CUTI CUTI CINTA- Sekadar Biasa
Tak banyak yang boleh diharapkan daripada filem kedua romantik arahan Ahmad Idham, Cuti-Cuti Cinta (CCC). Masih lagi terikat dengan watak dan lawak stereotype, Cuti-Cuti Cinta mengisahkan cinta antara dua darjat versi moden. Masih menjadikan watak lelaki lembut sebagai sandaran untuk membuatkan penonton ketawa. Ditambah pula dengan gaya percakapan orang berada seperti Tan Sri yang dilihat berlebih-lebihan. Bagi ManggaOnline (MO) sesetengah babak dalam filem ini sengaja mengadakan adegan lucu yang dilihat sudah basi. Namun masih ada yang dapat dibanggakan dalam CCC. Sentuhan sinematografi yang menarik dipercayai dapat menarik penonton melihat panorama indah yang dipersembahkan. Lokasi penggambaran yang menarik juga merupakan satu kelebihan kepada CCC. Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Cuti Cuti Cinta mengisahkan Eeva Elyana (Nora Danish) anak tunggal Tan Sri Zaini (Zaibo) yang kecewa dipermainkan tunangnya, (Remy) Zed Zaidi. Tersepit dengan masalah yang dihadapi, Eeva mengambil keputusan melarikan diri tanpa arah tujuan. Kekecewaanya itu membawa Eeva ke pusat peranginan di Morib. Sikap Eeva yang gemar mendatangkan masalah kepada pekerja di hotel menemukannya dengan Omar Rudy (Farid Kamil). Sikap Omar yang melayani karenah Eeva tidak disenangi rakan sekerja yang lain iaitu Maliq (Adeep TFC), Kris Dayana (Wangi TFC) dan Fausrina (Zizie TFC). Sikap jeliknya telah menyebabkan mereka terperangkap di sebuah pulau. Saksikan kesudahan filem ini pada 21 Oktober ini di seluruh pawagam.
|
Comments
Post a Comment