Pertumbuhan ekonomi dijangka 7% tahun lalu

Pertumbuhan ekonomi dijangka 7% tahun lalu

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan kira-kira tujuh peratus bagi 2010, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Zeti berkata, sementara sektor luaran mungkin dipengaruhi pertumbuhan global yang lebih perlahan, momentum pertumbuhan permintaan tempatan diramalkan berkekalan tahun ini, didorong oleh perkembangan kukuh pada aktiviti sektor swasta.

“Yang paling menggalakkan adalah pelaburan swasta dijangka mengukuh dah menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan itu,” kata Zeti dalam ucaptamanya pada majlis makan malam menyambut peserta Mesyuarat Eksekutif Institut Kestabilan Kewangan Bank-Bank Pusat Asia Pasifik Timur di sini hari ini.

Di celah-celah ketidaktentuan yang berterusan, beliau berkata, Asia dijangka terus menerajui pertumbuhan global, disokong oleh asas-asas makroekonomi yang kukuh dan sistem kewangan yang teguh.

Zeti berkata, pemulihan aktiviti ekonomi sektor swasta adalah faktor penting dalam mengekalkan prospek pertumbuhan yang kukuh di Asia.

“Malaysia kini memasuki tahun kedua pemulihan global. Pemulihan pada 2010 pada umumnya didorong oleh prestasi cemerlang ekonomi-ekonomi baru muncul, terutamanya di Asia,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan dijangka kekal kukuh tahun ini, walaupun pada kadar yang sederhana berbanding tahun lepas.

“Di celah-celah prospek pertumbuhan yang sihat, Asia perlu menangani kesan perkembangan antarabangsa berikutan keterbukaan ekonomi dan kewangannya yang tinggi,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV