Apple kalahkan Microsoft

Apple ketepikan Microsoft





























NEW YORK 26 Dis. - Apple mengambil alih tempat Microsoft sebagai syarikat teknologi paling berharga di dunia pada tahun ini apabila pengasas bersamanya, Steve Jobs berada di kemuncak dengan penghasilan komputer tablet iPad dan iPhone terbaru.

Akhbar perniagaan Britain, Financial Times (FT) minggu lalu menamakan Jobs sebagai Individu Sepanjang Tahun bagi akhbar itu.

Malah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut sama memuji Ketua Pegawai Eksekutif Apple berusia 55 tahun itu.

Penampilan Jobs di sebuah pentas di San Francisco untuk memperkenalkan iPad pada Januari lalu menandakan apa yang digelar FT sebagai 'kemunculan semula paling luar biasa dalam sejarah perniagaan moden'.

"Ia bukan semata-mata mengenai soal penyakit yang membelenggunya selama setengah tahun sebelum ini sehingga menyebabkan dia sangat kurus dan memerlukan pemindahan hati.

"Lebih sedekad sebelum ini, ramai menganggap kerjaya Jobs dan syarikat Apple yang diasaskannya bersama terumbang-ambing dan kaitan mereka dengan teknologi masa depan akan terhapus," kata akhbar itu.

Obama pada satu sidang media di White House pada Rabu lalu mengangkat Jobs sebagai satu contoh bagi 'pasaran bebas'.

"Kami meraikan seseorang seperti Jobs yang mencipta dua atau tiga revolusi produk yang berbeza.

"Kami menjangka orang itu menjadi kaya dan ia adalah perkara yang baik," kata Obama.

iPad mula dijual di AS pada April lalu dan Apple melaporkan lebih lapan juta gajet itu terjual pada hujung September lalu, yang disifatkan FT sebagai menawarkan satu imbasan kepada sebuah dunia tanpa tetikus komputer atau Windows. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV