Lotus Renault GP milik Proton

Lotus Renault GP milik Proton: Team Lotus tidak bimbang






































KUALA LUMPUR 9 Dis. – Team Lotus milik Datuk Seri Tony Fernandes tidak bimbang dengan tindakan Group Lotus Plc milik Proton membeli pegangan utama dalam pasukan Perancis Renault F1 yang akan diberi nama Lotus Renault GP.

Pasukan Lotus juga tidak bimbang tentang dakwaan Proton bahawa ia memiliki hak ke atas nama jenama itu dan ia boleh menggunakan nama jenama Lotus sebaik sahaja musim perlumbaan F1 2011 bermula.

"Bagi kami, kami akan teruskan dengan apa yang kami buat dan tumpuan pengurusan adalah untuk memastikan Team Lotus mempunyai kereta yang kompetitif tahun depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif pasukan Lotus, Riat Asmat hari ini.

Beliau menjawap soalan tentang pengumuman semalam bahawa Group Lotus Plc akan membeli 25 peratus ekuiti dalam pasukan Renault F1 dari kumpulan pelaburan berpangkalan di Luxembourg, Genii Capital.

Genii Capital memiliki 75 peratus pasukan Renault F1.

Pegawai Proton, mengulas pengumuman semalam, juga bercakap tentang kerjasama dengan 1MRT, pemilik pasukan Lotus Racing yang kini dikenali sebagai Team Lotus.

Mereka berkata, pakatan dengan 1MRT tidak memberikan hasil yang diinginkan.

Mereka juga berkata, 1MRT “berusaha untuk mendapatkan hak untuk menggunakan nama Team Lotus dengan niat menggunakan nama itu pada F1 musim 2011 yang menyalahi Perjanjian Lesen “Lotus Racing”." – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV