Saida Enggan Komen Tentang Gosip Saerah Bersalin





Gosip mengenai seorang penyanyi realiti wanita yang baru sahaja melahirkan seorang anak biarpun usia perkahwinannya baru mencecah empat bulan menjadi antara 'hidangan' hangat pembuka tirai tahun 2011 ini.
Biarpun khabar angin itu  tersebar tanpa di sebut siapa sebenarnya penyanyi yang dimaksudkan, namun bayang-bayangnya sedikit sebanyak terkena tempias kepada adik penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza.
Penyanyi yang dikatakan pernah memasuki program realiti tv, dan baru sahaja melangsung perkahwinan sekitar Ogos lalu seolah-olaj ditujukan kepada Siti Saerah, apatah lagi Saerah yang pernah memasuki rancangan realiti One In A Million musim pertama dahulu, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 27 Oktober yang lalu bersama Saiful Anuar.
Enggan berterusan bersangka buruk pada anak kelahiran Kuala Lipis ini, Mangga Online bertanyakan kakak kandungnya yang juga seorang penyanyi, Siti Saida. Namun malangnya, Saida enggan memberikan sebarang komen terhadap berita yang melanda adiknya itu.
"Saya tak boleh kata apa-apa tentang perkara ini, cukuplah sekadar saya mendoakan dia bahagia bersama keluarga barunya sekarang.
"Apa yang penting dia sudah pun bernikah dan mempunyai suami, saya harap dia dapat menjaga keharmonian keluarganya sehingga ke akhir hayat,"jelas Saida.
Tarik Balik Tuntutan Perceraian
Jika tadi cerita Saerah, Saida juga sebenarnya mempunyai kisah kontroversinya yang tersendiri.
Melarikan diri daripada media selepas berita dia memfailkan kes tuntutan ceraiannya di sebuah mahkamah di ibu kota, Saida langsung tidak membuat sebarang penjelasan terhadap perkara itu.
Ditanyakan apakah status kes itu sekarang ini, Saida melahirkan rasa syukur, kerana hubungannya dan suami semakin pulih dan kes tuntutannya itu juga dalam proses penarikkan semula.
"Alhamdulillah, hubungan kami semakin baik dan kami cuba menjernihkan semula hubungan yang sedikit bergoyang dahulu.
"Antara saya dan suami, kami masih tinggal serumah dan saya mengharapkan doa daripada orang ramai agar rumah tangga kami kembali pulih seperti sedia kala.
"Banyak yang saya belajar daripada kes ini, yang mana sebagai suami isteri kita tidak perlu terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan, dan setiap kejadian ada hikmah yang tersendiri,"jelas Saida yang kini mahu memberikan tumpuan yang lebih pada anak-anak dan suami.

















Gosip mengenai seorang penyanyi realiti wanita yang baru sahaja melahirkan seorang anak biarpun usia perkahwinannya baru mencecah empat bulan menjadi antara 'hidangan' hangat pembuka tirai tahun 2011 ini.
Biarpun khabar angin itu  tersebar tanpa disebut siapa sebenarnya penyanyi yang dimaksudkan, namun bayang-bayangnya sedikit sebanyak terkena tempias kepada adik penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, Saerah. Apatah lagi ia juga menjadi perbualan di blog-blog di Internet.
Penyanyi yang dikatakan pernah memasuki program realiti tv, dan baru sahaja melangsung perkahwinan sekitar Ogos lalu seolah-olah ditujukan kepada Siti Saerah, apatah lagi Saerah yang pernah memasuki rancangan realiti One In A Million musim pertama dahulu, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 27 Oktober yang lalu bersama Saiful Anuar.
Enggan berterusan bersangka buruk pada anak kelahiran Kuala Lipis ini, Mangga Online bertanyakan kakak kandungnya yang juga seorang penyanyi, SSaida. Namun malangnya, Saida enggan memberikan sebarang komen terhadap berita yang melanda adiknya itu. 




Siti Saida (kiri) bersama adik kesayangannya, Saerah
"Saya tak boleh kata apa-apa tentang perkara ini, cukuplah sekadar saya
mendoakan dia bahagia bersama keluarga barunya sekarang.
"Apa yang penting dia sudah pun bernikah dan mempunyai suami, saya harap dia dapat menjaga keharmonian keluarganya sehingga ke akhir hayat," jelas Saida yang enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.














Tarik Balik Tuntutan Perceraian
Jika tadi cerita Saerah, Saida juga sebenarnya mempunyai kisah kontroversinya yang tersendiri.
Melarikan diri daripada media selepas berita dia memfailkan kes tuntutan ceraiannya di sebuah mahkamah di ibu kota, Saida langsung tidak membuat sebarang penjelasan terhadap perkara itu.
Ditanyakan apakah status kes itu sekarang ini, Saida melahirkan rasa syukur, kerana hubungannya dan suami semakin pulih dan kes tuntutannya itu juga dalam proses penarikan semula.
"Alhamdulillah, hubungan kami semakin baik dan kami cuba menjernihkan semula hubungan yang sedikit bergoyang dahulu.
"Antara saya dan suami, kami masih tinggal serumah dan saya mengharapkan doa daripada orang ramai agar rumah tangga kami kembali pulih seperti sedia kala.

"Banyak yang saya belajar daripada kes ini, yang mana sebagai suami isteri kita tidak perlu terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan, dan setiap kejadian ada hikmah yang tersendiri," jelas Saida yang kini mahu memberikan tumpuan yang lebih pada anak-anak dan suami.


Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin