Sukan SEA: Kepulangan Harimau Muda disambut meriah

Sukan SEA: Kepulangan Harimau Muda disambut meriah

22/11/2011 11:52am
 
 



 

SEPANG 22 Nov. – Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI di Jakarta malam tadi disambut meriah sejurus tiba di LCCT di sini hari ini.
Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.
Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.
Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas.
Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).
Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.
Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata, walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.
"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria,” katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin