PKR Pulau Pinang cabar kumpulan 97 ahli

PKR Pulau Pinang cabar kumpulan 97 ahli tunjuk bukti




























GEORGETOWN 28 Feb. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang hari ini mencabar kumpulan 97 ahli dari cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini supaya membuktikan tindakan mereka keluar dari parti itu.

Naib Pengerusinya, Abdul Malik Abul Kassim berkata, jurucakap kumpulan itu perlu menunjukkan nama dan surat peletakan keahlian kesemua 97 ahli yang didakwa telah menyertai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).

"Saya tidak percaya mereka telah melompat ke Kimma kerana saya sendiri tahu bilangan ahli keturunan India Muslim di dua cabang itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Malik, yang juga Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, berkata, tindakan ketua kumpulan itu adalah kerana rasa cemburu dan isu kekeluargaan ekoran pelantikan salah seorang saudaranya.

Pada Sabtu lalu, ketua kumpulan itu, Mohamed Ibrahim A. Siahoo, memberitahu media bahawa 97 ahli itu keluar dari parti selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.

Beliau mendakwa PKR gagal membela nasib dan kebajikan rakyat sebelum menyerahkan borang untuk menganggotai Kimma. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV