Lebih ghairah pertahan pemimpin
Lebih ghairah pertahan pemimpin
KUALA LUMPUR 16 Mei – Pembangkang dilihat tidak lagi berfungsi sebagai badan yang menyemak dan mengimbang kepada kerajaan sebaliknya, lebih ghairah untuk mempertahan pemimpin mereka yang terpalit dengan masalah moral.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, hakikat itu terbukti kerana tiada seorang pun pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi DAP, Karpal Singh, bersuara bagi mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur.
Katanya, Karpal adalah pemimpin pembangkang yang paling tidak berprinsip kerana sanggup membela Anwar meskipun pada 1997 mendakwa mempunyai bukti bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam aktiviti homoseksual.
“Pembangkang bukan sahaja sanggup dipimpin oleh seorang yang terpalit dengan masalah moral, tetapi pemimpin seperti Karpal sebelum ini dianggap sebagai pemimpin lantang juga rela mengorbankan prinsip demi kepentingan politik,” katanya di sini hari ini.
p/S:no komen' diorg haus lagi nie...
Comments
Post a Comment