Pencarian Citra Wanita

Kehangatan Pencarian Citra Wanita


Pencarian Citra Wanita yang berakhir pada 27 November lalu membuka lebaran baru kepada sepuluh finalis yang dipilih.

Bukan sekadar menampilkan wanita cantik, pengisian yang berbentuk soal-jawab daripada juri ternyata menguji minda.


Gurau senda yang tidak dapat dilupakan para finalis.
















Pencarian itu bertujuan menampilkan wanita bekerjaya dan berketerampilan yang kemudiannya dinobatkan sebagai contoh golongan wanita masa kini.

Pencarian Citra Wanita One Drop Perfumes-Mingguan Malaysia dilihat sebagai platform yang sesuai untuk mencari bakat baru.


Sementara menunggu giliran disolek oleh jurusolek Shu Uemura, finalis didandan oleh staf Redken.



















Para finalis terdiri daripada Seri Syamsidatul Safrun Mohd. Thani, 29, Siti Raihana Mohd Noor, 24, Fadzilah Ahmad Marzuki, 28 dan Che Amelia Aliana Che Harun, 24 ternyata mempunyai karisma dan perwatakan menarik.

Tidak ketinggalan Norsyarehan Ahmad Razali, 23, Norafzan Abdul Rahman, 28, Siti Sumaziana Che Ali Mohamed, 25, Nor Hasliza Hashim, 26, Nurhilani Mohd Hidzir, 25 dan Suhaida Azmi, 26, yakin di atas pentas.

Mereka merupakan wanita yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dan bidang kerja yang berbeza.

Kerjasama



Pengarang Mingguan Malaysia (tengah) bergambar bersama penaja-penaja; Shu Uemura, Hotel Sri Pasific, Melaka Batik House, Dios Astana Bridal, Poto Travel & Tour, Tomei dan One Drop Perfumes.




Tanpa kerjasama penaja-penaja, majlis akhir yang berlangsung di Hotel Sri Pasific Kuala Lumpur itu tidak akan berjaya.

Selain One Drop Perfumes, majlis itu turut mendapat sokongan Tomei selaku penaja hadiah set barang kemas kepada juara, tempat kedua dan ketiga serta baucer kepada finalis.

Semua pemenang turut menerima hadiah pakej pelancongan Poto Travel & Tour di samping baucer untuk finalis.

Pada majlis itu, finalis mendapat sentuhan jurusolek jenama antarabangsa, Shu Uemura di samping Redken mendandan rambut finalis.

Busana para finalis di majlis akhir tersebut ditaja Dios Astana Bridal berkonsepkan kasual dan pengantin.


Barisan juri-juri yang mengadili Citra Wanita, (dari kiri) Salmah, Salikin, Ku Seman dan Mahani Awang


Antara penaja lain yang terlibat ialah The Persada (penaja bunga tetamu kehormat dan finalis), Azhar by Melaka Batik House (Noor Arfa Batik) dan Kelantan Delights (menaja makanan ketika tugasan khas).

Selain kehadiran Datin Seri Normala Shamsudin sebagai tetamu kehormat, majlis diserikan dengan kehadiran artis seperti Tam Spider, Nazim Othman, Imran Ajmain, Atilia, Monoloque, Shila Amzah, Farawahida dan Rozita Che Wan.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin