Kelantan kuasai takhta liga super
Kelantan kuasai takhta liga super
KUALA LUMPUR 7 Mei — Kelantan menguasai persada Liga Super dengan kelebihan jaringan apabila menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan liga di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Baharu, malam ini.
Kelantan hanya bangkit pada babak kedua untuk mencari gol kemenangan menerusi bekas pemain kebangsaan, Mohd Khalid Jamlus pada minit ke-54 dan S.
Chanturu pada minit ke-66.
Kejayaan Kelantan di bawah bimbingan Datuk M. Karathu itu membolehkan pasukan itu mengumpul 39 mata, sama dengan pencabar terdekat Selangor, Di Stadium Shah Alam, Selangor dipaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Johor FC 3-2.
Gol Red Giants masing-masing dijaringkan oleh Rudie Ramli pada minit ke-64, Mohd Amri Yahyah (min-69) dan Azidan Sarudin (min-77) sementara gol pelawat dijaringkan oleh Shahrizal Mohd Saad (min-22) dan Mohammad Khairul Ismail (min-79).

Comments
Post a Comment