150,000 Kem Angkasa Eropah

Menangi pakej RM150,000 Kem Angkasa Eropah KUALA LUMPUR - Pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negara berpeluang untuk memenangi pakej RM150,000 penyertaan di Kem Angkasa Eropah melalui pertandingan mereka bentuk Kapal Angkasa Kebangsaan anjuran bersama Space Tourism Society Malaysia Chapter (STS-MC) dan akhbar Utusan Malaysia. Presiden STS-MC, Norul Ridzuan Zakaria berkata, kumpulan sepuluh pelajar dari sekolah yang memenangi pertandingan ini berpeluang untuk menikmati pakej melawat pelancongan angkasa dan mempelajari pembangunan industri pelancongan angkasa di Los Angeles, Amerika Syarikat. "Setiap sekolah akan memilih sepuluh wakil pelajar menyertai aktiviti mereka bentuk kapal terbang angkasa pelancongan suborbital Malaysia bersama dengan seorang guru penasihat. "Mereka akan mengunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan ilustrasi-ilustrasi kapal terbang angkasa berkenaan dalam tiga peringkat iaitu ilustrasi profil dua dimensi, tiga dimensi dan mode

20 biasiswa lepasan SPM, STPM

20 biasiswa lepasan SPM, STPM KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. dan Program Pembangunan Pendidikan Bangsa -Bangsa Bersatu (UNDP) di bawah program Dana Impian Honda (Honda Dreams Fund, HDF) menawarkan biasiswa kepada 20 calon mulai 5 Januari lalu. Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berusia 17 tahun hingga 24 tahun layak untuk memohon sehingga 31 Mac ini. Permohonan mestilah daripada keluarga yang berpendapatan RM1,500 atau kurang, sihat tubuh badan dan tidak terikat dengan mana-mana biasiswa serta tidak menerima bantuan daripada mana-mana organisasi. Selain itu, para pemohon juga perlu menulis sebuah karangan tidak lebih darpadai 500 perkataan mengenai aspirasi mereka untuk merealisasikan impian masing-masing. Program yang dilancarkan pada tahun lepas ini disediakan khusus bagi belia daripada keluarga kurang berada tetapi berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Pe

E-pembelajaran mobil pertama di Malaysia

Image
E-pembelajaran mobil pertama di Malaysia MOHAMED Salleh Bajuri (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Mohd. Nasir Ali sambil disaksikan oleh Rafli Ridwan (kiri) dan Wahid Hashim pada majlis menandatangani perjanjian bagi membekal kandungan e-pembelajaran SekolahKu antara Duke Court Sdn. Bhd. dan Utusan Melayu (M) Bhd. di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 11 Jan. - Duke Court Sdn. Bhd. (Duke Court) akan menjalinkan kerjasama dengan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan Melayu) dalam usahanya membangunkan sistem e-pembelajaran mobil pertama di negara ini yang dikenali sebagai SekolahKu. Melalui perjanjian itu, Utusan Melayu menerusi Unit Pendidikannya akan membekalkan kandungan berbentuk soalan bagi latihan dan rujukan pelajar sekolah di seluruh negara kepada pemilik SekolahKu , Duke Court. Pengerusi Duke Court, Datuk Mohamed Salleh Bajuri berkata, sistem e-pembelajaran SekolahKu mampu diakses di mana-mana sahaja menggunakan sebarang peranti yang mempunyai capaian Internet

PLKN perkenal modul baru

Image
PLKN perkenal modul baru PKRS bentuk remaja berakhlak, mampu hadapi cabaran KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memperkenalkan modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai Mei ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata PKRS bukan modul pendidikan seks, sebaliknya mendedahkan pelatih permasalahan masyarakat, terutama remaja yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Katanya, modul PKRS dirangka dengan mengambil kira keperluan dan sensitiviti pelbagai kaum berdasarkan konsep 1Malaysia. “Bagi memastikan modul itu tidak menyinggung mana-mana pihak, JLKN akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya setelah melepaskan 1,200 pelatih pada majlis Pelancaran Pergerakan Pelatih PLKN kumpulan satu siri 8/2011 di Padang Bangunan Zetro, di sini semalam. Seramai 140,000

USM cipta pesawat tanpa pemandu

Image
USM cipta pesawat tanpa pemandu ENDRI Rachman (dua dari kanan) dan Dr. Othman Sidek (kanan) menunjukkan pesawat ringan tanpa pemandu untuk tujuan pemantauan ciptaan saintis USM di Pulau Pinang, semalam. PULAU PINANG 29 Dis. - Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) di sini telah mencipta pesawat ringan tanpa pemandu (UAV) untuk kegunaan industri pertanian dan penyelidikan, demikian diumumkan oleh Pengarah Pusat Rekabentuk Mikroelektrik Negara (CEDEC), Dr. Othman Sidek. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Dr Othman berkata; "Pesawat itu memiliki rekabentuk khas untuk membantu dalam tugas pemantauan di tempat berbahaya seperti kawasan gempa bumi, kawasan banjir dan tsunami selain untuk kegunaan dalam industri pertanian". Beliau berkata, UAV yang digunakan oleh pusat-pusat penyelidikan di negara ini sekarang adalah diimport. Katanya, pesawat ciptaan tempatan itu dikenali sebagai UAV Greeentech 2010 boleh terbang setinggi 300 meter pada k

Kewangan Islam kian diminati

Image
Kewangan Islam kian diminati KUALA LUMPUR 26 Nov. - Institut Pengurusan Akauntan Berkanun (CIMA) menyasarkan lebih banyak negara barat mempelajari sistem kewangan Islam dan melaksanakannya di negara masing-masing. Pengarah Eksekutifnya, Dr. Robert Jelly berkata, sebagai contoh, pihaknya kini menerima penyertaan akauntan daripada 53 buah negara termasuk negara barat yang berminat mengikuti pengajian kewangan Islam di CIMA. Katanya, ia merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan dan bilangannya bertambah dari tahun ke tahun. "Kami menawarkan pengajian sistem kewangan Islam di bawah CIMA sejak tiga tahun lalu,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini. Jelly menambah, pihaknya mendapati semakin ramai pengamal perakaunan barat dan bukan Islam mendapati sistem kewangan Islam bukan bersifat keagamaan. Sebaliknya, ia merupakan satu sistem global yang mementingkan sama rata dan keadilan dalam kewangan. "Selain barat s

PTPTN: LHDN jangka laksana skim potongan gaji mulai 2012

Image
PTPTN: LHDN jangka laksana skim potongan gaji mulai 2012 KUALA LUMPUR 27 Dis. – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka dapat melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari, 2012. Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat draf undang-undang, sistem dan operasi dengan PTPTN bagi membolehkannya mengutip pinjaman dengan lebih berkesan. "Draf yang sedang dikemas kini akan dibawa ke Parlimen selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun depan,” katanya pada majlis penutupan Projek Sistem Perakaunan Hasil Berelektronik (eRAS) LHDN di sini hari ini. Hasmah berkata, undang-undang ini penting bagi membolehkan LHDN mengambil tindakan sekiranya peminjam tidak membuat bayaran. Buat masa ini, katanya peminjam masih boleh terus membuat bayaran secara sukarela di LHDN kerana pihaknya adalah salah satu daripada saluran untuk membayar

Lagi pasangan kembar peroleh 8A

Image
Lagi pasangan kembar peroleh 8A NUR Dahlia (kiri) dan Nur Dalila berkongsi kegembiraan bersama ibu mereka, Rosnani Adam, di Seremban, kelmarin. SEREMBAN 24 Dis. - Sikap saling bersaing dan memperbanyakkan doa menjadi rahsia kejayaan pasangan kembar Nur Dalila serta Nur Dahlia Zulkifli, 15, dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam. Dua beradik yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, Tampin, masing-masing memperoleh 8A dalam peperiksaan berkenaan. Nur Dalila berkata, mereka suka bersaing sesama sendiri untuk mencapai kecemerlangan selain mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan bersama rakan-rakan. "Saya lebih gemar belajar bersama rakan-rakan berbanding belajar bersama adik. Mungkin kerana kami mempunyai pandangan berbeza dengan matapelajaran yang diajar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Nur Dahlia pula berkata, dia mengamalkan cara pembelajaran secara sistematik selain tidak mengulangkaji pelajaran

Muhyiddin minta sekolah tidak kenakan bayaran tambahan tinggi

Image
Muhyiddin minta sekolah tidak kenakan bayaran tambahan tinggi KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak sekolah supaya tidak mengenakan bayaran tambahan yang tinggi kepada pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan baru pada 2 dan 3 Januari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, selaras dengan pekeliling yang telah dikeluarkan Kementerian Pelajaran, bayaran itu hanya boleh dikenakan setelah mendapat persetujuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta diluluskan oleh Jabatan Pelajaran negeri. "Kita jangan bebankan ibu bapa dengan pembayaran yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada keluarga. "Kalau pihak sekolah perlu mendapatkan sedikit sumbangan daripada ibu bapa untuk menambah baik lagi proses pembelajaran, maka ia hanya boleh dibuat menerusi mesyuarat PIBG dan mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran kita di peringkat negeri," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Me

Mengarusperdanakan pendidikan teknikal, latihan vokasional

Mengarusperdanakan pendidikan teknikal, latihan vokasional Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya ya

Permata Seni pelaburan modal insan negara

Image
Permata Seni pelaburan modal insan negara - PM Najib Tun Razak ceria selepas menyampaikan jambangan bunga kepada adik Tengku Ahmad Irfan Shahrizan yang bermain piano secara solo sambil diperhatikan Rosmah Mansor selepas menyaksikan Konsert Permata Seni di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam. Turut sama, Dr. Rais Yatim dan Masnah Rais. - Utusan/Mohd Naim Aziz KUALA LUMPUR 15 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap Program Permata Seni merupakan kaedah terbaik bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang berbakat dalam bidang koir, muzik dan seni tari. Perdana Menteri juga melihat program tersebut sebagai satu pelaburan jangka panjang pembangunan modal insan negara sejajar dengan Rancangan Malaysia kesepuluh. ''Kanak-kanak adalah aset negara dan perlu diberi peluang untuk mengetengahkan bakat mereka sejajar dengan arus kemajuan negara. ''Sebagai pemimpin masa akan datang, satu landasan yang baik perlu disediakan bagi memenuhi sifat ingin tahu dan s

Pendidikan kesihatan mulai 2011

Image
Pendidikan kesihatan, reproduktif mulai 2011 Istilah pendidikan seks secara umumnya mungkin boleh membawa kepada satu persepsi atau pemahaman bahawa ia hanya layak untuk diketahui oleh golongan dewasa sahaja. Sebahagian besar masyarakat tidak mahu anak-anak mereka yang mentah didedahkan dengan perkara itu malah kebanyakan ibu bapa sendiri malu atau tidak mahu untuk membincangkan mengenai pendidikan seks sebagai asas pemahaman anak- anak mereka. Maka, tidak hairanlah jika banyak pihak terutamanya golongan ibu bapa akan melatah dan memberi pandangan negatif apabila Kementerian Pelajaran mengambil keputusan untuk memperkenalkan pendidikan tersebut di sekolah rendah bermula tahun hadapan. Harus diingat bahawa pendidikan seks atau istilah sebenarnya Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial itu bukanlah bermaksud pendidikan mengenai teknik hubungan kelamin atau perkara-perkara yang tidak perlu diketahui oleh kanak-kanak. Ia lebih menjurus kepada asas terhadap perkembanga

Berpidato mengasah keyakinan diri

Image
Berpidato asah keyakinan diri Kebolehan berpidato tidak datang dengan sendiri sebaliknya perlu dipupuk dengan latihan yang betul. ADA ketika para aktivis bahasa melaung-laungkan tentang kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ada juga segelintir rakyat negara ini yang masih kurang mahir menguasai bahasa tersebut. Dan apabila ditanya pada pakar-pakar bahasa tentang cara terbaik untuk memantapkan komunikasi dalam sesuatu bahasa, jawapan mereka ialah dengan latihan percakapan yang kerap. Jadi tidak lain tidak bukan apabila lidah membiasakan bertutur dalam bahasa baru maka kita akan lebih cepat menguasai bahasa tersebut. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah melalui amalan pengucapan awam (public speaking) dan berpidato. Itu juga yang berjaya dibuktikan di Kelab Pidato Perdana (KPP), apabila menyaksikan individu yang dulunya tidak mempunyai keyakinan berbicara dalam bahasa Melayu di khalayak, berubah menjadi pemidato hebat persis seorang Yang Berhormat (

