Gitaris Metallica tersepak kanak-kanak

Gitaris Metallica tersepak kanak-kanak












SYDNEY 17 Nov. - Satu insiden tidak diingini berlaku ketika kumpulan heavy metal terkenal, Metallica (gambar) sedang mengadakan konsert yang diadakan di sini, minggu lalu.

Ketika konsert di Sydney pada 11 November lalu, pemain gitarnya, Kirk Hammett melakukan aksi menyepak belon di atas pentas semasa menyanyikan lagu Seek and Destroy.

Belon yang disepaknya terkena seorang kanak-kanak yang berdiri di tepi pentas menyebabkannya terjatuh.

Insiden itu dirakam oleh seorang penonton dan videonya kini boleh ditonton di laman web Liveleak.

Menurut portal berita muzik rock, Blabbermouth.com kanak-kanak itu adalah anak kepada pengurus produksi konsert berkenaan dan bukannya anak penyanyi utama kumpulan itu, James Hetfield seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut laporan portal itu lagi, kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, pemain drum kumpulan itu, Lars Ulrich mengesahkan Metallica akan mengeluarkan album baru tahun depan.

Ulrich memberitahu Pulse Radio, semua rakannya yang lain, James Hetfield, Kirk Hammett dan Robert Trujillo tidak sabar lagi untuk mengubah lagu bagi album baru selepas album Death Magnetic diterbitkan pada 2008.

"Kami sudah lama tidak mengubah lagu dan kali terakhir melakukannya adalah pada 2006 dan 2007.

"Buat masa ini, kami hanya mahu berehat dan hanya akan mula menulis lagu pada Mac atau April depan," kata Ulrich lagi. - AGENSI

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin