Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad disahkan dilantik sebagai Pengerusi Felda yang baru

Isa disahkan dilantik sebagai Pengerusi Felda yang baru


















































KUALA LUMPUR 27 Dis. – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa pada 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA.

Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusoff di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010. – Bernama


Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Utama
Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad
Mohd Isa  bin Hj. Abdul Samad

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin