5 halangan utama majukan sukan

5 halangan utama majukan sukan


Muhyiddin Yassin dan Mohd. Ali Rustam bersama para pelajar yang memenangi pertandingan reka bentuk laman web antara sekolah seluruh Melaka pada Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2011 di Ayer Keroh, semalam.



















PUTRAJAYA 6 Mei - Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membincangkan lima perkara yang dikenal pasti sebagai halangan utama kepada pembangunan industri sukan negara.
Menurut kenyataan yang diedarkan kepada pemberita di sini hari ini, antara halangan itu adalah tiada penyelarasan dalam perancangan acara sukan, beberapa kementerian melakukan promosi sukan secara berasingan dan ketiadaan sepenuhnya produk jenama Malaysia.
"Selain itu, halangan turut berpunca daripada penganjuran 'acara besar' yang tidak dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak terbabit dan bidang sukan tidak dipupuk dari peringkat sekolah," menurut kenyataan itu.
Mesyuarat yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu turut membincangkan program yang perlu dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjayakan Tahun Industri Sukan 2011.
Menurut kenyataan itu, KBS perlu menyusun strategi bagi merealisasikan hasrat menjadikan sukan sebagai budaya hidup, pencapaian atlet dan potensi meningkatkan pendapatan negara.
"Untuk itu, semua pihak berkepentingan seperti sektor korporat, atlet, media, institusi pengajian tinggi (IPT) dan masyarakat perlu bekerjasama melalui keupayaan dan kekuatan masing-masing dalam menjamin industri sukan yang mapan.
"Antara program yang dikenal pasti ialah mengadakan persidangan dan seminar seperti Konvensyen Industri Sukan, Sports Busines Malaysia, program bual bicara, program Hari Terbuka Industri Sukan (Sport Industry Open Day), Anugerah Industri Sukan (Sports Industry Award) dan kempen sukan 'Team Malaysia','' katanya.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan tentang usaha memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik di bawah program Road To London 2012 yang dijangka dicapai menerusi latihan jangka panjang dan bersistematik serta hubungan kerjasama yang erat antara kerjaan dan badan bukan kerajaan sukan kebangsaan.
Ia juga menyentuh mengenai Dasar 1Murid 1Sukan yang mula diperkenalkan tahun ini bertujuan memberi keseimbangan antara keperluan akademik dan fizikal.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV