Lafaz cerai Joey - tahun depan

Lafaz cerai Joey tahun depan

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dikemukakan isteri kepada pelakon dan penyanyi, Joey hari ini ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini berikutan peguam syarie yang mewakili plaintif tidak hadir kerana mengadu sakit.

Ketidakhadiran Peguam Syarie Amli Embong yang mewakili Noraini Nasir, dimaklumkan oleh Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Joey, selaku defendan kepada Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah.

Sehubungan itu, hakim syarie tersebut menetapkan 20 Januari tahun depan untuk perbicaraan.

Terdahulu, Fakhrul Azman memaklumkan pihaknya telah memfailkan pernyataan pembelaan terhadap permohonan tersebut seperti yang diarahkan oleh mahkamah pada prosiding lalu.

Joey dan Noraini tidak hadir pada prosiding hari ini.

Pada 20 Oktober lalu, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37, menafikan dakwaan isterinya yang mendakwa dia pernah rujuk semula selepas beberapa hari melafazkan cerai ke atas wanita tersebut.

Dia membuat penafian tersebut berdasarkan dokumen tersebut yang difailkan Noraini, 44, lima hari sebelum kes tersebut didengar di mahkamah.

Berita mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu mula disiarkan pihak media sejak beberapa minggu lalu apabila Joey dikaitkan dengan dramatis Watie yang merupakan seorang ibu tunggal.

Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zidani, 4.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin