Fomca gesa ubat tanpa sijil halal disenaraikan

Fomca gesa ubat tanpa sijil halal disenaraikan











KUALA LUMPUR 26 Julai - Fomca meminta pihak berkuasa menyenaraikan mana-mana ubat yang tidak mendapat perakuan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta syarikat-syarikat yang telah memohon sijil halal bagi ubat-ubatan yang dikeluarkan.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, langkah ini penting dalam membantu pengguna mengelak daripada membeli ubat-ubatan yang tidak halal.
"Walaupun tiada akta khusus berkaitan perkara ini pihak berkuasa dan media perlu main peranan untuk hebahkan jenis-jenis ubat yang mengandungi unsur tidak halal,” katanya kepada pemberita selepas persidangan meja bulat Farmaseutikal yang Halal: Isu-isu dan Cabaran di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, hari ini.
Dua pembentang kertas kerja lain adalah pakar farmasi Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Zhari Ismail dan Ketua Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM) Dr. Saadan Man. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin