Kabinet lulus bantuan RM60j

Kabinet lulus bantuan RM60j

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kabinet hari ini meluluskan bantuan RM60 juta untuk para petani di Kedah dan Perlis yang terjejas akibat banjir awal bulan ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, bantuan kepada lebih 23,000 petani terutama pesawah itu akan mula diagihkan seawal bulan depan.

Menurut beliau, Kabinet pada mulanya menimbangkan untuk menangguhkan penyaluran bantuan berikutan khuatir dengan kemungkinan gelombang kedua banjir dalam masa terdekat.

"Bagaimanapun Kabinet bersetuju menyalurkan bantuan awal itu kepada golongan pesawah terlebih dahulu kerana penanaman semula padi tidak boleh ditangguhkan lagi.

"Pemerhatian saya di Kedah baru-baru ini juga mendapati sebahagian pesawah sudah memulakan proses penanaman semula. Untuk itu, bantuan RM60 juta itu akan disalurkan secepat mungkin dengan menggunakan dana kementerian dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perasmian Rumah Pahang oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pada hari pertama Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2010 (MAHA 2010) di Serdang dekat sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin