Lelaki kaki judi pinjam 42 ah long, perguna pihak gereja
Lelaki yang dikenali sebagai Mok, 33, itu pertama kali datang ke biro berkenaan setelah gagal menjelaskan hutang sejumlah RM183,750 yang dipinjam daripada 21 ah long sejak Mac lalu.
Langkah itu bertujuan kononnya bagi memulihkan perniagaan alatan telekomunikasinya yang merosot.
Menurut Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, Mok yang sudah berkeluarga itu menyatakan dia meminjam wang daripada ah long-ah long itu untuk berjudi dengan harapan hasil keuntungannya boleh menyelamatkan perniagaannya.
Bagaimanapun, ujarnya, lelaki itu kalah berjudi mengakibatkan dikejar ah long.
"Dia seterusnya datang ke biro untuk meminta bantuan menyelesaikan hutang, kerana hanya mempunyai kurang RM80,000 sahaja. Kami telah membantunya kerana dia berjanji tidak mengulangi lagi perbuatannya itu.
"Bagaimanapun, tiga bulan kemudian Mok datang lagi kerana dikejar 21 ah long lain dan kali ini disebabkan gagal melunaskan bayaran pinjaman barunya berjumlah RM90,000.
"Biro berat untuk membantu kerana sikap tidak serik lelaki itu, namun dia datang semula dua hari kemudian bersama seorang ahli gereja untuk menyokongnya," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.
Michael memberitahu, pihaknya yang percaya Mok telah insaf, sekali lagi membantu lelaki itu selain pihak gereja berkenaan turut mengutip derma sehingga dapat mengumpul RM50,000.
"Namun lelaki itu ternyata tidak serik sebaliknya merancang satu penculikan diri sendiri pada November lalu, dan meminta tebusan sejumlah RM200,000 daripada keluarga sendiri akibat gagal membayar hutang ah long," jelasnya.
Ujar Michael, Mok kini ditahan polis di Melaka setelah penipuan dilakukannya terbongkar dan dia sebelum itu dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 24 November lalu.
Michael memberitahu, pihak biro sering menerima kes melibatkan peminjam ah long yang tidak serik-serik selepas dibantu kerana ketagihan berjudi.
p/s:org macam ni pun ada dah lah susahkan diri sendiri dah tu mau susah kan org lagi..~baik mati jer la
Comments
Post a Comment