Pelajar luar bandar perlu lebih berusaha

Image
Pelajar luar bandar perlu berusaha Rosmah Mansor bersama pelajar dari Sabah dan Sarawak di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 29 Nov. - Para pelajar di luar bandar dinasihatkan supaya tidak menjadikan faktor ketidakmampuan sebagai penghalang untuk mengejar cita-cita mereka. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pelajar berkenaan sebaliknya perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengubah corak hidup mereka. "Saya mempunyai kepercayaan penuh bahawa hanya pendidikan boleh mengubah kehidupan kita semua," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis minum petang bersama 20 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, di sini hari ini. Mereka merupakan peserta program lawatan ke Semenanjung yang dianjurkan oleh MASwings Sdn. Bhd. (MASwings), anak syarikat Malaysian Airline System Bhd. P

SBP: Antara dua darjat

Image
SBP: Antara dua darjat Reputasi sekolah berasrama penuh (SBP) sebagai institusi yang melahirkan modal insan berkualiti tinggi sudah terbukti. Saban tahun, pencapaian akademik pelajar SBP secara keseluruhan adalah yang ter- baik. Dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sepuluh sekolah terbaik sentiasa didominasi oleh SBP. Kecemerlangan ini disebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) di SBP sangat kondusif. Kemudahan prasarananya lengkap dan sempurna. Komitmen pengurusan dan guru di sekolah kategori ini juga amat tinggi. Faktor tersebut membuat ramai ibu bapa mahu menghantar anak ke SBP termasuk yang tidak mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Hakikatnya tempat yang ada sangat terbatas. SBP hanya mampu menampung sepuluh peratus daripada 48,327 calon yang mendapat semua A dalam UPSR baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Kementerian Pelajaran akan menggunakan asas

Pahang - Perkhemahan mantapkan semangat

Image
Perkhemahan mantapkan semangat kerjasama SEBAHAGIAN daripada murid SK Mela yang mengikuti perkhemahan bersepadu unit beruniform selama tiga hari dua malam di padang sekolah itu di Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini. Kuala Lipis - Seramai 97 murid tahun empat hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Mela menyertai perkhemahan bersepadu unit beruniform selama tiga hari dua malam bagi memantapkan tahap disiplin dan semangat berpasukan mereka di sini baru-baru ini. Perkhemahan beruniform itu melibatkan pasukan pengakap, tunas kadet remaja sekolah (TKRS) dan persatuan tunas puteri. Setiausaha perkhemahan, Abdul Khaled Yasak berkata, aktiviti dijalankan sepanjang perkhemahan itu menumpukan kepada aspek kerjasama, tolak ansur, berdikari, keyakinan diri dan hidup berpasukan. Tambahnya, ia bertujuan melatih murid mempraktikkan nilai-nilai murni yang selama ini hanya dipelajari secara teori di dalam bilik darjah. "Melalui perkhemahan ini diharapkan murid dapat membina sahs

Melaka - Belajar teknologi radio amatur

Image
Belajar teknologi radio amatur Perkhemahan tahunan SK Ramuan China Besar berjaya menarik minat murid-murid sekolah itu untuk mendalami teknologi radio amatur di Masjid Tanah, Melaka, baru-baru ini. MASJID TANAH - Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar menjadi sekolah rendah pertama di Melaka yang memuatkan slot penggunaan radio amatur pada program Perkhemahan Tahunannya di sini baru-baru ini. Menurut Guru Besarnya, Pouziah Ghani, idea aktiviti penggunaan radio amatur tercetus berikutan perkembangan pesat dan kepentingan radio amatur sebagai alat komunikasi alternatif yang berkesan diguna dalam pelbagai aktiviti khasnya perkhemahan. "Sepanjang tempoh aktiviti, para peserta telah didedahkan dengan teori dan latihan praktikal penggunaan radio amatur dan turut diperkenalkan dengan sistem fonetik, tanda panggilan atau "call sign", perkakasan radio amatur dan etika penggunaan radio amatur," katanya. Perkhemahan itu disertai 101 peserta Unit beruniform