Rakyat semakin muak tohmahan pembangkang - Rais
JELEBU 6 Feb. - Rakyat sudah semakin muak dan dilihat tidak lagi tertarik dengan pelbagai tohmahan dan kritikan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan mengenai pelbagai program bantuan untuk rakyat.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana, rakyat kini yang semakin bijak, menuntut bukti atas tohmahan dan kritikan tersebut yang dilihat gagal diberikan pembangkang sekaligus menyebabkan rakyat semakin menyokong kerajaan.
"Jadi bukti tidak ada, maka Barisan Nasional (BN) yang dapat menampilkan kasih sayang ini dan kasih sayang itu sudah bertempat di hati rakyat dan sukar bagi pembangkang untuk menangkis selepas ini," katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 280 penerima di Simpang Durian, di sini hari ini.
Rais berkata, kejayaan kerajaan melaksanakan pelbagai bentuk bantuan seperti BR1M dan bantuan RM100 untuk kanak-kanak bersekolah dicemburui pembangkang dan menyebabkan mereka melemparkan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan.
Katanya, jika dilihat dari segi rekod pembangkang di seluruh negara, mereka gagal memberi bantuan atau sumbangan seperti dilaksanakan kerajaan.
"Oleh itu, jika hanya retorik yang dibawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kami berasa duka cita oleh kerana rakyat seharusnya tidak lagi dipesongkan dengan kata-kata kosong.
"Jadi, kami mencabar sekiranya mereka benar-benar berkeupayaan wujudkanlah kebajikan lain," katanya. - BERNAMA
p/s: parti pembankang kena belajar jgn lagi kutuk mengutuk atau menyamar untuk wujudkan hidden agenda "rakyat atau remaja makin jemu dengan permainan politik atau drama.Start - dengan mula kan membantu dont just ~kutuk tapi tak membantu rakyat-rakyat yang susah*
Comments
Post a Comment