Rumah Berkualiti Mampu Milik dilancar Julai

Rumah Berkualiti Mampu Milik dilancar Julai


















KUALA LUMPUR 6 Mei – Kerajaan akan melancarkan program Rumah Berkualiti Mampu Milik selewat-lewatnya Julai ini, bagi memastikan harga rumah untuk Skim Rumah Pertamaku khususnya di Lembah Klang adalah RM220,000 ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program baru tersebut diperkenalkan selepas kerajaan mengambil kira keluhan orang ramai bahawa amat sukar untuk mendapatkan rumah di bawah lingkungan RM220,000 di kawasan Lembah Klang.

Katanya, rumah tersebut nanti yang akan dibina hasil kerjasama strategik dengan pemaju swasta bakal menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS), bagi memastikan tempoh untuk menyiapkan sesebuah rumah dapat dipercepatkan.

“Kerajaan sedar walaupun kita menawarkan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda melalui Skim Rumah Pertamaku untuk rumah berharga RM200,000 ke bawah tetapi, amat sukar untuk mendapatkan rumah yang berharga sedemikian.

“Jadi kita lancarkan program ini (Rumah Berkualiti Mampu Milik) bagi memastikan harga rumah kekal RM220,000 ke bawah. Kita sediakan tapak, pihak swasta yang akan bangunkan rumah,” katanya semasa ke udara secara langsung bersama Krew Pagi Radio Hot FM di Sri Pentas, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, projek Rumah Berkualiti Mampu Milik bukan bertujuan menggantikan Skim Rumah Pertamaku, sebaliknya ia dilancarkan bagi memantapkan lagi skim tersebut dan syarat kelayakan juga masih kekal.

Tambahnya, program itu kelak bukan berorientasikan keuntungan tetapi merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan oleh setiap syarikat pemaju yang dilantik.

“Skim Rumah Pertamaku adalah permintaan tetapi jika tiada penawaran, maknanya tiadalah rumah yang berharga kurang RM220,000 ke bawah yang boleh dibeli oleh golongan muda sebagaimana objektif asal kita,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV