Hattan sah cerai



HATTAN mencium dahi Farah Asyikin selepas mereka sah sebagai suami isteri pada 11 November 2011, di Seri Menanti, Negeri Sembilan.














gambar yang menjadi kontreversi "mungkin penyebab perceraian"



BARU dua bulan berkahwin akhirnya penyanyi Hattan sah bercerai talak satu dengan pasangannya ,Farah Asyikin yang juga merupakan janda anak dua pada hari Khamis lalu.
Syed yang mendapat perkhabaran sehari selepas itu memang cukup terkejut dengan perpisahan tersebut. Bukan apa, rasanya masih baru lagi Syed melihat pasangan ini diijabkabulkan.
Alih-alih impian nak sehidup-semati bersama berkecai di tengah jalan tanpa menunggu lama. Kalau ada yang lupa, Hattan bernikah dengan Farah pada 11.11.11 di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Dalam majlis yang cukup meriah itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat kepada Hattan dan Farah sahaja.
Selepas tujuh hari bernikah, ada akhbar hujung minggu yang melaporkan pasangan ini bercerai talak tiga. Lantas menyebabkan Hattan ketika itu 'naik hantu' dengan kenyataan yang keluar dalam akhbar tersebut.
Memang teruk rakan wartawan Syed kena belasah dengan Hattan masa tu. Ingatkan penafian yang dibuat Hattan tu memang tak benar, rupa-rupanya mereka tetap bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah.
Syed risik juga apa yang dah berlaku pada rumah tangga dua bulan mereka ni. Nampaknya ramai orang terdekat yang cakap tak ada persefahaman. Persefahaman yang macam mana tak pula Syed ketahui.
Tak mengapalah abang Hattan, nanti kalau dah bersedia berilah kenyataan. Ramai nak tahu apa yang dah jadi ni.
Syed: Takut berjanji sehidup-semati.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin