Bakteria sampah berguna
Bakteria sampah berguna
DALAM mengharungi kehidupan seharian, kita sering terdedah dengan pelbagai jenis bakteria yang mampu mengancam kesihatan diri.
Namun, dalam jutaan bakteria yang boleh membahayakan manusia tersebut siapa tahu segelintir daripadanya masih mampu menawarkan kebaikan.
Itu merupakan antara penemuan yang berjaya diraih oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Samarahan, Sarawak.
Prinsip asas kajian tersebut adalah untuk mengurangkan tahap ion amonium dalam lindi dengan menggunakan sistem pemprosesan biologi.
Kumpulan pengkaji tersebut berjaya menemui bakteria sampah berpusat yang diresapi untuk media bakteria bio dan kemudian dipasang di medan ammonia stripper untuk tujuan rawatan.
Bakteria tersebut menghasilkan enzim yang sesuai untuk tujuan pengupasan dari ammonia dari lindi.
Ia sekali gus mampu mengurangkan bahan organik dan pelepasan amonia dalam bentuk gas amonia.
Gas kemudian dialirkan ke kolum asid sulfurik untuk menghasilkan amonium sulfat yang boleh digunakan untuk menghasilkan baja cecair.
Kejayaan tersebut sekali gus menobatkan Jefri sebagai pemenang Pertandingan Inovasi sempena Malaysia Inovatif (MI) 2010 Zon Sarawak bagi kategori Pereka Muda.
Sementara itu, bagi Kategori Komuniti, ia menjadi milik Sivanesvaran Selvaretnam dengan ciptaan Amalan Teknologi Maklumat Dalam Sekolah.
Beliau menggunakan perisian MS Office Excel bagi membina Aplikasi Kehadiran Harian Pelajar yang membolehkan para guru tingkatan mengisi kehadiran pelajar di dalam bentuk salinan sebagai rujukan.
Guru-guru akan diberikan in-house terlebih dahulu kemudian pihak pengurusan sekolah akan mengenalpasti bilangan serta peratus pelajar dengan hanya melayari laman web www.editgrid.com.
Ia sekali gus memudahkan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat semakan.
Selain itu, penggunaan 'spreadsheet' pula mampu membantu guru mengisi markah peperiksaan di mana-mana sahaja biarpun pada waktu cuti.
Kedua-dua pemenang kategori tersebut berjaya membawa pulang hadiah berupa wang trofi serta wang tunai berjumlah RM3,000.
Comments
Post a Comment