Rozita bernilai RM500,000

Rozita bernilai RM500,000













































SIAPA sahaja tak kira kaum lelaki atau pun wanita pasti tidak mampu menolak rasa kagum yang hadir setiap kali mata menatap wajah jelita wanita ini.
Bukan sekadar cantik dipandang, malah kulit putih mulus seraut wajah manjanya kelihatan makin berseri dan bersinar-sinar dek aura yang menggoda.
Itulah anugerah semula jadi paling bernilai buat pelakon Rozita Che Wan biarpun sudah mencecah usia 38 tahun dan bergelar ibu kepada dua anak lelaki berusia 15 dan 13 tahun.
Lebih bertuah, pakej diri wanita ini dilengkapi dengan bentuk badan yang masih bergetah dan menggiurkan selain tutur kata yang selembut sutera.
Sebab itu, tidak timbul langsung rasa kehairanan apabila Rozita dipilih sebagai duta produk Safi Rania Gold iaitu satu jenama produk penjagaan kulit nombor satu di negara ini.
Tetapi yang menarik, benarkah pelakon popular ini dibayar lumayan untuk menjadi duta produk itu? Dan kalau benar pun dia dibayar lumayan, apa masalahnya kan?
Pancaindera difahamkan Rozita menerima bayaran melebihi RM200,000 bersama insurans perlindungan diri bernilai RM300,000 sepanjang dua tahun menjadi duta Safi Rania Gold.
Malah turut difahamkan Rozita menjadi satu-satunya artis di negara ini yang dilindungi insurans sepanjang bergelar duta produk.
Apabila diajukan kebenaran jumlah bayaran itu, tuan punya badan lebih selesa tersenyum manja. Dia tidak mengiyakan atau menafikannya.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki ini. Sebenar saya tidak menyangka selain menerima bayaran sebagai duta produk, saya juga diberi perlindungan insurans.
“Apa yang lebih penting, saya ingin berkongsi pengalaman peribadi menggunakan produk Safi Rania Gold yang memiliki kesan penggunaan yang cukup terbukti.
Dilamar
“Saya menggunakan produk ini sejak akhir tahun lalu dan hanya dilamar menjadi duta produk pada bulan lalu. Perubahan paling ketara sebagai pengguna produk apabila jeragat yang baru tumbuh cepat hilang,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumumannya sebagai duta Safi Rania Gold di Restoran Bunga Emas, Royal Chulan di Kuala Lumpur petang Rabu lalu.
Enggan bersikap cerewet, Rozita memberitahu dia tidak malu menggunakan produk jenama tempatan apatah lagi harganya amat berpatutan untuk semua lapisan masyarakat.
Terus-terang katanya, dia tidak percaya kepada pemakaian susuk, suntikan dan sebagainya untuk kekal cantik.
Rozita juga menolak amalan menjalani rawatan muka di spa yang dilakukan oleh sesetengah rakan artis.
“Apa pengalaman yang saya ingin kongsi untuk golongan wanita berusia 30an agar tidak perlu berbelanja lebih untuk menjaga kulit muka,” katanya yang cukup menawan dengan busana rona emas bertema puteri Kesultanan Melayu Melaka rekaan Man Kajang.
Wajah Rozita yang sentiasa tersenyum manja, memberi pesona tanda dia bahagia dengan hari-hari yang dilalui biarpun tanpa suami di sisi.
Namun dalam hati yang meronta-ronta, tiada siapa yang tahu. Semuanya demi nama kasih sayang buat dua anak lelaki yang semakin meningkat remaja.
Barangkali ramai peminat mengetahui betapa bertuahnya Rozita kerana mempunyai anak-anak yang bijak hingga diterima masuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan.
Sebut apa saja yang perlu dilakukan, dia pasti akan dilakukannya bagi memastikan misinya mendidik dua anaknya itu menjadi insan berguna di kemudian hari biarpun memiliki ibu berstatus artis.
Namun apa yang dirancang tidak menjadi. Gara-gara Ammar Effendy dibuli apabila dipukul di bahagian badan, dia nekad untuk tidak membenarkan anak sulung meneruskan pelajaran di Tingkatan Tiga di MRSM.
Demi keselamatan juga, Aniq Ezzra yang berada di Tingkatan Satu turut mengikut jejak abangnya dan mereka kini bersekolah harian berdekatan rumah di Subang Jaya sejak dua minggu lalu.
“Saya memang geram sangat apabila dapat tahu anak saya dipukul. Saya tak sangka ada lagi pelajar senior yang suka memukul junior di MRSM.
“Bekas suami saya sudah buat laporan polis dan saya difahamkan pelajar yang membuli itu sudah digantung sekolah. Yang saya ralat, ibu bapa pelajar itu langsung tidak hubungi saya untuk minta maaf atas perbuatan anak mereka.
“Padahal anak sulung saya sampai trauma hingga terpaksa bertukar sekolah. Ibu mana yang tak marah apabila anak yang dibesarkan sejak kecil dipukul orang lain sesuka hati,” katanya dengan riak wajah penuh amarah.
Jelas Rozita, kalau masa boleh dicari ganti, dia ingin melihat anak-anak terus belajar di MRSM yang terkenal sebagai sekolah asrama penuh yang berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang setiap tahun.
Keinginan itu bukan untuk dirinya sendiri, tetapi hati ibu mana yang tidak kembang berbunga bangga apabila anak-anak dapat bersekolah di MRSM sebelum berjaya ke menara gading.
“Demi masa depan mereka, saya mencari sekolah menengah harian yang baik di Subang Jaya bagi memastikan pelajaran mereka tidak terjejas terutama anak sulung yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi.
“Selain itu apabila apabila anak-anak kembali tinggal dengan saya, semua jadual penggambaran saya terpaksa diubah agar dapat bercuti pada hari Sabtu dan Ahad selain pulang awal ke rumah dari lokasi penggambaran sebelum pukul 12 malam,” katanya kembali tersenyum manja.
Bercakap tentang karier seni pelakon yang digosipkan punya hubungan cinta dengan penyanyi Shahir ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Mata Ayer.
Menyusul selepas ini, sudah berderet jadual penggambaran menanti Rozita apabila akan terlibat dengan drama Sajundai, drama Memori Semalam dan drama Kiah Pekasam musim kedua.


p/s:dia mmg mencari duit tuk anak2 dia..nice

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin