Barat diberi amaran jangan campur tangan pilihan raya Rusia


28/11/2011 2:32am

MOSCOW 28 Nov. - Perdana Menteri, Vladimir Putin hari ini memberi amaran kepada negara-negara barat untuk tidak campur tangan dalam pilihan raya Rusia yang akan datang.
Pengumuman itu dibuat selepas beliau bersetuju bertanding sebagai Presiden dalam pilihan raya yang akan diadakan pada bulan Mac depan.
Putin berkata, sebarang usaha dari kuasa-kuasa barat untuk membangkitkan rasa tidak puas hati bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya adalah tidak berguna.
Kata beliau dalam satu mesyuarat parti United Rusia, negara-negara asing membayar beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk mempengaruhi perjalanan kempen pilihan raya Rusia. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV