Sultan Johor terima DKNS daripada Tuanku Muhriz

Sultan Johor terima DKNS daripada Tuanku Muhriz

28/02/2011 3:48pm

KUALA PILAH 28 Feb. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (DKNS) daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam satu istiadat khas di Istana Besar Seri Menanti di sini.

Pada istiadat yang yang sama, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada Tuanku Muhriz.

Turut berangkat pada istadat itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan putera Tuanku Muhriz, Tunku Zin Al' Abidin.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta para pegawai kanan kerajaan kedua-dua negeri.

Sultan Ibrahim menerima darjah tersebut sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-63, Januari lalu. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV