Petronas Motorsports pergiat kempen promosi F1












PETALING JAYA 13 Mac — Petronas Motorsports, unit permotoran Petroliam Nasional Berhad (Petronas), kini mempergiatkan kempen mempromosikan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia yang akan berlangsung dari 23 hingga 25 Mac ini di Litar Sepang.

Menurut pengarah urusan Petronas Motorsports, Anita Azrina Abdul Aziz, kerja -kerja promosi untuk perlumbaan Grand Prix Malaysia sudah bermula sejak Disember tahun lepas.

"Bermula Sabtu ini sehingga 25 Mac, di KLCC Suria, kita akan adakan gerai menjual barangan Petronas Motorsports, Mercedes dan juga pasukan Mercedes AMG Petronas F1.

"Di situ juga banyak aktiviti akan dijalankan dan orang ramai berpeluang menyertainya selain meraih hadiah-hadiah yang ditawarkan. Penganjuran kali ini adalah dengan kerjasama Pertronas Dagangan dan juga Mercedes,” kata Anita Azrina ketika ditemui selepas majlis pelancaran musim baru perlumbaan F1 di ESPN Star Sports di sini, hari ini.

Menurut beliau, peminat sukan permotoran khususnya F1 akan berpeluang bersemuka dengan pelumba-pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas F1, Michael Schumacher dan Nico Rosberg pada sesi bertemu peminat dan menandatangani autograf pada Rabu depan.

"Terdahulu sebelum itu, kedua-dua pelumba akan berjumpa dengan kakitangan Petronas di Menara Petronas dan kemudiannya mereka akan ke Petrosains untuk satu acara bersama dengan sekolah angkat di situ,” katanya.— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin