Posts

Showing posts from February, 2012

Si Badrol Amin gugup

Image
Si Badrol Amin ni nampak gugup bila disoal sama ada perangkap tersebut dipasang oleh ahli PKR sendiri. Mula dia tak jawab. Lepas tu baru dia bagi respon. Baca selanjutnya dalam http://semuthitam80.blogspot.com

Badrulamin Rela Undur diri

Image
Selepas Selamatkan Bini Orang, Badrulamin Rela Undur Untuk Selamatkan Perjuangan PKR Gambar Badrul Amin, Isteri Tua Dan Isteri Orang Di JAIP Siang Tadi Badrulamin tak perlu meraih simpati dari orang ramai dengan menuduh ini semua perangkap dari Umno... tunggu saja gambar atau video yang dirakam pihak JAIP ketika membuat serbuan. Takkanlah tergamak suami kepada wanita yang dipercayai berkhalwat tersebut menerima wang rasuah dari Umno untuk memerangkap Badrulamin! Hebat betul drama Perjuangan PKR! Dibawah petikan dari Bernama... “Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron. Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas. Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena den...

Laporan Polis Oleh Isteri Badrulamin

Image
Laporan Polis Oleh Isteri Badrulamin...? Adakah Badrulamin akan kata, 2 laporan polis ini juga fitnah dari Umno? Baca lagi di sini...

Video Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai

Image
Allahuakbar! Hati mana yang mampu menahan bila melihat keadaan anak-anak yang di dera dan dizalimi sebegini rupa! Ibu bapa menghantar anak-anak ke pusat taska dengan harapan agar anak-anak di jaga dengan baik sementara ibu bapa keluar mencari reziki, namun ini rupanya yang berlaku... Pohon pihak berkuasa menyiasat tentang kes penderaan ini dengan segera.. Hari ini aku nak berkongsi pendedahan dari blog pinkgoodness Taska Permata Kota Masai : Jadikan PENGAJARAN Video ini dikatakan berlaku Taska Permata Kota Masai sekitar December 2011 dari facebook profile Ila Chandurie (https://www.facebook.com/ilaChandurie) Pesanannya : ~Minta kerjasama saudara/saudari untuk sebarkan rakaman ini supaya : 1) Rakaman ini sampai ketangan ibu bapa,saudara atau sesiapa yang mengenali kanak2 di dalam rakaman ini 2)Rakaman ini dapat disahkan kebenaran atau kepalsuannya (utk mengelakkan sabotaj) 3) Keluarga kanak2 ini dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membela nas...

Tiga Hari Watiwani Bermalam Di Bilik Ostaz Badrulamin - Saksi

Image
Menurut seorang saksi mengatakan sudah tiga hari Watiwani bermalam dibilik Badrulamin kenapa malam ketiga baru nak bagi tazkirah. Kata saksi itu lagi dakwaan Badrulamin kononnya dia dipukul oleh 20 orang samseng upahan suami Zatiwani adalah satu pembohongan. Setahu saya, saya dan suami Zati sahaja yang datang berjumpa dengan Badrulamin meminta dia melepaskan isteri Fazli Pungut tetapi Badrulamin enggan berbuat demikian sehingga menaikkan kemarahan suami Zatiwani. Sebagai suami kepada Zati yang tidak mahu dianggap dayus, beliau terpaksa melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk membuat tindakan lanjut setelah beerapa rundingan dengan Badrulamin gagal. Menurut penguatkuasa JAIP semasa tangkapan dibuat Zati sedang menyorok didalam almari. Penguatkuasa mendapati ada satu lagi tuala basah berada di atas katil dan satu lagi sedang digunakan oleh Badrulamin, ini menunjukkan ada seorang lagi yang tinggal bersama Badrulamin di dalam bilik hotel itu. -Sungai Rapat ...

Badrul Amin: Khalwat Atau Cubaan Berzina Atau Sudah Berzina?

Image
Di antara 3 parti dalam Pakatan harami, PKR adalah parti yang paling kerap terpalit dengan skandal seks, mengetuai paling di atas, sudah tentulah pemimpin ‘paling suci’ dalam parti tersebut juga – Anwar Ibrahim. Seakan bala yang sudah ditakdirkan, ‘penyakit’ itu tidak kekal di atas saja, yang dibawah-bawah ini pun menjangkit juga, mungkin tidak tahap ‘sejenis’ seperti Ketua Umum, tapi masih lagi seks. Dari Anwar kepada Eli dan kini kepada Badrul Amin, semuanya pun berkisar tentang perlakuan seks bebas.  Dengan jantan, dengan pelacur, dengan suami orang (Eli) dan dengan bini orang kini (Badrul). Kes Badrul sudah disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz , sebab itu penulis berani menulis mengenainya walaupun sudah heboh di media sosial sejak petang tadi. Apa pun penjelasan Badrul ni, ana ka ente ka, tetap persoalan paling penting, buat apa berdua pukul 3 pagi dengan bini orang?...

Tiada pekerja hotel nampak kelibat geng samseng

Image
KUANTAN 28 Feb. - Tiada pekerja hotel yang melihat kelibat sekumpulan samseng berada di sekitar hotel di sini yang menjadi lokasi serbuan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kes khalwat membabitkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron bersama seorang wanita, awal pagi Sabtu lalu. Sumber hotel itu berkata, pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana pekerja yang mengatakan ada sekumpulan lelaki samseng berada di sekitar hotel itu. "Saya tidak menerima apa-apa berita daripada pekerja hotel berhubung kejadian seperti didakwa pada sekitar waktu itu. "Daripada segi logik, kalau ada sekumpulan orang berjalan beramai-ramai dalam kawasan hotel, mesti ada staf nampak, tapi saya tak terima laporan daripada staf mengenai itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Badrulamin bahawa beliau dibelasah sekumpulan lelaki seramai kira-kira 20 orang semasa...

akur kepada Presiden

Image
ALOR SETAR 28 Feb. - Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini sekali lagi memberi tamparan hebat kepada kumpulan Anwarinas dalam Pas apabila menegaskan, beliau sama sekali tidak akan akur kepada arahan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya tegas Menteri Besar Kedah tersebut, beliau hanya perlu akur kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sambil menegaskan bahawa beliau dilantik oleh Pas pusat untuk mentadbir Kedah, Azizan berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Abdul Hadi dan pemimpin tertinggi parti agar keputusan dibuat berdasarkan sistem syura tanpa campur tangan pihak luar. "Kita pakatan pembangkang bukan Barisan Nasional (BN), walaupun kita berpakat memerintah tetapi ketua kita adalah ketua parti masing-masing... ketua Pas ialah Haji (Abdul) Hadi. "Ketiga-tiga Presiden ini (Pas, PKR dan DAP) akan duduk sekali dalam Majlis Presiden, contohnya kalau kita hendak pilihan raya, ...

ECER tarik 9 pelaburan baru

Image
ECER dan pelaburan baru NAJIB Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin bergambar bersama pelabur-pelabur pada Majlis Pertukaran Dokumen Komitmen Pelaburan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS PUTRAJAYA 28 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sembilan pelaburan baru bernilai RM9.04 bilion dalam suku pertama tahun ini membabitkan Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Perdana Menteri berkata, sembilan projek tersebut melibatkan dua projek bernilai RM5.5 bilion di Mersing, Johor; lima projek di Pahang (RM2 bilion) dan masing-masing satu projek bernilai RM1 bilion di Terengganu dan RM500 juta di Kelantan. Tiga projek lagi telah diumumkan awal Januari lalu membabitkan pelaburan bernilai RM363 juta. Menurut Najib, kesemua 12 pelaburan tersebut bakal mewujudkan hampir 20,000 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan di samping menyumban...

Jati: Hasan cabar Pas buat kenyataan terbuka

Image
LUMUT 28 Feb. - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mencabar mana-mana pemimpin pakatan pembangkang supaya mengeluarkan kenyataan terbuka sekiranya mempunyai bukti bahawa pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang digerakkannya ditaja oleh UMNO. Hasan yang juga Presiden Jati berkata, beliau pelik dengan sikap pemimpin pembangkang terutamanya Pas yang seolah-olah rasa tergugat dengan penubuhan Jati sehingga sanggup memburuk-burukkan perjuangan pertubuhan itu. ''Saya beri masa tiga hari terutamanya kepada pemimpin-pemimpin Pas yang nampaknya sangat tidak senang dengan Jati. Sila keluarkan kenyataan di Harakah, sila tampil dengan bukti yang mengaitkan Jati ini mendapat apa-apa tajaan dari UMNO walau satu sen sekalipun. ''Kalau perjuangan Jati ini untuk tegakkan agama Islam dan bela nasib Melayu, apa masalahnya? Apa yang hendak takut sangat kalau perkara-perkara yang menyentuh soal agama dan bangsa mahu ditegakkan? ''Jadi kita mint...

Phahrolrazi akui hubungan dengan MB kritikal

Image
ALOR SETAR 28 Feb. - Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui hubungan beliau dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah mencapai tahap kritikal. Berikutan itu Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah berkata, beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerana mempunyai perbezaan pendapat dengan Menteri Besar itu berhubung soal pentadbiran kerajaan negeri. "Hal berkaitan khilaf atau berbeza pendapat tidak boleh dielak dalam mana-mana kepimpinan organisasi. Kadangkala dalam 10 perkara mungkin empat lima perkara tidak sependapat, tidak apa lagi tetapi kalau enam tujuh perkara tidak sependapat tidak wajarlah kita duduk dalam organisasi ini. "Kenapa sekarang? Saya melihat tahun pertama Pas Kedah mula mentadbir parti masih terumbang-ambing lagipun tentulah tidak banyak keputusan kita buat, tetapi sekarang banyak perkara dan keputusan dibuat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Phahrolrazi mengadakan sidang akhbar tersebut tepat pada pukul 4 petang selepas la...

Abdul Kadir perlu jelaskan dakwaan jumpa Anwar

Image
Abdul Kadir VS Anwar KUALA LUMPUR 28 Feb. – Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir perlu memberi penjelasan mengenai desas-desus yang mendakwa beliau ada berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan strategi melemahkan UMNO dari dalam. Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, penjelasan itu penting bagi membuktikan dakwaan bahawa Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipimpin beliau bukan pertubuhan yang mengikut telunjuk Anwar. ‘‘Di dalam Pas, kumpulan Anwarinas telah digunakan untuk membaca skrip yang disediakan Anwar. ‘‘Adakah dalam UMNO sekarang, Amanah pula akan menjadi pembaca skrip yang ditulis oleh Anwar?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindak-tanduk Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Amanah kebelakangan ini dilihat cenderung kepada pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan....

Bukan Islam boleh pegang jawatan tertinggi Pas?

Image
cerita PAS SHAH ALAM 28 Feb. - Pas sedia menerima bukan Islam untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti itu, sehingga ke peringkat Timbalan Presiden, jika ada keperluan, kata Anggota Majlis Tertinggi Pas, Dzulkefly Ahmad. Anggota Parlimen Kuala Selangor itu percaya perkara itu tidak mustahil memandangkan ia boleh menangani perubahan dalam pembaharuan intelektual dan tahan terhadap cabaran semasa. "Mungkin belum ada keperluan untuk perkara ini sekarang, tetapi kalau sudah diutarakan, kami bersedia berbincang perkara ini dalam Muktamar Pas. "Bagaimanapun, ini bergantung kepada keperluan parti," katanya pada sidang akhbar selepas mengambil bahagian dalam forum bertajuk Mengapa Undi Melayu Pecah di Kompleks Karangkraf di sini hari ini. Pada forum itu, perantara Dr. Maszlee Malik, seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), bertanyakan Dzulkefly sama ada PAS bersedia menuruti jejak Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Mesir, ...

Evanescence Return

Image
Evanescence kota janji Setelah lama menyepi, kini mereka kembali dengan album terbaru, Evanescence. Dari kiri: Hunt, McLawhorn, Amy Lee, McCord dan Balsamo. Setelah hampir enam tahun menyepi tanpa sebarang album baru, kehadiran Evanescence pada konsert Evanescence Live In Malaysia baru-baru ini ternyata mengubat rindu peminat mereka di sini. Selain mempromosikan album baru yang dikeluarkan sekitar Ogos tahun lalu yang bertajuk Evanescence , kumpulan itu juga sebenarnya sangat teruja untuk mengadakan persembahan di Malaysia. Malah, menurut vokalis kumpulan tersebut, Amy Lee, dia juga sebenarnya turut gementar menanti reaksi peminat mereka di sini. Memberi jaminan akan mengadakan persembahan yang terbaik ketika sidang akhbar yang diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur sebelum ini, terbukti kumpulan yang berasal dari Arkansas, Amerika Syarikat itu mengotakan janji mereka. Mula melangkah ke pentas tepat pukul 8.30 malam, kebingitan kira-kira 3,000 peminat mereka yang memenu...

Jehan Miskin rahsiakan hubungan cinta

Image
Jehan Miskin dan Cinta SEMAKIN sibuk dengan kerja-kerja di belakang tabir. BUKAN niatnya untuk berahsia, namun jejaka bertubuh sasa ini lebih selesa tidak menggembar-gemburkan kisah percintaannya. Menurut empunya diri, ini kerana episod cinta lalu banyak mengajarnya untuk lebih menghargai hubungan istimewanya kini dengan cara yang lebih berbeza. Walaupun tidak banyak yang mahu diceritakan Jehan Miskin kepada Hits pada pertemuan di Skybar, Traders Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini, aktor itu tidak lokek berkongsi kenapa dia lebih senang merahsiakan hubungannya kali ini. Tidak mengelak untuk berbicara soal hati malah berterus terang mengakui sudah mempunyai pilihan, namun tegas Jehan, dia dan pasangannya lebih selesa untuk menjalinkan hubungan tanpa sebarang publisiti. Malah pelakon kacak itu turut menyifatkan hubungan tanpa pengetahuan umum lebih mudah dan selesa untuk diri dan pasangannya. "Saya akui dahulu saya agak terbuka u...

Keserasian Kamal-Mikha

Image
Kamal & Mikha MIKHA Tambayong tidak kekok berpasangan dengan Kamal Adli demi merealisasikan Gerimis Mengundang. SEPANJANG sesi foto yang diadakan di Istana Budaya baru-baru ini, dapat dilihat kemesraan antara pelakon Kamal Adli dan Mikha Tambayong. Di kalangan penonton tempatan yang menggemari sinetron Nada Cinta, pasti jatuh cinta dengan watak Nada yang dibawa oleh Mikha. Meskipun ia adalah gandingan pertama artis dari Indonesia itu dengan Kamal sempena pementasan teater Gerimis Mengundang, Mikha mengakui dia tidak kekok. “Kamal seorang yang mesra dan aku senang bekerjasama dengan dia. Malah aku dapat rasakan yang antara kami ada keserasian. “Aku teruja untuk berlakon Gerimis Mengundang kerana ia adalah pementasan muzikal, di mana aku boleh berlakon dan menyanyi. Mungkin dari segi tarian itu, aku perlu belajar lebih,” katanya yang berpasangan dengan Randy Pangalila dalam Nada Cinta. Teater Gerimis Mengundang, arahan Ahmad Idham Ahmad...

Cetusan Seni Festival Dram Dunia Royal Belum 2012

Image
Festival Dram Dunia Festival Dram Dunia Royal Belum 2012 buat julung kalinya diadakan di Perak sempena Tahun Melawat Perak 2012. EKPRESI seni budaya melalui pukulan dram memerlukan perincian yang cukup teliti. Bukan sekadar berhibur, galasan tanggungjawab mengangkat identiti sesebuah bangsa dan negara turut diambil kira. Biarpun rata-rata persembahan deram lazimnya tidak disertai dengan dendangan lagu. Namun alunan getarannya cukup untuk membangkit dan memeriahkan suasana. Nota muzik dan mesej yang ingin disampaikan melalui sesuatu persembahan mungkin tidak difahami sepenuhnya namun ia bukan penghalang kepada seluruh masyarakat dunia menghayati bunyinya. Bertepatan itu, Festival Dram Dunia Royal Belum 2012 yang buat julung kalinya dianjurkan di Perak menjadi intipati istimewa dalam menarik kunjungan pelancong tempatan dan luar negara untuk mendampingi seni di negeri itu. Dianjurkan sempena Tahun Melawat Perak 2012, majlis perasmian yang berlangsung penuh warna-warni...

Yana Shamsudin tunggu keputusan

Image
Yana Shamsudin MAHU membutikan sesuatu buat dirinya dan keluarga. NAMANYA mungkin baru dalam dunia lakonan. Namun tiada siapa yang dapat menyangkal aura yang dibawa gadis ini. Sementelah namanya juga kian melonjak sebaris dengan pelakon wanita popular lain tanah air. Memiliki wajah comel dan ilmu lakonan yang mantap, Yana Shamsudin kini bukan calang-calang pelakon apabila sering menjadi dambaan peminat filem Melayu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini keupayaan pelakon muda itu mula menimbulkan kesangsian apabila bakat lakonannya dikatakan kurang menyerlah. Isu itu timbul apabila watak dalam filem atau drama lakonannya dikatakan tidak menonjolkan bakat sebenarnya. Bagi Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 28, dia langsung tidak terkilan dengan tanggapan itu yang baginya hanya pendapat sesetengah pihak. Menurut Yana, biarpun pengalamannya dalam industri itu sudah menjangkau sembilan tahun, namun dunia lakonannya hanya bermula seja...

perjalanan Cinta Lisa dan Yusri

Image
Cinta Lisa dan Yusri        

Lisa Surihani ubah pandangan cinta Yusry

Image
Lisa Surihani ubah pandangan cinta Yusry semoga berpanjangan Bahagia yang dikecapi hari ini diharap sampai ke hujung nyawa mereka. SELAMA hampir enam tahun hidup menduda selepas bercerai dengan pelakon Erra Fazira, pernah dia memikirkan untuk tidak mahu lagi jatuh cinta. Malah, Yusry Abdul Halim juga mengakui dia sudah tidak mempercayai akan kuasa cinta yang dulu pernah dikecapinya, tetapi kemudian membawa luka yang parah kepada kehidupan. Namun, sebagai hamba Allah SWT, siapalah kita yang mahu menidakkan, lantaran segala ketentuan hidup adalah didalam kuasa-Nya. Kehadiran wanita bernama Lisa Surihani Mohamed dalam hidup Yusry telah merubah segala-galanya. Pintu hati yang dulu terkunci rapat untuk menerima cinta daripada mana-mana wanita kini sudah terbuka luas. Kata Yusry, Lisa telah menjadikan dirinya sebagai orang baru dan memberi keyakinan untuk kembali merasai nikmat cinta. “Bertemu dengan Lisa adalah sesuatu yang tid...

Nora Danish terima Adi

Image
KESERASIAN antara Nora Danish dan Ady Putra memikat hati penonton. SEJAK memegang status janda, pelakon jelita Nora Danish tidak pernah lekang dengan pelbagai cerita sensasi, baik yang berkaitan dirinya ataupun tempias cerita bekas suaminya. Nora Danish Mohd. Hanif yang bakal mencecah usia 30 pada 7 Mac ini juga dikatakan rapat dengan penjaga gawang pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Bagaimanapun Nora yang ditemui pada lokasi penggambaran filem Aku Terima Nikahnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini berkata, dia tidak pernah keluar dengan Khairul Fahmi atau Apek. Tetapi, ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram itu pernah menghantar mesej kepada Apek di laman sosial Tweeter, itu pun hanya sekali sahaja. “Nora tidak pernah bertemu atau bercakap dengan Apek. Cuma sekali itu saja Nora tweet penjaga gol itu, sama macam peminat lain buat jugak. “Tapi lain pula cerita yang keluar. Nora...

Dua maut ditembak polis dalam rusuhan di Xinjiang

BEIJING 29 Feb. - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam rusuhan di wilayah Xinjiang semalam, pergolakan terbaru yang menggemparkan negara ini. Menurut agensi berita Xinhua, pasukan polis menembak mati dua orang yang disyaki terbabit dalam rusuhan itu yang berlaku di daerah Yecheng di Kashgar. Katanya, kumpulan perusuh melakukan keganasan dengan melancarkan beberapa serangan pada kira-kira pukul 6 petang (sama waktu dengan Malaysia). Polis kini sedang memburu mereka terlibat dalam rusuhan itu. - AFP

Pelancong Rusia maut dalam nahas bas di Kemboja

PHNOM PENH 29 Feb. - Seorang pelancong Rusia maut dan berpuluh penumpang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbalik selepas salah sebuah tayar bas itu pecah dalam perjalanan dari Kemboja ke sempadan Thailand, semalam. Ketua polis trafik wilayah Koh Kong, Ouk Sopha berkata, bas itu membawa 46 penumpang termasuk 40 pelancong asing dari pantai pelabuhan Sihanoukville menuju ke sempadan Thailand. “Seorang gadis berusia 23 tahun yang cedera, meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital,” kata Sopha. Jelasnya, pemandu bas yang dipercayai memandu pada kelajuan tinggi, melarikan diri selepas kejadian. - AFP

Warga Britain rogol gadis bawah umur dipenjara di Thailand

Warga Britain rogol gadis BANGKOK 29 Feb. - Sebuah mahkamah di Thailand, semalam menjatuhi hukuman penjara selama 21 tahun ke atas seorang warga Britain atas kesalahan merogol tiga gadis di bawah umur. Ketiga-tiga mangsa dipaksa mengadakan hubungan seks oleh salah seorang daripada ibu mangsa tersebut. Menurut pegawai mahkamah, Stuart Hargreaves Lloyd, 45, didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan tiga gadis terbabit antara 2004 dan Ogos 2010 di beberapa hotel di Bangkok dan di Pattaya. Katanya, seorang wanita berumur 50 tahun turut dihukum penjara selama 42 tahun kerana memaksa tiga gadis itu termasuk anak perempuannya melacur. - AFP

Eggdrop.Conf

for m|irc user have fun #! /home/nicki/dalnet/DarkSun/eggdrop # ^- This should contain a fully qualified path to your Eggdrop executable. contoh: ##### BASIC SETTINGS ##### set username “mychatz” set admin “peer” set network “mychatz” set timezone “MYT” set offset “-5? set env(TZ) “$timezone $offset” set my-hostname “vhost” set my-ip “ip vhost” ##### LOG FILES ##### set max-logs 50 set max-logsize 2000 set quick-logs 0 logfile mcxsbow * “logs/eggdrop.log” set log-time 1 set keep-all-logs 0 set logfile-suffix “.%d%b%Y” set switch-logfiles-at 000 set quiet-save 0 ##### CONSOLE ##### set console “mkcobxs”

Cara Setup Eggdrop bahasa melayu

-taip passwd ( type password lama n masukkan password baru ) -type wget ( untuk check command tu ada atau tak) -taip ftp://ftp.eggheads.org/pub/eggdrop/source/1.6/eggdrop1.6.19.tar.gz -type ls ( untuk pastikan ada file eggdrop1.6.19.tar.gz ) -type tar -zxvf eggdrop1.6.19.tar.gz -cd eggdrop 1.6.19 ( nama folder eggdrop tu ) -type ./configure ( tunggu sampai habis ) -make clean ( if takde type je make config ) -cd .. (untuk undur file) -type pwd (untuk tengok file dalam shell) -type make install (if tak bleh type make) -sampai nampak bende ni “Now run “make install” to install your bot.” -type make install -./eggdrop eggie.conf untuk kill -ps aux | grep eggdrop -kill -9 nombor pid

Cara Setup PsyBNC in malay

ara setup PsyBNC version yang terbaru iaitu psyBNC-2.3.2-9 wget http://www.psybnc.at/download/beta/psyBNC-2.3.2-9.tar.gz tar zxvf psyBNC-2.3.2-9.tar.gz cd psybnc make menuconfig -compiling options -set bape user -pilih set oident -bouncer config- listening port (masukkan host dgn port) -bouncer name (set ident) -user (enter 2 kali) set login bg ident,password -Right User (jdkan admin) -tekan escape utk keluar dr menu compile td sehingga jumpa [nick@server:~/psybnc] $ Mengedit file config PSYBNC.SYSTEM.PORT1=5000 (port psyBNC) PSYBNC.SYSTEM.ME=psyBNC Crew PSYBNC.SYSTEM.HOST1=* PSYBNC.HOSTALLOWS.ENTRY0=*;* USER0.USER.NICK=nick-anda USER0.USER.USER=full name USER0.USER.PASS=password-anda USER0.USER.LOGIN=login/username make cd psybnc ./psybnc kalau ade ralat cmni :- Configuration File: psybnc.conf Language File: psyBNC Language File – English No Listenports/-hosts defined. Run either ‘make menuconfig’ to setup or add: PSYBNC.SYSTEM.PORT1=yourport and PSYBNC.SYSTE...

Install (Setup / Compile) Unreal IRCD

1.) Type: wget http://unreal.brueggisite.de/Unreal3.2.8.1.tar.gz Above command will download unreal ircd in tar format on your shell. now you have to untar your unreal ircd. For that type command given below: 2.) Type: tar -zxvf Unreal3.2.8.1.tar.gz This will untar your unreal ircd and extract all files in Unreal3.2 dir. Now you have to change directory to Unreal3.2.

Nexus Available Vhosts List

Nexus Vhosts List --------------------1st Segment------------------------ 64.32.2.194 - i.wanna.make.up.right.now.now.now.im. 64.32.2.195 - invite.not.allowed.org. 64.32.2.196 - masa.depan.ku.sudah.hancur.org. 64.32.2.197 - im.using.privatedns.org. 64.32.2.198 - rumah.aku.xde.keren.la. 64.32.2.199 - dah.lama.aku.x.makan.lemon.org.ru. 64.32.2.200 - jom.pekena.kopipanas.com. 64.32.2.201 - kalo.keje.tu.jangan.tangguh.org. 64.32.2.202 - . 64.32.2.203 - jom.datang.beli.it.gadjet.di.pcplanet.shop.tm. 64.32.2.204 - admin.kongsigelap.and.putera.themafia.info. 64.32.2.205 - seram.giler.tgk.citer.melayu.blok.505.ru. 64.32.2.206 - i.can.give.u.the.sweet-kisses.org. 64.32.2.207 - . 64.32.2.208 - i.wanna.be.the.drugdealer24.info. 64.32.2.209 - sudikah.kamu.menjadi.best.frenz.ca. 64.32.2.210 - DJ.radio.esuria.com.my. 64.32.2.211 - I.tak.nak.BF.muka.hancur.org. 64.32.2.212 - first...

AVAILABLE Matrix VHOST LIST

This summary is not available. Please click here to view the post.

how to Setup psyBNC

Step by step setup psyBNC in your putty (shell) :   1) Type : wget http://www.psybnc.net/psyBNC-2.3.2-7.tar.gz (to download) or download psyBNC-2.3.2-7.tar.gz file from http://www.psybnc.net/download.php to your PC then upload into your shell 2) Type : tar -zxvf psyBNC-2.3.2-7.tar.gz (to extract) 3) Type : cd psybnc 4) Type : make 5) Type : rm salt.h (to remove salt.h file) 6) Type : pico psybnc.conf (edit port & host) 7) Type : ./psybnc (up psybnc process) end

Bash Script : getpsy

Here the step how to write bash script 1. pico -w /usr/local/bin/getpsy 2. Paste this code below #!/bin/bash cd ~ cp -Rp /usr/local/share/stuff/psybnc . cd psybnc rm -f salt.h rm psybnc.conf echo “What port would you like this psyBNC to listen on? (choose between 10001)” read port echo “PSYBNC.SYSTEM.PORT1=$port” >> psybnc.conf echo “PSYBNC.SYSTEM.HOST1=*” >> psybnc.conf echo “PSYBNC.HOSTALLOWS.ENTRY0=*;*” >> psybnc.conf echo “Your psyBNC is now setup!” ./psybnc cd .. 3. chmod +x getpsy 4. cd /usr/local/share/stuff 5. wget http://www.psybnc.at/download/beta/psyBNC-2.3.2-9.tar.gz 6. tar -zxvf psyBNC-2.3.2-9.tar.gz 7. chmod 755 -R /usr/local/share/stuff/psybnc 8. su -l foo ( *switch to your user ) 9. type : getpsy Done!

pc ip Bouncer

Bouncer What is a bouncer used for? Even when your privacy is protected by state of the art encryption . There is no way to assure your anonymity unless your IP is also hidden. Not only hidden at the program level (which always is the case), but also at the network level, so no network analysis tool can unveil it. It should also be hidden from the Filetopia Server, just in case it is compromised. You may ask: How can such a thing be accomplished? How can someone establish a connection to another computer while hidding their IP at the same time? The answer is: by using a bouncer. A bouncer can also be used as a proxy , to connect everyone inside a Intranet securely to Filetopia. What is exactly a bouncer? A bouncer is a program that "b...

Download PC-Shell

Project Information About this project: This is the PC-Shell project ("pcshell") This project was registered on SourceForge.net on Apr 13, 2003, and is described by the project team as follows: PC-Shell is a basic shell for Windows 9x\98se\NT\2000\ and maybe XP. PC-Shell is coded in Visual Basic 6.0. About SourceForge.net: SourceForge.net is the world's largest provider of hosting for Open Source software development projects. SourceForge.net provides a variety of ser...

Eggdrop Download

Latest versions of Eggdrop Complete source code Stable Eggdrop 1.6.21 (tar.gz) [1211Kb] [ signature ] - 2011-10-25 (MD5sum: d446a4acf7189a9fb5d7c1ed684faf65) Eggdrop 1.6.21 (tar.bz2) [1211Kb] [ signature ] - 2011-10-25 (MD5sum: 5663b2daecc790e6e9237e1d5a2caa50) Patch to the latest version Eggdrop 1.6.20-1.6.21 patch (gz) [697Kb] [ signature ] - 2011-10-25 (MD5sum: 1a66cbe38254cf28587d62c70090aa65) note: if you need help with patching, look at the Patch Howto . Older versions of Eggdrop Older releases are listed for archaeological purposes only. They are no longer supported. Eggdrop 1.6.20 (tar.gz) [1211Kb] [ signature ] - 2010-07-23 (MD5sum: 3c6148bed2fcbe0644f2d456097fd270) Eggdrop 1.6.20 (tar.bz2) [970Kb] [ signature ] - 2010-07-23 (MD5sum: f6887c045dba11fa2755a6a9e40380a3) Eggdrop 1.6.19+ctcpfix (tar.gz)...

psybnc setup for pc

This summary is not available. Please click here to view the post.

Download psyBNC

psyBNC latest releases: psyBNC Version 2.3.2-7 [04.06.05] ( Download ) psyBNC Version 2.3.2-6 [03.06.05] ( Download ) psyBNC Version 2.3.2-5 [14.02.05] ( Download ) psyBNC Version 2.3.2-4 [24.06.04] ( Download ) psyBNC Version 2.3.1 [24.06.04] ( Download ) psyBNC Version 2.3 [29.09.01] ( Download ) psyBNC Version 2.2.2 [14.04.01] ( Download ) ...