KiddyTrack GPS untuk setiap anak kecil

KiddyTrack GPS untuk setiap anak kecil


Model menunjukkan set Kiddy Track yang baru dilancarkan.


Sempat berkongsi pengalaman, Pengurus Besar KiddyTrack Sdn. Bhd., Simon Lim juga pernah melalui detik-detik kehilangan anak.
“Ketika itu saya sekeluarga bercuti ke Pulau Pangkor. Saya mempunyai tiga anak perempuan. Saya membawa anak bongsu yang ketika itu berehat di chalet kerana dia mengantuk dan akhirnya saya pun tertidur sama.
“Namun betapa paniknya saya apabila bangun dari tidur mendapati Anya, 3, tiada di sisi saya. Ketika itu saya sanggup menyerahkan apa saja asalkan anak saya ada di depan mata kembali,” cerita Simon pada awal sesi perkenalan KiddyTrack kepada pihak media.
Bertitik tolak daripada kejadian yang menimpa dirinya itu, Simon telah menghasilkan KiddyTrack iaitu satu penyelesaian pengesan kanak-kanak yang pertama seumpamanya.
Inovasi itu menggunakan teknologi GSM/GPS yang dikuasakan oleh teknologi mesin-ke-mesin (M2M) Maxis.
“KiddyTrack telah dicipta untuk memenuhi keperluan ibu bapa yang ingin mengawasi anak-anak mereka tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana jadual yang amat sibuk.
“Pengguna KiddyTrack akan dapat berbuat demikian kerana jadual yang sibuk. Pengguna akan dapat menggunakan perkhidmatan rangkaian 3G Maxis iaitu yang terluas di Malaysia untuk mengesan anak-anak mereka atau orang yang tersayang dengan hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).
Sistem tersebut akan menyediakan pengguna dengan sambungan URL peta Google yang menunjukkan lokasi setepat hingga lima meter di mana kanak-kanak itu dikesan.
“Apabila tidak terdapat isyarat GPS maklumat berasaskan sel platform M2M Maxis boleh menyediakan lokasi anak anda dengan ketepatan radius 50 meter.
“Di samping itu, ahli keluarga boleh memantau anak-anak mereka dan orang tersayang dengan mudah melalui alat komputer atau telefon mudah alih dengan log masuk ke dalam portal web KiddyTrack.
“Dalam kes kecemasan, peranti ini juga boleh memberi amaran kepada pengguna sehingga lima nombor pra dail dengan hanya menekan butang SOS,” ujarnya.
Peranti ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah orang tua, pekerja, haiwan peliharaan, kenderaan dan barang-barang berharga anda,” jelasnya.
Saiznya yang kecil boleh diletak dalam beg sekolah atau digantung di leher untuk memastikan ia sentiasa berada pada anak atau orang yang anda sayangi.
Sementara itu, Pengurus Besar dan Ketua Perniagaan Korporat Maxis, Sekar Shanmugam berkata, wawasan Maxis adalah untuk membawa masa depan dengan memanfaatkan teknologi yang cekap dan kreatif.
“KiddyTrack adalah penyelesaian pengesan kanak-kanak hilang yang pertama seumpamanya di Malaysia.
“Kami berharap dengan penyelesaian inovatif ini akan membantu membawa ketenangan fikiran kepada ibu bapa di Malaysia,” jelasnya.

p/s:Apa kata buat beg sekolah atau baju yang ada gps locator.boleh gak mengurangkan kes penculikan anak-anak kechil

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin