Inul Daratista rancang tambah anak

Inul rancang tambah anak




Inul Daratista



 


Ratu dangdut popular Indonesia, Inul Daratista mendedahkan dia merancang untuk mengandung lagi dalam tempoh empat tahun akan datang apabila usia anaknya, Yusuf Ivander Damares mencecah lima tahun.
Menurut Inul, ini kerana dia tidak mahu menjejaskan kelangsingan tubuh badannya selepas bersusah payah untuk kembali kurus.
“Badan saya baru sahaja kurus, tunggu dululah pasal anak. Perancangannya memang ada tetapi bukan sekarang.
“Sekarang saya lebih fokus pada komitmen menguruskan suami dan anak kesayangan saya yang seorang itu,” katanya.
Dalam pada itu, Inul turut merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi anaknya yang bakal genap dua tahun Mei ini dengan meriah dan besar-besaran.
Inul dan suaminya Adam Suseno bercadang mengadakan majlis tersebut di kampung halamannya di Pasuruan, Jawa Timur selama empat hari empat malam.
“Sambutan itu adalah sebagai tanda kami begitu bersyukur kerana dikurniakan anak selepas 13 tahun menunggu. Biarlah kegembiraan itu turut dirai bersama orang-orang kampung termasuk anak-anak yatim.
“Moga-moga mereka mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin