Resepi Ayam Madu Bawang Putih

Ayam Madu Bawang Putih


















Bahan Rebus:

1/2 ekor ayam - dipotong saiz sederhana
1 1/2 cm kulit kayu manis
1/2 sudu kecil lada hitam
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak bijan
3 cawan air

Bahan Perap:

1 sudu kecil minyak bijan
1 1/2 sudu besar madu

Bahan sos:

1 sudu besar mentega
1/2 cawan sup - air rebusan ayam
2 1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
1 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil madu
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air

Bahan Hias:

Segenggam bawang putih cincang - digoreng seketika dengan sedikit minyak bijan
Serbuk lada hitam
Hirisan daun bawang

Cara Menyediakan:

1. Rebus ayam dengan kesemua bahan rebus. Setelah separuh masak, angkat ayam dan simpan supnya.

2. Kemudian gaulkan ayam dengan kesemua bahan perap. Ketepikan seketika.

3. Untuk sosnya, panaskan mentega sehingga cair, kemudian tuangkan 1/2 cawan air rebusan ayam. Renehkan seketika sebelum dimasukkan kesemua bahan sos lain kecuali tepung jagung.

4. Setelah sos masak, baru dituangkan tepung jagung, kacau sebati sehingga kuah menjadi pekat.

5. Masukkan ayam dan serbuk lada hitam. Apabila ayam telah masak, taburkan hirisan daun bawang dan bawang putih cincang yang telah digoreng.

6. Hidangkan panas bersama lebihan sup tadi yang juga telah ditaburkan bawang putih cincang goreng dan daun bawang.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin