Rakyat harus sedar dan sokong program kerajaan


26/11/2011 2:35am
 
 
 











JELEBU 26 Nov. — Rakyat harus sedar tentang objektif program-program yang diperkenalkan kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan yang bertujuan mahu membantu mereka memiliki masa depan yang lebih baik.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, justeru rakyat perlu memberi sokongan dan dokongan kepada program-program ini agar ia dapat diterjemahkan dengan lebih baik.
"Pembangkang tidak dapat buat perkara-perkara seperti ini walaupun mereka mempunyai pelbagai teori, jadi kita harus insaf bahawa di bawah gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, kita harus memberi dokongan kepada yang benar.
"Ini saya rasa salah satu pencernaan perjuangan rakyat sendiri selain kerajaan juga memberi bantuan kepada rakyat seperti bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000 dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jelebu 2011, di sini semalam. — Bernama

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin