Badrul Amin: Khalwat Atau Cubaan Berzina Atau Sudah Berzina?

badrul amin












Di antara 3 parti dalam Pakatan harami, PKR adalah parti yang paling kerap terpalit dengan skandal seks, mengetuai paling di atas, sudah tentulah pemimpin ‘paling suci’ dalam parti tersebut juga – Anwar Ibrahim.
Seakan bala yang sudah ditakdirkan, ‘penyakit’ itu tidak kekal di atas saja, yang dibawah-bawah ini pun menjangkit juga, mungkin tidak tahap ‘sejenis’ seperti Ketua Umum, tapi masih lagi seks.
Dari Anwar kepada Eli dan kini kepada Badrul Amin, semuanya pun berkisar tentang perlakuan seks bebas.  Dengan jantan, dengan pelacur, dengan suami orang (Eli) dan dengan bini orang kini (Badrul).
Kes Badrul sudah disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz , sebab itu penulis berani menulis mengenainya walaupun sudah heboh di media sosial sejak petang tadi.
Apa pun penjelasan Badrul ni, ana ka ente ka, tetap persoalan paling penting, buat apa berdua pukul 3 pagi dengan bini orang?  Katanya ada sms Badrul cover line konon perempuan ada masalah rumah tangga dan dia tolong nasihatkan saja.
Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel ‘family problem’. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula
Nasihat pukul 3 pagi, dalam bilik hotel?
Tak payah pusing jauhlah, tak payah pergi mahkamah pun (ini pertimbangan politik bukan pertimbangan undang-undang), sudah sah bahawa ada yang tidak kena berlaku antara Badrul dan isteri orang tersebut.  Kalau tidak, taklah terkantoi (khabarnya oleh suami sendiri) pukul 3 pagi?
Seingat penulis, si Badrul ni sudah ada 2 bini (kalau tak silaplah), tak cukup lagi sampai bini orang pun nak disebat juga?














Apa masalah dengan parti PKR ni pun kita tak tau.  Bila UMNO bercakap dituduhnya kita parti lucah, walhal kita cakap yang betul, takkan parti tak bermoral macam ini nak diangkat jadi parti pemerintah negara ni?  Ini negara Islam tau, pemimpinnya kalau tak jadi imam pun mestilah bebas dari skandal seks semua ni, apatah lagi dengan bini orang dan jantan!!!
Dulu PAS, sinonim dengan hal-hal seks ni, terutama membabitkan Mat Sabu, Norma dan skandal bilik 121.  Sekarang PKR pulak ambik alih, kali ini dah macam parti seks bebas pulak, lepas satu satu yang jadi.
Ini bukti jelas dan menyakinkan untuk rakyat Malaysia menolak kepimpinan PKR dan Pakatan haram yang dinaunginya.  Parti ini sudah jelas rendah moral, pro yahudi dan apa yang tidak baiklah semua sekali.  Soal moral ini penting, bukan boleh bawak main-main.
Walaupun Anwar cuba melekehkannya dengan menjamin akan menghapus dan mengkaji semula undang-undang lapuk (archaic) berkaitan dengan moral ini, tapi majoriti rakyat Malaysia rasanya tidak begitu.  Kita masih kuat terikat dengan agama Islam dan budaya kita sebagai orang timur untuk menerima pemimpin dengan perlakuan jijik di atas.
Dalam kes Badrul Amin, moral ceritanya lain kali, janganlah terpedaya dengan orang yang pakaian macam orang alim, bercakap bahasa diri ana, ente ana ente tapi penyudahnya tertangkap dengan bini orang pukul 3 pagi dalam bilik hotel – yang tangkap bukan orang lain, laki orang itu juga.
Memalukan.

Comments

  1. klu berita ni x betul alangkah besar dosa org menjaja fitnah ???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin