NATRAH - CINTA DAN AIRMATA

bagi peminat pementasan drama theater malaysia.."






Kisahnya mencetus rusuhan di Tanah Melayu sehingga mengakibatkan kematian. Pernah dilabel sebagai pesakit jiwa apabila cuba membunuh suami keduanya, kehidupan Maria Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, diseliputi kesengsaraan selepas dibawa pulang ke Belanda dan dimurtadkan.

Memang tragis namun takdir tuhan, siapalah yang dapat menentang. Kita hanya dapat berkongsi keperitan yang dilalui namun bebannya tetap ditanggung empunya badan.


























Natrah kini dibawakan sekali lagi di Istana Budaya atas permintaan ramai. Menampilkan pelakon handalan bagi menjayakannya, pengarah Natrah, Eirma Fatimah yakin kehebatan teater ini akan lebih terserlah dan lebih baik berbanding sebelumnya.

"Saya sengaja menjemput muka baru untuk tampil dalam Natrah seperti Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Liyana Jasmay dan Ziela Jalil sebab saya yakin dengan bakat mereka. Namun watak Maya dan Remy masih kekal.

"Memang ramai pelakon handalan dalam teater kali ini kerana Natrah harus disampaikan dengan lebih berkesan. Cerita ini tak akan berjalan dengan baik jika tak disampaikan dengan emosi dan pelakon ini bertanggungjawab menjayakannya. Bagaimana nak tampilkan kehebatan Natrah kalau saya tak pilih pelakon yang hebat?

"Walaupun watak yang dipegang mungkin kecil, namun ia memberi kesan kepada keseluruhan cerita," ujarnya ketika ditemui di sidang media Natrah di Istana Budaya.














Tak Kisah Kritikan

Kisah ini telahpun digambarkan sendiri Datin Seri Fatini Yaacob menerusi tulisannya yang berjudul Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata. Biarpun terdapat percanggahan pendapat antara Fatini dan Eirma mengenai apa yang sepatutnya dipentaskan mengenai Natrah, namun bagi Eirma setiap individu mempunyai perspektif tertentu.














"Saya tak kisah kalau Fatini tak suka sebab masing-masing ada pendapat sendiri. Janganlah ambil setiap apa yang dilihat sebagai negatif, cuba lihat perspektif lain. Saya tak boleh jadi lalang ketika berkarya dan tak boleh puaskan hati semua pihak. Tulisan buku lain dengan pengarah kerana kerja saya adalah untuk menvisualkan secara emosi dan kisah yang panjang itu harus dipentaskan dalam masa dua jam.

"Mungkin juga betul apa yang dikatakan dan mungkin juga tidak. Saya menulis kembali Natrah bukan untuk puaskan hati penulis ataupun mana-mana pihak.

"Natrah adalah kisah sejarah yang dimiliki semua dan sesiapa pun berhak melihat Natrah dalam perspektif yang berbeza," kata Eirma.

Saksikan Natrah yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 25 November hingga 5 Disember ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin