Jangan sampai cemar imej ahli politik

Jangan sampai cemar imej ahli politik














KUALA LUMPUR 16 Mei – Cadangan supaya setiap parti merekodkan sumber pembiayaan yang diterima dan jumlah dana pada setiap akhir tahun kewangan perlu dibuat secara berhati-hati agar ia tidak mencemar imej ahli-ahli politik tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohamad Radzi Sheikh Ahmad berkata, justeru pihaknya masih menunggu perancangan khusus daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai cadangan itu.

“Satu mekanisme yang lebih baik diperlukan (mengenai hal itu) dan perkara itu akan dibincangkan secara lebih lanjut dengan SPRM terutama tentang cara pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat dengan pegawai tertinggi SPRM bersama anggota jawatankuasa itu di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Baru-baru ini, SPRM melalui Laporan Tahunan 2010 suruhanjaya itu mengesyorkan agar pembiayaan politik dibuat atas nama parti dan dimasukkan ke dalam akaun parti bagi memastikan perbelanjaan secara telus dan mengelak peluang rasuah serta penyelewengan.

Laporan itu juga mencadangkan agar sumber kewangan parti politik tempatan direkodkan dengan sempurna dan diaudit oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada setiap akhir tahun kewangan supaya tidak menimbulkan persepsi amalan rasuah di kalangan masyarakat.

Seorang lagi ahli jawatankuasa itu, Senator Zamri Yusuf memberitahu, SPRM perlu menyediakan rangka cadangan perkara tersebut secara lengkap sebelum undang-undang berkenaan dilaksanakan.

“Satu cadangan telus dan lengkap perlu dibuat (oleh SPRM) kerana kita tidak mahu undang-undang ini kelak menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadap imej ahli politik tempatan,” katanya.



p/s: jgn cemar atau dah mmg semua org kata politik itu penipu,makan rasuah,dan sebagainya.ditambah pula dengan video skandal ni"patut lah remaja makin tak berminat dengan politik dan suka buat hal sendiri 'dan makin menjauh dari masyarakat sekeliling.ini salah satu sebab dia.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV