9 maut pemandu amuk langgar pejalan kaki














NEW DELHI 25 Jan. - Seorang pemandu bas yang mengamuk, memandu kenderaan tersebut secara melulu dan melanggar pejalan kaki, menyebabkan sembilan terbunuh dan 27 lagi cedera di bandar Pune, barat India, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Pune, Meeran Borwankar berkata, suspek, Santosh Mane adalah pekerja perkhidmatan bas milik kerajaan negeri Maharashtra.
Menurutnya, Mane membawa bas itu keluar daripada terminal dan mengamuk selama 30 minit dengan merempuh kawasan sesak yang dipenuhi orang ramai.
Sekurang-kurangnya 40 kenderaan turut rosak dan 27 mangsa yang cedera telah dihantar ke tiga hospital di bandar itu.
"Anggota polis turut bertindak menembaknya untuk memberhentikan bas terbabit tetapi tidak berjaya.
"Beberapa orang awam kemudiannya menaiki bas itu ketika ia dipandu perlahan dan memaksa suspek memberhentikan kenderaan terbabit," kata Borwankar.
Mane ditahan polis dan punca kejadian masih disiasat. - DPA

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin