Dr. Mahathir syor ATM guna paramotor

Dr. Mahathir syor ATM guna paramotor dalam operasi




















DR. Mahathir Mohamad bersama juruterbang yang menyertai cabaran
Satun-Langkawi Paramotor Antarabangsa 2010 di Kompleks Pekan Rabu,
Kuah, Langkawi, semalam.






LANGKAWI 27 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya menggunakan paramotor untuk pengangkutan dan tugasan operasi mereka.

Katanya, penggunaan paramotor lebih mudah kerana tidak memerlukan banyak ruang landasan untuk berlepas dan mendarat.

“Adalah sesuai ATM menggunakan paramotor untuk pengangkutan termasuk tugasan operasi serta mencari dan menyelamat,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan juruterbang yang menyertai cabaran Satun-Langkawi Paramotor Antarabangsa 2010 di pekarangan Kompleks Pekan Rabu, Kuah di sini, hari ini.

Seramai sembilan juruterbang dari Malaysia tiba di sini dari Satun, di selatan Thai yang mengambil masa sejam melibatkan perjalanan sejauh 58 kilometer.

Dr. Mahathir berkata, pada masa ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara yang menggunakan paramotor untuk tugasan pengangkutan.

Beliau berkata, paramotor itu juga boleh digunakan untuk operasi dan meninjau kejadian banjir.

Setiap paramotor dengan berat 30 kilogram berharga RM25,000 hingga RM30,000 dengan kelajuan antara 30 hingga 60 kilometer sejam.

Selain itu, Dr. Mahathir menyarankan golongan remaja yang berumur 15 tahun ke atas supaya merebut peluang untuk menjadi juruterbang menerusi sukan paramotor untuk membiasakan diri dengan penerbangan.

“Kita mahu melahirkan ramai juruterbang kerana keperluannya meningkat memandangkan permintaan juruterbang terutama di Amerika Syarikat semakin bertambah,” katanya.

Beliau berkata, potensi menjadi juruterbang adalah baik dan oleh itu golongan muda patut merebut peluang itu. – BERNAMA.



p/s: best paramotor ni macam handglider"tapi ada engine jew"

cuba lah kuar kan plan stucture sample kat net"pasti ada anak muda kita leh wat

new generations para motor..

amacam autocad techpro..let give it a try then

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin