Harga minyak diramal cecah AS$100 setong

Harga minyak diramal cecah AS$100 setong

SINGAPURA 17 Jan. - Harga minyak yang diramal melonjak sehingga AS$100 (RM305) setong menyaksikan komoditi emas hitam itu didagangkan bercampur-campur di Asia, kata para penganalisis.

Bagi penghantaran minyak berkualiti tinggi, untuk hantaran Februari naik 36 sen (RM1.06) kepada AS$91.18 (RM278.099) setong manakala Brent North Sea untuk Mac dua sen lebih tinggi kepada AS$98.40 (RM300.12).

Kenaikan harga komoditi itu dalam tempoh dua minggu disebabkan oleh keyakinan terhadap pemulihan ekonomi dan minat yang tinggi para pelabur, kata penganalisis itu.

''Minyak mentah hadapan semakin menghampiri AS$100 dan pedagang spekulatif telah meningkatkan pasaran,'' kata penganalisis tenaga Purvin dan Gertz, Victor Shum.

Menurut beliau, banyak pelabur sedang bertaruh tentang pemulihan ekonomi global, disebabkan itu harga minyak semakin meningkat.

Bagaimanapun, kenaikan harga minyak global didakwa disebabkan salji tebal yang melanda Eropah dan sebahagian Amerika Selatan, termasuk pertumbuhan di China dan negara-negara membangun lain.

Harga minyak mentah buat pertama kali mencecah AS$100 pada Januari 2008 dan Iran yang merupakan pengeluar minyak utama menyifatkan kenaikan itu akan berlaku lagi.

''Harga AS$100 bukan realistik dalam situasi semasa,'' kata Menteri Minyaknya, Masoud Mirkazemi, yang kini menerajui kartel Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC).

Malah, katanya, sekiranya harga minyak melepasi AS$100 setong, OPEC masih tidak perlu mengadakan mesyuarat kecemasan.

''Beberapa ahli OPEC percaya tidak perlu mengadakan mesyuarat berkenaan meskipun harga minyak mencecah AS$110 (RM335) atau AS$120 (RM366) setong.

Iran adalah adalah pengeksport minyak mentah kedua terbesar dan memiliki rizab gas terbesar di dunia.

OPEC mengeluarkan 40 peratus minyak mentah. - AFP.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV