Resepi Kuzi Ayam
Kuzi Ayam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
Bahan Dikisar Halus:
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada sulah
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
2 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
2 sudu besar kacang pis
5 sudu besar minyak masak
Garam dan cula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik baunya. Masukkan sos tomato, ayam, susu cair, garam, gula dan sedikit air kemudian kacau sehingga ayam empuk.
2. Bila kuah menjadi pekat, masukkan kacang pis. Kacau hingga rata dan angkat.
Comments
Post a Comment