Kadar kesuburan Singapura merosot

Kadar kesuburan Singapura merosot

SINGAPURA 17 Jan. - Kadar kesuburan di Singapura merosot ke paras terendah pada tahun lalu, membawa maksud negara ini perlu sentiasa membawa masuk pekerja asing bagi menyokong pertumbuhan ekonominya kerana ramai rakyat republik ini semakin tua.

Timbalan Perdana Menteri, Wong Kan Seng berkata, kadar kesuburan negara atau bilangan bayi yang dilahirkan di Singapura jatuh kepada 1.16 pada tahun lalu, berbanding 1.22 pada 2009.

Kadar itu, katanya, jauh lebih rendah berbanding 2.1 bayi yang diperlukan bagi pembentukan generasi baru secara semula jadi di Singapura.

"Masalah utama untuk mencapai populasi yang kita mahukan adalah kadar kesuburan tempatan yang rendah.

"Dalam tempoh lebih 30 tahun, kita masih belum melahirkan bayi yang cukup untuk menggantikan generasi kita," katanya semasa berucap pada satu forum yang dianjurkan Institut Kajian Polisi.

Kan Seng berkata, ketika Singapura berjanji akan terus mengutamakan pekerja di kalangan rakyat tempatan, negara ini perlu terus mengupah pekerja asing.

Katanya, kerajaan akan terus menggalakkan pasangan berkahwin melahirkan lebih ramai anak, tetapi mengakui peningkatan kadar kesuburan mungkin akan mengambil masa.

"Kita perlu bergantung kepada proses kemasukan rakyat asing untuk menambah populasi, untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan untuk mengurangkan kesan pertambahan warga tua negara," katanya.

Singapura sejak beberapa tahun lalu, mengalu-alukan kedatangan pekerja asing yang menyaksikan pertambahan mendadak jumlah pekerja asing semasa zaman perkembangan ekonomi dari 2004 hingga 2007.

Namun, selepas krisis kewangan global 2008, kerajaan meneliti semula polisi terbuka tersebut, ekoran aduan rakyatnya yang terpaksa bersaing dengan rakyat asing bagi mencari kerja, mendapatkan rumah dan penjagaan kesihatan serta masalah kesesakan bagi mendapatkan perkhidmatan kereta api metro. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV