Thai luluskan bantuan RM15.2j kepada Jepun

Thai lulus bantuan RM15.2j kepada Jepun

BANGKOK 14 Mac - Kabinet Thailand hari ini meluluskan dana berjumlah 200 juta baht (RM15.2 juta) bagi membantu mangsa tsunami di Jepun serta bantuan bekalan beras.

Menurut Menteri Luar Negara, Kasit Piromya, Thailand juga merancang menghantar satu pasukan perubatan terdiri daripada 35 doktor ke Jepun, malam ini.

Negara anggota ASEAN itu yang merupakan pengeksport beras terbesar di dunia turut akan menghantar sebanyak 15,000 tan beras ke Jepun. - dpa

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin