Mandur maut disengat tebuan di ladang kelapa sawit

Mandur maut disengat tebuan di ladang kelapa sawit






DUNGUN 16 Mei - Hari ini, sepatutnya Mohd. Taufik Jusoh memulakan tugas sebagai mandur di tempat barunya di pejabat Risda di daerah ini selepas berpindah dari Marang.

Namun, sewaktu menunggang motosikal ke tempat kerja baru untuk melapor diri, kakitangan berusia 26 tahun itu diserang sekumpulan tebuan ketika melalui kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Serdang di sini.

Sambil menahan kesakitan, mangsa menunggang motosikalnya ke Klinik Kesihatan Delong untuk mendapatkan rawatan sebelum pengsan dan dikejarkan ke Hospital Dungun sejauh 30 kilometer.

Mangsa yang berasal dari Kampung Batu 48 di sini sempat memaklumkan kepada kakitangan klinik kesihatan itu bahawa dia disengat tebuan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi.

Dia terpaksa menunggang motosikal sejauh dua kilometer sebelum sampai di Klinik Kesihatan Delong setelah disengat di bahagian kepala dan badan.

Sebaik sahaja pengsan di klinik kesihatan itu, mangsa yang masih bujang dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Dungun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Sementara itu, ibu mangsa, Habsah Yusof, 56, berkata, dia menerima panggilan daripada rakan anaknya kira-kira pukul 10 pagi memaklumkan arwah disengat tebuan dan berada di hospital.

"Saya bergegas ke hospital dan sebaik sahaja tiba, saya dimaklumkan arwah telah meninggal dunia. Arwah merupakan anak yang baik dan dia adalah tempat saya mengadu selepas kematian ayahnya.

"Pada malam sebelum kejadian, ketika makan bersama arwah, dia banyak merenung muka. Saya tak sangka itu adalah renungan terakhirnya," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV