Posts

Kelantan Penternak HIV tertinggi di Malaysia

Image
Sunday, September 18, 2011 Omegay: Hebat2!..Kelantan Penternak HIV tertinggi di Malaysia Nik Aziz dukacita peningkatan jumlah kes HIV/AIDS di Kelantan KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita dengan peningkatan pesakit HIV dan AIDS di negeri itu yang dilapor tertinggi di Malaysia, kerana mencemarkan imej Kelantan sebagai Serambi Mekah dan pusat pengajian agama. Keadaan itu kata beliau berpunca daripada remaja yang tidak mengendahkan ajaran sebenar agama Islam sehingga menyebabkan mereka terjerumus dengan maksiat dan menghidap penyakit berbahaya tersebut. "Saya rasa dukacitalah kerana Kelantan terkenal sebagai negeri Serambi Mekah, penuh dengan pondok-pondok tetapi oleh kerana ada yang tidak endahkan agama, maka jadilah macam ini. "Saya termasuk ibu bapa turut risau mengenai AIDS ini. Duit kerajaan habis kerana nak buat angkara-angkara (perkara buruk)...nak seronok-seronok," katanya kepada pemberita selepas meras

Pegawai khas Exco Kelantan maut, lima lagi cedera

Image
Pegawai khas Exco Kelantan maut, lima lagi cedera       KOTA BHARU 11 Nov. - Pegawai khas kepada Exco Kelantan, Datuk Husam Musa, maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama dua rakannya bertembung dengan sebuah kereta lalu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 68.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi ini. Dalam kemalangan pukul 3.30 pagi itu, Kamarulzaman Abdullah, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak keluar dari kenderaan terbabit. Dua rakan mangsa iaitu Roslan Mohd. Zain, 39, dan pemandu kenderaan Mitsubishi Pajero terbabit, Mohd. Ridhuan Ilias, 30, turut cedera dan dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk menerima rawatan. Tiga lagi mangsa di dalam kereta, Perodua Viva itu termasuk pemandunya juga cedera dan menerima rawatan di Hospital Kuala Krai, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Ab

Gaji minimum RM1,500: Selangor perlu penuhi janji

Gaji minimum RM1,500: Selangor perlu penuhi janji      KUALA LUMPUR 11 Nov. - Beberapa kesatuan sekerja hari ini meminta Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memastikan penetapan gaji minimum RM1,500 dalam Bajet Selangor 2012 yang dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, ditunaikan dan bukan hanya sekadar janji manis.

Susu: Tony perlu kemuka hasil ujian makmal

Image
Susu: Tony perlu kemuka hasil ujian makmal                 KUALA LUMPUR 11 Nov. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengemukakan keputusan ujian makmal yang mendakwa kononnya susu segar dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (Kedai Rakyat) dicemari bakteria E-Coli.

Yang di-Pertuan Agong rasmi Masjid Sayyidina Abu Bakar

Image
Yang di-Pertuan Agong rasmi Masjid Sayyidina Abu Bakar TUANKU Mizan Zainal Abidin menandatangani plak merasmikan Masjid Sayyidina Abu Bakar sambil diperhatikan oleh Mohd. Khalil Yaakob dan Mohd. Ali Rustam di UTeM, Melaka, semalam. MELAKA 11 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan Masjid Sayyidina Abu Bakar di kampus induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Durian Tunggal di sini. Hadir sama, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob merangkap Canselor UTeM; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof; Pro Canselor, Tan Sri Dr. Johari Mat serta Ahli Exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan, warga UTeM dan rakyat jelata. Selepas bertitah dan menandatangani plak perasmian, baginda kemudian menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama rakyat jelata. Baginda yang tiba di sini pagi ini bagi melakukan lawatan rasmi sehari ke negeri ini. Masjid itu yang di

Sukan SEA: Suriani sumbang emas pertama negara

Image
Sukan SEA: Suriani sumbang emas pertama negara 12/11/2011 9:18pm PALEMBANG, Indonesia 12 Nov. - Malaysia mendapat pingat emas yang pertama melalui Nor Suriani Taibi dalam kategori 50m rifle 3 posisi acara menembak Sukan SEA ke-26 yang berlangsung di sini sebentar tadi. Acara tersebut turut menghasilkan gangsa kedua bagi negara yang disumbangkan oleh Nur Ayuni Farhana Abd. Halim. - Utusan

Warga emas cekup dua penyamun

Image
Warga emas cekup dua penyamun     KUALA LUMPUR 6 Nov. - Seorang lelaki warga emas berjaya menumpaskan dua penjenayah selepas mengejar dan merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek dengan keretanya sejurus selepas mereka menyamun mangsa di Jalan Ipoh, awal pagi semalam. Kejadian berlaku pukul 4 pagi semasa mangsa berusia 64 tahun memandu kereta Honda Accord sebelum tiba-tiba dihimpit dua suspek terbabit menaiki sebuah motosikal di Jalan Parlimen di sini. Kedua-dua suspek berusia 32 dan 42 tahun lalu mengarahkan mangsa berhenti kerana kononnya warga emas itu telah melanggar motosikal mereka. Mangsa kemudian berhenti dan keluar dari keretanya untuk pemeriksaan namun tanpa disangkanya, kedua-dua suspek merampas telefon bimbit dan wang tunai RM30 milik mangsa dan melarikan diri. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, mangsa yang tidak berpuas hati mengejar suspek sehingga ke Jalan Ipoh di sini dan sejurus tiba di Hotel Dynasty, warga emas i