Malaysia, Lesotho kukuhkan pembangunan modal insan - PM

PUTRAJAYA 5 Mei - Malaysia dan Lesotho berikrar untuk mengukuhkan pembangunan modal insan antara kedua-dua negara, dengan yang terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melatih pasukan polis negara itu.
Di samping itu, kerajaan Malaysia akan juga melatih sesetengah diplomat Lesotho di sini.
Ini adalah antara hasil perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Lesotho Pakalitha Mosisili di sini hari ini.
"Kita mengadakan perbincangan dua hala yang sangat berhasil dan menarik. Kita telah meneroka kerjasama dua hala yang baru dan Perdana Menteri (Mosisili) sangat berminat agar Malaysia terus menyokong Lesotho khasnya dalam pembangunan modal insan dan latihan.
"Sejak kita lancarkan MTCP (Program Kerjasama Teknikal Malaysia), kita telah menerima 94 pegawai dari Lesotho dalam pelbagai latihan dan program latihan ini di bawah MTCP akan diteruskan pada masa akan datang,” kata Najib pada persidangan media bersama dengan Mosisili hari ini. - Bernama

Comments
Post a Comment