Resepi Talam Keledek

TALAM KELEDEK

Bahan Lapisan Bawah

220 gm tepung beras
60 gm tepung jagung
140 gm gula kasar
1,100 ml santan cair
455 gm keledek dipotong dadu
1 sudu kecil garam

Cara Menyediakan:

1. Campurkan kesemua bahan lalu dikacau rata. Dengan api perlahan, kacau adunan hingga naik wap.

2. Masukkan di dalam dulang dan kukus selama 20 minit.

Bahan Lapisan Atas:

5 sudu besar tepung gandum
2 cawan gula kasar
5 cawan santan pekat
5 biji telur
Sedikit garam dan pewarna hijau

Cara Menyediakan:

1. Campurkan gula, telur dan garam, kacau sebati.

2. Kemudian bancuh tepung gandum sedikit demi sedikit bersama santan hingga tepung tidak bergentel.

3. Tuangkan pula adunan gula, telur dan garam serta bahan lain. Kacau sebati, kemudian ditapis.

4. Dengan api perlahan, kacau adunan sehingga naik wap.

5. Tuang adunan di atas lapisan bawah talam, kemudian kukus lagi selama 15 minit.

6. Biarkan kuih talam benar-benar sejuk barulah dipotong.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin