INFO: AMAN KAMPUS Dilancarkan






















Bulan Februari bakal mencatatkan sejarah buat mahasiswa yang cintakan keamanan. Program Aman Kampus yang akan dianjurkan oleh alumni dan mahasiswa Aspirasi ini akan menjelajah 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara bermula 6 Februari ini. Program ini juga melibatkan penyertaan lebih 1000 mahasiswa.

Lintas langsung di TV3 upacara perlancaran Program Aman Kampus dari Putrajaya melalui program MHI pada 6 Februari ini jam 9.00 pagi yang akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya YBM Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

4 Asas Utama program:
1. Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.
2. Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.
3. Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa.
4. Untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.



3 Elemen perlu ada pada mahasiswa: Diplomasi, rasional & toleransi –Shahar Abdullah
1. Mahasiswa perlu ada sikap diplomasi
2. Mahasiswa yang rasional; melihat isu-isu tempatan dan kampus dalam ruang lingkup mahasiswa iaitu sendiri
3. Sikap toleransi mahasiswa harus dipupuk tidak kira sama ada di antara kaum atau sesama mereka di universiti

Sumber: Mahasiswa Utara

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Kepergok Pocong [Indo] (2011) VCDRip MKV